Showing posts with label cerita antara kita. Show all posts
Showing posts with label cerita antara kita. Show all posts

21.7.10

cerita empat hari (iv)


hari keempat:

panaskan badan di pagi hari dengan sedikit jogging, sebelum bersiap-siap untuk ke floria '10. dalam pukul 9.30 macam tu la kami bertolak ke presint 2, putrajaya. masa sampai tu orang dah agak ramai. gerai jualan bunga (banyak bunga orkid je saya tengok) pun dah banyak. kami pusing-pusing gerai kejap, sebelum masuk dari satu 'taman' ke satu 'taman' yang lain. memang sangat cantik la tempat tu. penuh dengan bunga. pelbagai warna. kami habiskan bateri kamera dengan bergambar je. hehe. masa kami sampai tu tengah ada majlis perasmian oleh perdana menteri, bawah khemah. kami mengelak pergi ke tempat tu sebab malas nak 'bersimpul' dengan orang ramai.

dari satu landskap ke satu landskap kami jelajah. dari satu uni ke satu uni. dari satu sekolah ke satu sekolah. dari satu negeri ke satu negeri. dari satu badan kerajaan ke satu badan kerajaan. oh-hoo! ada juga yang memikat hati. kalaulah saya ada rumah sendiri.... haa, nuha mula berangan! =p


sekitar floria 2010

dalam 2 jam kami meronda tempat tu, sebelum memutuskan untuk pulang semula ke upm, ambil barang-barang. lepas ni kami akan berpecah. saya naik train ke segambut untuk pergi rumah kak jea, kak sarah dengan zira pergi shah alam. selepas bersalaman, kami menuju ke haluan masing-masing.

sayup-sayup bunyi azan zohor, saya sampai di segambut. kak jea datang ambil, bersama dengan si lutfil hadi. kak jea ni senior saya masa di mmpp dulu. masa tu saya peralihan kot, kak jea tingkatan 3. lepas tingkatan 3, kak jea sambung pergi KISAS. saya jumpa kak jea balik masa kami sama-sama terlibat dengan satu program di kota bharu. masa tu la, kami bertukar-tukar cerita. rupa-rupanya kak jea ni pun bekas pelajar kolej mara kulim juga. lagi rancak kami bercerita. lepas kmkulim, dia sambung belajar di ukm. kemudian, PRP di hospital raja perempuan zainab 2 (hrpz II), dan sekarang FRP di klinik kesihatan jinjang, kepong. kak jea cakap kat sini purata pesakit dalam 600 orang sehari. ada dua orang U44, seorang U41. kalau tak silap. hoho~

berehat di rumah kak jea, sementara tunggu malam untuk balik ke negeri terchenta. petang tu hujan agak lebat. saya ajak kak jea berbual-bual di rumah sahaja, sambil melayan kerenah budak kat bawah ni, ditemani majalah Pa & Ma (tak pasal-pasal saya pun baca majalah ni sekali) dan juga Kot Putih dari cik arina. malas rasanya nak keluar.

tengku muhd. lutfil hadi (fuh, panjangnyer nama!), 9 bulan, anak sulung kak jea dengan a.azri.

susah tau budak ni nak senyum. mula-mula saya datang, dia buat tak tahu je. tolong jaga si lutfi ni kejap masa kak jea masak untuk tengah hari tu. nasib baik tak menangis sangat. diam, tapi banyak bergerak. kalau orang tinggal dia pi dapur sat, dia menangis.


video ni saya rakam dekat-dekat saya nak balik dah. masa ni baru dia reti cakap banyak. eh, tak lama lagi si lutfi/hadi ni akan dapat adik baru! =)

malam tu, kak jea hantar saya ke hentian putra. sebab dia pun nak singgah di carefour. takut juga tengok tempat tu. ramai seyh orang. pertma kali saya naik bas kat sini, malam pula tu. huhu. tapi disebabkan oleh ramai sangat orang, kurang sikit perasaan takut tu. saya sampai pukul 9, jadual bas jam 9.30. saya lepak situ sekejap. satu yang saya tak suka. orang merokok! eii, perempuan pula tu. haish, lemas rasa duduk situ lama-lama. bila bas sampai, terus saya naik. dah tak hirau orang lain. penat membuatkan saya tidur agak lewat.

tepat-tepat subuh keesokan harinya, sampai lah saya di depan pintu rumah. hamdan lillah..


terima kasih untuk kak sarah, hazira, kak jea dan suami. :)

. tamat .

  • ‎"maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, hendak kamu dustakan?" --> bersyukurlah dengan apa yang kita ada ..
  • masih ada lagi orang yang sayangkan kita kala kita rasa semua orang di sekeliling membiarkan kita
  • usaha selagi boleh!
  • oh, saya rindukan program-program. erk!
anda pernah dengar tentang PAPISMA?


