31.7.10

31/7 - 8/8


31 julai :
KBR - PNG (mutiara)

1 ogos :
usm - ambil pakaian akademik, bawah perpustakaan hamzah sendut 1

2 ogos :
ke ict - bereskan hal berkaitan konvo dan perlu settlekan beberapa perkara penting. (nota untuk junior : nanti boleh kita borak-borak hari ni, ye)

3 ogos :
petang ; usm - raptai,
malam; PNG - KBR (mutiara. sekali lagi, terpaksa menyusahkan abi sebab tak ada bas PNG - PKB. huhu)

4 ogos :
sampai KB,
petang; jemput muna

5 ogos :
PKB - PNG (kali ni jadi co-driver. inshaAllah)

6 ogos :
lapor diri di DKK (7.30pagi)
usm convo day

7 ogos :
ict convo day

8 ogos :
ambil skrol ijazah dan transkrip akademik di dewan peperiksaan A DUP,
pulangkan pakaian akademik,
PNG - PKB (also as a co-driver)




psst : saya nak bunga tulip untuk hadiah konvo. ada sesiapa sudi bagi? (nuha mengada-ngada. ahaha)






--------------------------------------------------------

"you will never know how strong you are
until being strong is the only choice"

--------------------------------------------------------

masalah negara semakin hari semakin serius. haih.

28.7.10

a quote








never ask for things to be easier,

but asks yourself to be better..








by : kak leq

27.7.10

janjiku - DeHearty


semalam ku berjanji
pada diriku ini dan jua kepada diriMu
daku telah berjanji
tak akan mengulangi kesilapan ku lakukan kelmarin

tapi hari ini Kau saksikan
diriku telah lakukan
dosa yang ku janji takkan ku ulangi

rasa seperti telah hilang percaya pada diri
dan rasa amat malu untuk menghadapMu
kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
oh Tuhan ku harap ampunan dariMu

oh Ya Allah,
telah ku rasa seluruh nikmatMu
umpama istidraj yang menggunung tinggi
kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu
untuk iltizam pada taubatku... oh Tuhan


rasa seperti telah hilang percaya pada diri
dan rasa amat malu untuk menghadapMu
kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
oh Tuhan ku harap ampunan dariMu

oh Ya Allah,
telah ku rasa seluruh nikmatMu
umpama istidraj yang menggunung tinggi
kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu
untuk iltizam pada taubatku... oh Tuhan

oh Tuhan ku harapkan
Kau ampunkan dosaku
hulurkanlah padaku maghfirahMu
ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
oh Tuhan, Kau terimalah taubatku..
oh Tuhan, Kau terimalah taubatku..

22.7.10

siap!


akhirnya! siap pun entri-entri pasal klerksyip yang telah diperam sekian lama, tak berkesempatan nak mengedit. hiuhuu.

lepas siapkan cerita klerksyip, teringat pula masa temuduga hari tu, dia ada tanya : jabatan apa yang kamu paling suka di hospital? saya jawab : OPD. (berdasarkan pengalaman klerksyip la, sebab jabatan lain macam kami tak ada buat kerja sangat masa klerksyip tu. TPN sebenarnya banyak kerja juga, tapi kami tak disuruh buat pun sterile preparation tu. banyak dengar penerangan tentang tugas-tugas dan perhati mereka bekerja je). tapi lepas tu, penemuduga tu cakap : kenapa tak suka klinikal? kalau klinikal, kamu boleh lebih rapat dengan pesakit. lebih kenal pesakit. dapat ikuti perkembangan terbaru dia (sebab in-patient, kan?). kalau outpatient, mereka datang sekejap je. siap ambil ubat, balik. dapat pula yang guna SPUB (sistem perbekalan ubat bersepadu), haa! lagi lah tak tahu apa cerita pesakit tu sekarang. dan lagi satu, kalau masa dia datang untuk isi semula (refill) ubat tu, berkebetulan masa tu bukan kita yang bertugas, macam mana nak tahu perkembangan dia? hmm, betul juga, kan?

tapi, saya tak suka klinikal la. aci tak? sebab banyak benda yang saya tak ingat. dan setiap hari kena mengadap bed ticket patient je. huhu. hmm.. let us wait and see, whether my stand will change or not after this..

sesiapa yang nak baca cerita pasal klerksyip, boleh tekan sini : clinical. sem 8 la yang penuhnya dan banyak entri sikit, sem 7 saya tak cerita untuk setiap minggu pun. (dulu ingat nak sambung balik bila ada masa, tapi selalu terlupa dan akhirnya tak terbuat). tarikh dan masa dipublish entri bermula untuk klerksyip minggu ke-empat hingga minggu ke-tujuh, saya edit semuanya. nak bagi jadi tersusun la konon-kononnya. =)

last but not least, as always quoted by dr. chua :

all medicines are poisons; it is the dose that makes the difference





hari ni hari lahir anas, adik saya. hurmm, nak beli apa eh?