--------------------------------
nota hati : sangat terkesan dengan statement ini oleh muharikah - islam ini hidup kita : malah orang yang bersekolah agama takkan memahami makna ayat ini sehinggalah sesuatu perkara mengetuk hati mereka untuk menjadi terbuka.

*PRP : pre-registered pharmacist
*FRP : fully registered pharmacist

20.7.10

cerita empat hari (iii)


9 julai 2010:

hari jumaat. hari ni kak sarah dengan zira ada workshop separuh hari di fakulti mereka. jadi, saya tinggal dalam bilik sahaja pagi tu. duduk dalam bilik, online aje la kerjanya. haha. workshop siap pukul 12.30 tengah hari. rancangan seterusnya ke pwtc dan jalan TAR. jadi, kami ambil train dari serdang ke stesen putra. masa naik tu, nak dekat pukul 1 dah. ingatkan tak ramai sangat la orang sebab tu kan masa nak sembahyang jumaat. sekali, boleh tahan juga la. semalam baru saya puji dalam hati, train sampai tepat pada masanya, hari ni dah lewat sampai. aish, tak boleh puji betul la. ditambah lagi, hari ni train ada masalah teknikal. perjalanan yang sepatutnya memakan masa lebih kurang setengah jam tu jadi sejam lebih. huu..

sampai di stesen putra, kami pergi beli tiket. tiket siapa? siapa lagi kalau bukan saya. hehe. pagi tadi online cari bas apa yang berhenti turun di pengkalan kubor sebagai stesen terakhir. sebab tak mahu nak menyusahkan abi lagi kena pergi ambil di kota bharu pagi-pagi hari. cukupla sebelum ni saya selalu susahkan abi ambil saya pagi-pagi kalau sampai KB pagi. bas bisa asampai dalam pukul 4 pagi. tapi bila saya cakap macam tu, nanti abi balas : tak apa, demi anak-anak. huu. akhirnya, dapat. bas mutiara. tapi kena naik di hentian putra la. okeh, tak apa. sebab nak ke hentian putra hanya perlu naik train je. saya jadi ambil bas balik ke pengkalan kubor esok malam, jam 9.30. yeah! sangat gembira sebab dapat beli tiket turun depan rumah terus. =]

lepas beli tiket, ingatnya nak ke jalan TAR. tapi, saya nampak sesuatu. secret recipe! agaga. lama tak makan kek. lalu, ajak kak sarah dengan zira makan kat situ.. lepas makan, saya batalkan rancangan nak ke jalan TAR. masa tu, dah lewat. nak ke sana, memakan masa juga. kalau pergi, takut tak sempat nak berjalan sangat, hari dekat nak malam. lagipun masa tu kami belum solat lagi. jadi, kami naik The Mall, solat kat atas tu sahaja. pusing-pusing The Mall sikit, sambil mencari hadiah untuk si lutfil hadi, anak kak jea. lepas asar, kami ambil train balik ke upm.

hari jumaat ada pasar malam di sri serdang. kami cari makanan untuk malam, di sana. banyak juga makanan dijual. tapi, saya tak tahu nak beli apa. mungkin sebab masih lagi kenyang dengan makan tengah hari tadi. akhirnya, saya beli keropok lekor je. memang la saya ni. kat kelantan berlambak keropok lekor pun, masih lagi pilih nak beli keropok lekor kat sini. haha, entah. sebab tak tahu nak makan apa.

dekat pukul 7, kawan sematrik mesej, ajak join dia dengar satu talk dekat damansara. dia minta ajak sekali dengan kak sarah dengan zira. depa dua orang letih dah, dari pagi sampai nak maghrib keluar, jadi memutuskan untuk tak pergi. saya pun rasa letih juga berjalan tapi tak seletih depa dua orang kot sebab saya kan keluar tengah hari. terasa nak pergi, nanti boleh saya jumpa dengan yana dan fatin sekali. okeh, dalam 8.15 dia kata nak datang ambil. rush juga la rasa, sebab masa dia mesej tu pun dah dekat nak maghrib. dalam 8.15 saya keluar tunggu kat luar, tiba-tiba rancangan terbatal atas sebab tertentu. huwaa! sedihnya. tapi tak apa la, nak buat macam mana. tak ada jodoh kita nak jumpa.. huhu~

malam tu, saya habiskan masa duduk dalam bilik dan baca anis + solusi. echewahwah, sejak bila saya jadi rajin ni?

bersambung.... =)





-------------------------------------------

hujung bulan ni, agak penuh. ada majlis thia di gombak sebenarnya, pada 31hb. lama dah nak jumpa budak ni (eh, bukan budak lagi dah sebab tak lama lagi dia akan bertukar status). NAK PERGI, tapi jadual agak full. huhu.. majlis sepupu saya, 28hb, kena balik takbai. huda balik, 29hb. kena p penang untuk ambil jubah konvo, 31hb. semua bersusun tarikhnya. ada idea tak? T___________T

anyways congratulation in advance, thia! moga awak jadi isteri solehah, penyejuk mata penawar hati suami terchenta.. ;)

14.7.10

cerita empat hari (ii)


lapan julai dua ribu sepuluh:

lepas berpecah di KL sentral, saya dan ummi munirah ambil train yang sama. dina ikut fatin ke hentian putra untuk naik bas yang akan bertolak balik jam 2.30petang. saya beli tiket ke serdang, manakala ummi munirah beli tiket ke seremban. fuy-yo, jauh tu beza harga. KL sentral-seremban = rm6. KL sentral-serdang = rm 1++ (lupa dah harga sebenar dia). masa tunggu train tu, ummi munirah ajak saya tunggu di tempat menunggu untuk koc wanita iaitu di koc tengah. ok, baru hari ni saya tahu yang pihak ktm ada sediakan tempat khas untuk kaum wanita dalam train. bagus. tak ada la nak kena berhimpit dengan kaum bukan sejenis kalau train tu sesak nanti. kalau ada orang lelaki yang masuk gerabak tu, nanti orang KTM yang jaga gerabak tu datang pada dia dan cakap : ni gerabak untuk perempuan sahaja. kena tukar pergi ke gerabak sebelah. hari tu, orang tak ramai sangat. bila train sampai, ada tempat kosong untuk kami duduk. =)



sampai di stesen serdang, saya turun. kak sarah datang ambil dengan BHX dia. kami makan tengahari di bangi, kedai wong solo (betul, kan?). kedai ni menu dia kebanyakan dari indonesia, macam tempe goreng, ayam penyek, tauhu, oh tak dilupa nama air dia yang unik - jus poligami? hee. lepas makan, saya berehat di hostel kak sarah di upm. ingatkan nak baring sekejap je, sekali.. lebih dua jam saya 'mati kecil'? phew! eh, saya rasa hostel di sini agak menarik. ala-ala rumah sewa gitu. ada 4 bilik, ruang tamu, bilik air, kabinet tempat letak makanan.

lepas solat jama' takkhir, kak sarah bawa saya ke makmal dia, nak uruskan sedikit hal. wah! kagum dengan bangunan makmal upm. besar. lepas tu, kami meronda-ronda ke putrajaya. berkebetulan dekat tempat monumen tu akan ada festival floria 2010, dua hari selepas itu. masa kami sampai, mereka tengah menyiapkan apa-apa yang patut disiapkan. rasa sangat teruja, sebab lawa! penuh dengan bunga, kan.. =D. ada juga pertandingan landskap yang disertai sekolah-sekolah dan universiti. saya cari usm, tidak ketemu pula. hoho.


pukul 7, kami bertolak ke upm balik. sebelum masuk hostel, kami cari makanan di hospital serdang. teringat pula hari tu kak sarah ada cakap masa saya nak pilih penempatan : awak letak la hospital serdang, nanti senang akak nak tengok-tengokkan awak. menarik juga cadangan tu, tapi lepas fikir banyak-banyak kali - ummi harap sangat saya kerja sama negeri dengan tempat tinggal saya, dan saya sorang je anak perempuan yang ada kat malaysia, anak sulung pula tu (tapi kadang-kadang tak rasa macam anak sulung pun kalau ikut kematangan berfikir), abi pula tak berapa sihat, jadi lebih baik saya dahulukan pilihan ummi daripada kehendak hati saya.

malamnya, kami tak ada buat apa-apa. hanya berborak dalam bilik. oh ya! saya dapat kawan baru lagi! hehe. teman sebilik dengan kak sarah, nama dia hazira. panggil zira. orangnya baik, sama umur dengan saya tapi dia tengah sambung master (wah, tabik lah dengan dia! bila la saya boleh sambung belajar juga ye?)

nanti sambung cerita lagi.. =)

12.7.10

cerita empat hari (i)


cerita empat hari. nak bukak diari ke tak eh? hurmm, jap. macam banyak je nak bercerita tapi mari tengok panjang mana cerita kali ni. huahua~

selasa malam yang lepas, saya ambik bas ke KL dengan dina. transit untuk ke genting. tiket kelantan-genting tak ada. jadi kami kena beli transit di KL dulu. planning untuk pergi satu batch, tapi.. susah la nak buat batch trip. walaupun batch sikit je, tapi bukan semua yang sependapat, bukan semua yang boleh terima, dan bukan semua yang suka. jadi, kami pergi bertiga sahaja - plus dina, ekin, ummi (kawan cik ekin). okeh, saya dapat kawan baru! ummi munirah nama kawan cik ekin tu. orangnya best. peramah. suka senyum. comel je. :) tiba di hentian putra dalam pukul 6.30, terus solat subuh sebelm ambik LRT ke KL sentral. tapi bukan boleh pergi terus ke KL sentral, kena transit di masjid jamek dulu, tukar train ke KL sentral. sampai sana, kami cari kaunter tiket nak pergi genting di tingkat 1. tapi, ada masalah. bas paling awal, pukul 1 petang. pefh. tak sempat la kalau macam tu, dah la dari Kl sentral ke genting ambik masa 40 minit. lepas tu kami putuskan ambil LRT ke bukit jalil. naik bas kat sana, sekali dengan cik ekin dan ummi.