-------------------------------------
Allahu akbar Maha Besar
memujaMu begitu indah..
-------------------------------------

21.7.10

cerita empat hari (iv)


hari keempat:

panaskan badan di pagi hari dengan sedikit jogging, sebelum bersiap-siap untuk ke floria '10. dalam pukul 9.30 macam tu la kami bertolak ke presint 2, putrajaya. masa sampai tu orang dah agak ramai. gerai jualan bunga (banyak bunga orkid je saya tengok) pun dah banyak. kami pusing-pusing gerai kejap, sebelum masuk dari satu 'taman' ke satu 'taman' yang lain. memang sangat cantik la tempat tu. penuh dengan bunga. pelbagai warna. kami habiskan bateri kamera dengan bergambar je. hehe. masa kami sampai tu tengah ada majlis perasmian oleh perdana menteri, bawah khemah. kami mengelak pergi ke tempat tu sebab malas nak 'bersimpul' dengan orang ramai.

dari satu landskap ke satu landskap kami jelajah. dari satu uni ke satu uni. dari satu sekolah ke satu sekolah. dari satu negeri ke satu negeri. dari satu badan kerajaan ke satu badan kerajaan. oh-hoo! ada juga yang memikat hati. kalaulah saya ada rumah sendiri.... haa, nuha mula berangan! =p


sekitar floria 2010

dalam 2 jam kami meronda tempat tu, sebelum memutuskan untuk pulang semula ke upm, ambil barang-barang. lepas ni kami akan berpecah. saya naik train ke segambut untuk pergi rumah kak jea, kak sarah dengan zira pergi shah alam. selepas bersalaman, kami menuju ke haluan masing-masing.

sayup-sayup bunyi azan zohor, saya sampai di segambut. kak jea datang ambil, bersama dengan si lutfil hadi. kak jea ni senior saya masa di mmpp dulu. masa tu saya peralihan kot, kak jea tingkatan 3. lepas tingkatan 3, kak jea sambung pergi KISAS. saya jumpa kak jea balik masa kami sama-sama terlibat dengan satu program di kota bharu. masa tu la, kami bertukar-tukar cerita. rupa-rupanya kak jea ni pun bekas pelajar kolej mara kulim juga. lagi rancak kami bercerita. lepas kmkulim, dia sambung belajar di ukm. kemudian, PRP di hospital raja perempuan zainab 2 (hrpz II), dan sekarang FRP di klinik kesihatan jinjang, kepong. kak jea cakap kat sini purata pesakit dalam 600 orang sehari. ada dua orang U44, seorang U41. kalau tak silap. hoho~

berehat di rumah kak jea, sementara tunggu malam untuk balik ke negeri terchenta. petang tu hujan agak lebat. saya ajak kak jea berbual-bual di rumah sahaja, sambil melayan kerenah budak kat bawah ni, ditemani majalah Pa & Ma (tak pasal-pasal saya pun baca majalah ni sekali) dan juga Kot Putih dari cik arina. malas rasanya nak keluar.

tengku muhd. lutfil hadi (fuh, panjangnyer nama!), 9 bulan, anak sulung kak jea dengan a.azri.

susah tau budak ni nak senyum. mula-mula saya datang, dia buat tak tahu je. tolong jaga si lutfi ni kejap masa kak jea masak untuk tengah hari tu. nasib baik tak menangis sangat. diam, tapi banyak bergerak. kalau orang tinggal dia pi dapur sat, dia menangis.


video ni saya rakam dekat-dekat saya nak balik dah. masa ni baru dia reti cakap banyak. eh, tak lama lagi si lutfi/hadi ni akan dapat adik baru! =)

malam tu, kak jea hantar saya ke hentian putra. sebab dia pun nak singgah di carefour. takut juga tengok tempat tu. ramai seyh orang. pertma kali saya naik bas kat sini, malam pula tu. huhu. tapi disebabkan oleh ramai sangat orang, kurang sikit perasaan takut tu. saya sampai pukul 9, jadual bas jam 9.30. saya lepak situ sekejap. satu yang saya tak suka. orang merokok! eii, perempuan pula tu. haish, lemas rasa duduk situ lama-lama. bila bas sampai, terus saya naik. dah tak hirau orang lain. penat membuatkan saya tidur agak lewat.

tepat-tepat subuh keesokan harinya, sampai lah saya di depan pintu rumah. hamdan lillah..


terima kasih untuk kak sarah, hazira, kak jea dan suami. :)

. tamat .

  • ‎"maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, hendak kamu dustakan?" --> bersyukurlah dengan apa yang kita ada ..
  • masih ada lagi orang yang sayangkan kita kala kita rasa semua orang di sekeliling membiarkan kita
  • usaha selagi boleh!
  • oh, saya rindukan program-program. erk!
anda pernah dengar tentang PAPISMA?


--------------------------------
nota hati : sangat terkesan dengan statement ini oleh muharikah - islam ini hidup kita : malah orang yang bersekolah agama takkan memahami makna ayat ini sehinggalah sesuatu perkara mengetuk hati mereka untuk menjadi terbuka.

*PRP : pre-registered pharmacist
*FRP : fully registered pharmacist