sampai di genting, kami simpan barang. lepas tu terus masuk outdoor. voucher yang ekin beli tu untuk tiket outdoor + hotel semalaman = rm42 seorang. masa tu promosi beli dua, dapat satu.. cari permainan yang adventure dulu baru main yang ringan. siapa yang suka bermain-main, dia akan rasa best la datang sini. saya? hmm, 50-50. haha. suka sungguh duduk tengah-tengah. bermalam semalam di sana sebelum berpecah ke KL semula. lepas tu, dina terus balik ke rumah (sebab dia dah beli tiket balik 8hb), saya ke upm, ummi dan ekin pun balik rumah masing-masing. alang-alang dah datang area KL ni, saya ambil kesempatan terus la berjalan jumpa kawan dan senior. rancangan awalnya, nak jumpa kak sarah, kak jea, amani, yana, fatin, ida, sarah. tapi dua orang je yang saya sempat jumpa. yang lain ada hal masing-masing. huu, tak apa la, kita jumpa lain kali..

err, alamak! nak pukul 2 dah. saya sambung lain kali la. nak p hospital, sambung buat medical check-up. juga bayar duit buku kak iqa. daaa~

21.6.10

21-jun-2010


we are not the way we are last time. time changes, people do change. we cannot expect that people is the same as who we know last 5 or 10 years ago.

tadi, ke pesta buku islam kelantan di balai islam, lundang. pi dengan hasliza (lija), kawan satu sekolah saya dulu. mulanya ingat nak pergi dengan orang lain. lepas tu tetibe je tukar rancangan, terlintas nak tanya lija dia free ke hari ni. lagipun dah lama sangat tak berborak dengan dia. dia kata free, lalu saya ajak. dan dia pun on je. saya suruh angkut mazura dengan haslinda sekali. tapi depa dua orang tu tak mau pergi. mazura puasa hari ni, dia takut tak larat. in the end, kami pergi berdua je. naik DY ummi.

bertolak dalam pukul 10.30, sampai di balai islam jam 11 lebih. lepas tu, hasliza ajak saya pergi pejabat tempat dia bekerja sat, depan balai islam tu je. tapi kena cross jalan besar la. nak jumpa kawan, katanya. duduk di situ dalam sejam jugak la sebelum pergi balai islam balik, nak cari buku. sengaja cari hari ni sebab nak elak orang ramai (konon-kononya la), sebab cuti sekolah dah habis, waktu pagi ramai pelajar pergi sekolah.. sekali, memang sangat tak ramai. sedih pun ada, saya tengok suasana. booth pun ada jugak yang kosong. saya tanya hasliza, sebelum ni begini jugak ke? dia jawab : takdela macam ni. lagi ramai orang datang.. kenapakah? hurmm.. apapun, langkah tetap maju. semangat nak cari buku masih diteruskan. dan masa kami pergi tu sedang diadakan pertandingan khutbah.

siap cari buku, kami ke mydin di kubang kerian, cari fail yang ummi kirim untuk kedai sekolah dia. waah! macam tak percaya itu mydin. ye la, sebelum ni kalau sebut aje mydin, mesti dalam kepala tergambar : tak ada makanan yang dijual, kecuali sedikit sahaja. tapi mydin yang ni, boleh tahan. bangunannya dua tingkat. tingkat bawah, penuh dengan makanan dan minuman (macam kat kebiasaan supermarket). tingkat atas baru ada alat-alat tulis, pakaian, hiasan dalam rumah, beg etc etc. hoho, siapa yang duduk kat husm tu, memang tak perlu bergerak jauh la nak cari keperluan. macam semua lengkap je di kawasan tu.

singgah solat di masjid sebelum mencari mi chambo di pengkalan kubor. kemudian, ke rumah mazura, berkongsi cerita. lama oo tak jumpa mereka ni. sekali jumpa, habis semua perkembangan kawan-kawan satu sekolah yang lain saya tanya. hurmm.. ada yang berubah jadi semakin baik, tapi ada juga yang tidak disangka perubahannya ke arah yang lain.. time changes, people do change, ey? huhu~


ps : cayalah! teh o beng harga rm1, teh beng harga rm2. apakah?? susu pekat manis mahal eh?

19.4.10

kamu + aku


Semua orang dah besar rupanya..

Suatu ketika dulu,
Masih ku ingat
Kita selalu bergaduh..
Bertelagah, berselisih pendapat..
Kita selalu merajuk dan membawa diri..
Andai ada sesuatu yang melukakan dan mengguris..

Kamu dan aku saling berkongsi cerita
Berkongsi gosip
Berkongsi kesakitan
Berkongsi gelak ketawa
Berkongsi mengutuk orang (evil. ngeh~)
Berkongsi nasihat

Hari ni kamu datang ke rumah aku
Esok pula aku yang muncul di rumah kamu
Dalam kelas, kita duduk bersebelahan
Di kiri dan kanan
Satu barisan
di hadapan
yang selalu menjadi mangsa
untuk cikgu buat contoh..

Tapi itu dulu..
Dulu itu, suatu masa yang kita telah tempuhi
Telah kita sama-sama lalui
Satu masa dalam fasa kehidupan kita
Yang telah mencipta kenangan-kenangan
Menjadi lipatan memori indah
Yang masih segar dalam hipotalamus seorang aku

Sekarang..
Kamu telah besar,
Dan menjadi seseorang dalam masyarakat
Aku rasa umpama mimpi!
Macam tak percaya!
Berapa kali aku rasionalkan diri aku supaya percaya
Tapi aku masih lagi terasa seperti aku tidak tidur seharian
Yang keesokan harinya, aku alami simptom-simptom vertigo, tinnitus and inbalancy
Ku rasakan baru semalam kita bertegur sapa
Baru semalam kita bertukar cita-cita
Baru semalam kita saling mengata
Tapi hari ini
Aku dengar satu berita yang buatkan aku tersentak!
Kawan-kawanku rupanya semua dah BESAR la..
Aku sorang je kot yang tak besar-besar lagi. ehe, bak kata nabli, adikku : rilek-rilek sudah.. --> oh putus wayar.

Dan kini,
Walau haluan kita berbeza,
kita punya impian yang sama,
untuk dituju..

kawan,
moga kamu bahagia sahaja hendaknya..



Lontaran kata seorang aku,
yang masih tak percaya bahawa kawan-kawan dia sudah besar-besar belaka.. (whoa!) betul ni, macam tak percaya. Oh, bangunkan aku daripada mimpi ini!

9.4.10

090410


last presentation. (mentang-mentang la klerk pediatrik, slide pun buat ceria-ceria sikit. but, i like it! chomel, kan? credits to nisah yang top-up gambar comel-comel tu. =D)

sweet 23rd, ida (08/04).. from group G.. will miss our moments together..

bersama cik hadzliana aka cik yana

26.11.09

ke melaka (ii)


hari kedua di melaka
bertolak awal sikit hari ni, sebab kena pulang paling lambat pun pukul 6.30petang. selepas sesi kendiri dan makan soto (sedaaap..), kami memulakan perjalanan. tempat hari ni : banda hilir.

destinasi pertama : melaka river cruise. dengan bayaran rm10 seorang, kami akan dibawa menyelusuri sungai melaka (eh?) menaiki bot. perjalanan dia agak panjang. di sepanjang sungai itu, kita boleh menikmati panorama (chewah!) di tepi sungai melaka. ada satu tempat tu, lawa lah, ada rumah-rumah kayu yang kecik dan comel. tapi saya rasa, pemandangan di waktu malam lagi best kot, sebab ada lampu sepanjang sungai dan di jambatan-jambatan yang dilalui. jadi target lain kali : pergi malam. (bila ntah tuu)..

destinasi kedua : menara taming sari. macam mana ya nak cerita pasal menara nih? erm.. bayaran masuk : rm 10 setelah mendapat 50% diskaun sebab warganegara Malaysia. nanti kena tunjuk Mycard la kat kaunter tuh. pelancong asing kena bayar RM20. ok la tuh, dapat separuh harga kan? hehe :) naik menara ni, kami dapat lihat seluruh pemandangan banda hilir dari atas. ia berpusing-pusing. nampak selat melaka jugak! nampak kapal-kapal yang ada di selat melaka. tapi hujan rintik-rintik bila duk atas sana. jadi, tak boleh nak ambil gambar sangat lah.

destinasi ketiga : replika kapal Flor De Lamar dan muzium samudera serta muzium TLDM. bayaran masuk : RM3 combo untuk 3 tempat ni. Yang paling menarik antara ketiga-tiga ini semestinya replika kapal tu. di dalamnya ada muzium yang dinamakan Muzium Samudera I. dalam muzium ni ada replika matawang yang digunakan pada zaman dahulu (ada matawang tembaga bentuk buaya!), tayangan sejarah, replika pelbagai jenis kapal (besar oo!). lepas tu ke muzium Samudera II, letaknya bersebelahan replika kapal ni. kat dalam tu, lebih kurang dengan muzium samudera I jugak. cuma yang ni design dalam dia macam lawa sikit. ada satu tempat tu, ala-ala underwater world gitu. kemudian ke muzium TLDM dan berkenalan dengan pakaian seragam TLDM dan pangkat-pangkatnya, jenis-jenis ikatan tali, juga masuk ke dalam replika kapal laut. sempitnya ruang kat dalam kapal tu nak pergi ke tempat kapten. kesimpulan : ketiga-tiga muzium ini menarik dengan caranya tersendiri. :D

destinasi keempat : ke kereta, makan nasi goreng yang dibawa dari rumah. ha-ha-ha. bajet sungguh!

destinasi kelima : muzium kesultanan melayu melaka. ekin yang nak masuk, kami pun ikut sekali. macam menarik bila tengok bangunan dia (uish, menilai buku daripada muka depannya?). kali ni kami ambil tiket konsesi (maksudnya kami kena bayar RM 3 untuk melawat 9 buah muzium di sekitar ni dan 3 buah galeri). masa ni kami baru sedar akan kewujudan tiket konsesi sebenarnya. kalau tahu dari awal lagi, boleh beli terus untuk masuk muzium samudera dan muzium TLDM tu sebab dua-dua muzium ni masuk sekali dalam tiket tu. dalam muzium kesultanan melayu melaka ni banyak dia letak replika pedagang-pedagang dari pelbagai negara yang datang berdagang di melaka suatu masa dahulu (sila balik baca buku sejarah. hehe), pakian tradisional masyarakat setiap negeri, set persalinan putera dan puteri raja. eh saya jumpa sesuatu di sini. Tun Teja. (jadi teringat pada kak srisufi)

destinasi keenam : A. Famosa dan bukit St. Paul. Ramai sungguh orang bergambar di kota A Famosa ni. Nak naik ke bukit St. Paul kami kena mendaki bukit, tapi ada tangga la. jadi, mendaki tangga lah. huyyo, banyaknya anak tangga dia! Tapi ada jugak orang lepak-lepak di tepi tangga tu. ish, mengganggu laluan sungguh! Sampai atas sana.. waah! ramainya orang. bersesak-sesak. ada jugak pengantin yang datang untuk bergambar di sini. bertambahlah jumlah orangnya. Dari atas sana, boleh tengok pemandangan banda hilir, selat melaka, eye on malaysia, menara taming sari, stadium pahlawan, muzium-muzium di sekitarnya. Naik sat je, sebab ramai orang. malas nak menambah bilangan orangnya. cheh, alasan! sebenarnya masa dah suntuk.

destinasi ketujuh : bangunan Stadhyus dan galeri Cheng Ho. Turun bawah, berjumpa dengan bangunan Stadhuys yang dibina bersama galeri Cheng Ho. Bangunan Stadhyus, salah satu daripada landmark Melaka. bangunannya berwarna merah (tapi saya nampak banyak je bangunan sekitar sini warna merah). Dalam tu ada penemuan-penemuan tembikar, seramik (teringat CBC. hoho), peralatan yang digunapakai ketika bersawah, suasana di kedai majalah, warung, perkahwinan orang melayu, cina, dan chitty, replika kota melaka di zaman penjajahan British dan Jepun. untuk siapa-siapa yang minat sejarah, tempat ni saya syorkan untuk dilawati. *promosi nih*

ada banyak lagi muzium yang kami tak masuk. ada muzium setem, muzium kecantikan (mengikut tafsiran puak-puak tertentu macam ada sesetengah kata cantik bila leher jinjang, kaki kecil, telinga panjang dan macam-macam lagi lah), muzium penderaan (woh, takut lah! tengok pamplet dia pun saya tak berani nak masuk. sat lagi jadi mimpi ngeri. haha, penakut!), muzium seni, galeri rakyat, muzium kesenian islam.

destinasi kelapan : Eye on Malaysia Malacca. Tempatnya jauh sikit daripada kompleks muzium-muzium tu. kena naik kereta dan menyeberangi sungai melaka. sampai di sana, tak ramai orang sangat. pelik jugak, mungkin sebab tempat ni agak jauh daripada tempat-tempat tadi kot. nanti nak ke sana kena masuk lorong-lorong kecik lagi. bayaran nak naik : RM8. ni setelah mendapat diskaun 50% untuk warganegara. bayaran sebelumnya : RM 16 untuk pelajar. untuk pelancong asing : RM20. wahwah. :D naik ni dia bagi enam pusingan. kalau kira secara kasarnya, dalam seringgit lebih la satu pusingan, kan? ade pulak kira gini. hiho~

destinasi akhir : balik rumah ekin! hahaha. masa tu dah pukul 5petang. perjalanan dari banda hilir ke rumah ekin memakan masa dalam satu jam, kalau ikut lebuhraya. tambah tolak dengan tak berapa kenal jalan, jadi cukuplah tu untuk sampai jam 6.30petang. tu pun, tersilap masuk jalan sat. main ikut gerak hati je nak ambik jalan mana. ngeh ngeh~

naik bas balik kelantan di alor gajah. kat tiket dia tulis bas bertolak jam 8.30malam. tiba di stesen alor gajah awal sikit. masa ru bas tak sampai lagi. ni sebab bas tu sebenarnya dari melaka central, berhenti sekejap di alor gajah mengambil penumpang. ada cerita pasal bas ni. lepas ambil kami dan seorang lagi penumpang di alor gajah, dia turun ke segamat. a-pakah? hmmm, saya fikir : mesti lambat sampai ni.. berhenti di segamat dalam setengah jam jugak la, baru bertolak balik naik lebuhraya menuju KL. lepas tu, saya tak tahu dia naik ke mana dah, sebab saya tidur. penat laa. ngee. saya terjaga bila bas tu berhenti untuk beri laluan lepada penumpang untuk makan. tapi saya tak pasti lah di mana tempatnya. sejam jugak la berhenti baru teruskan perjalanan balik. kemudian, saya sedar balik bila sampai di satu bandar ni. dalam hati cakap : dah sampai kelantan kot. masa tu jam 5 pagi. cepat jugak ya. lepas tu bila tengok skrin telefon, celcom tulis : batu burok2. aaa! dan ternampak : hospital sultanah zahirah, juga replika batu bersurat. a-pakah? pukul 5 pagi baru sampai di kuala terengganu?? aish, pukul berapa nak sampai KB nih...

jam 7pagi, bas pulak ada masalah. saya dan dina kena tukar bas lain. nasib baik masa naik bas lain tu ada tempat duduk. tapi kesian jugak, sebab ada ramai jugak yang tak ada tempat duduk. huhu. bas tu ambil jalan permaisuri-besut-pasir puteh. berhenti makan di depan kompleks sekolah kamil di pasir putih. masa tu jam 8.30pagi.. alamak, bila nak sampai ni? huhu.

selepas penat menunggu (chewah), akhirnya saya pun nampaklah pasaraya segar, balai islam, Billion, KB mall dan stesen bas KB. waktu tu jam 10 pagi. dina dah turun masa sampai di pasir tumboh. lama tak perjalanan saya kali ni? naik jam 8.30 malam, sampai jam 10 pagi? 13jam setengah duduk atas bas. perghh!! sampai di stesen bas, saya naik teksi. tak mahu susahkan abi untuk datang ambil, lagipun abi cakap kereta tak boleh nak lalu dekat Bunohan. tambang teksi kali ni memeranjatkan saya. RM25 nak ke pengkalan kubor? aish! biasanya RM5 sahaja. disebabkan oleh keadaan terdesak, saya pun ambil jugakla teksi tu.. teringat pulak harga teksi di pulau pinang. aish aish~ dan teksi tu ambil jalan Berangan nak elak air banjir.

sampai di rumah jam 12 tengah hari. wahah! lama sungguh perjalanan kali ni. mungkin sebab banjir jugak kot, bas ambil jalan lain. huhu~ sampai rumah, sangat sedih sebab dah tak sempat nak bertemu muka dengan Amani. ingatkan balik ni bolehla jumpa sat dengan dia, tapi.......hmmm.. kita merancang, Dia yang menentukan, kan? Amani dah pindah ke Melaka, mengikut emaknya yang kena mengajar di Melaka. mereka sekeluarga bertolak dari kelantan ke melaka jam 9 pagi. bila pulak la boleh jumpa dia lepas ni.. seorang lagi.. huu~ (Amani ni satu-satunya kawan saya yang satu sekolah rendah, satu sekolah menengah di kedua-dua buah sekolah, juga pernah satu universiti, sekejap dengan saya.. dan paling dekat, satu kampung)

--------------------------
psst:
  1. macam promosi pelancongan aja gayanya saya bercerita. siap ada harga masuk ke setiap tempat lagi.. huihui
  2. gambar-gambarnya lain kali je lah.. ;)
  3. salam eidulladha untuk semua! :)

25.11.09

ke melaka (i)


hari pertama di melaka
bertolak dari rumah cik ekin jam 10.30 pagi, tapi ni pun bukan terus berjalan-jalan. sebab ayah ekin suruh ekin pergi kenduri kahwin di kampung sebelah. dan, kami pun kena ikut sekali. aaapakah? keseganan dah la, sebab nak kena pergi rumah orang yang tak kenal, kenduri kahwin pulak tu. erk! dalam keseganan tu pun, terpaksa lah pergi.. huu, takpe, takpe.. ekin ada.. sampai sana, kena daftar dulu (oh, kat melaka memang macam ni ekin kata. kalau pergi kenduri kahwin, kena daftar dengan tunjuk kad jemputan dan mereka akan tulis nama orang yang datang. sambil tu, bagilah sedikit duit 'ngele'-bak kata orang kelantan- sekali dengan sampul tu). lepas tu, barulah akan dijemput makan. suasana di kenduri itu : ada DJ mainkan lagu dan berceloteh, ada khemah warna oren, ada pintu gerbang bunga-bunga!. ekin cakap biasanya akan ada kompang, karaoke, dan pertunjukan silat bila pengantin masuk berarak. aish, kenapa saya rasa macam susah aja ye? :D

okeh, dalam pukul 12 kami bertolak ke ayer keroh selepas menghantar kak misah ke rumah. destinasi pertama : rumah tradisional di malaysia (eh, betul ke nama tempat ni?). ahaha, jadi budak-budak jap. kat sini jumpa rombongan budak sekolah yang buat lawatan sambil belajar. sekolah rendah. wah, bestlah depa! sekolah rendah dah buat lawatan ke tempat-tempat macam ni. saya dulu... (okeh okeh, jangan compare).

antara banyak-banyak rumah tradisional ni, rumah sabah dan sarawak paling menarik perhatian. sebabnya? ia lain sikit daripada rumah kat semenanjung nih. tangga rumah sabah kena langkau besar-besar. lantainya diperbuat daripada buluh. tangga rumah sarawak dia buat dengan batang kayu balak (kot? sebab kayu tu besar amat) yang dibuat lubang (macam orang buat masa nak panjat pokok kelapa tuh). tapi, menarik! ahaa, memangla sebab tak sama dengan yang di tempat kita. rasa macam unik la sikit. walhalnya kalau mereka datang sini pun mesti kata rumah di semenanjung yang menarik. betul tak? (pandai-pandai je saya buat inferens sendiri).

destinasi kedua : ke zoo melaka. waah! di sini memang mencabar kaki. lenguh aih berjalan jauh. besar zoo dia. binatang-binatang kat zoo ni pulak besar-besar. gajah dan kuda boleh naik. nak naik, tapi ramai orang tengah beratur la pulak hari tu. besar gajah dia! lepas tu, bermulalah sesi berkenalan dengan haiwan. ada burung, ular, singa, beruang, harimau bintang, burung kakak tua( besar oh!) dll. jenuh mengira dan berjalan. rugi rasa tak naik tram dia. konon-kononnya mahu berjalan la. last last, sakit seluruh badan. haha, inilah faedahnya kalau dah lama tak berjalan jauh. (rindu hiking dan jungle trekking lah!). ada jugak pertunjukan gajah. ahaa, orang yang tak pernah tengok pertunjukan haiwan secara langsung macam saya ni memang akan mudah teruja sikit. :D

lepas tu ke dataran (erk, ape dah nama dia?). snap gambar sikit dan kembali meneruskan perjalanan ke masjid al-azim. ekin beria-ia nak tunjuk masjid al-azim kepada kami. dia kata masjid al-azim ni besar. ok lah, mari ikut dia. takpe, sebab dia yang drive :D sampai di sana, ya! besar sungguh masjid dia. rekaan dia, agak unik sikit. tengok kubah dia.

meminjam gambar dari sini sebab semua gambar masih dengan dina.

usai solat zohor dan asar secara jama' dan qasar, perut minta diisi. lapar oh! bila cakap kat ekin, dia cakap : aku pun tak tahu jalan kat sini. alamak! okeh, kita cari pasaraya jom! lepas tu, bertemu dengan signboard ke tesco. tesco pun tesco lah. kat tesco ada food court dak? ada. jadi, destinasi seterusnya : ke tesco! sampai di tesco, mencari food court. hasilnya, satu ABC, satu bihun tomyam, satu nasi goreng, dan satu bihun sup telah ditempah. lepas tu, alhamdulillah.. kenyang! :D

hari sudah malam. tak boleh nak pergi mana-mana dah la. maka, kami pun bergerak pulang. sebelum tu, ekin tunjuk bandar alor gajah yang indah disinari lampu pada waktu malam. dan, ada hot spot free! perjalanan hari tu menyampaikan kami ke rumah ekin jam 9malam.

bersambung... (tiba-tiba rasa macam buat movie pulak, siap ada bersambung bagai)

lepas exam

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

baru balik dari taba. uffh, penat oh. banyak cerita untuk dikongsi sebenarnya. nanti saya cerita satu-satu.

mari panggil memori balik. lepas habis exam hari tu, kami (aisya, dina, ekin, puey fong, jega, chia gen, poay yen, sze yan dan saya) pergi makan di kedai peladang. kedai peladang ni boleh dikatakan tersohor jugakla di balik pulau ni, sebab setiap kali saya pergi mesti penuh je pelanggan dan meja pun kadang-kadang memaksa kami untuk tapau dan makan di rumah sahaja. selepas bersembang sambil makan, ke kedai balqis mencari muffin (muffin coklat kat kedai ni best!). dan, terjumpa dengan junior third year kami di sana. masa tu, depa baru habis exam dan juga mahu makan di kedai peladang (haa, kan dah kata, kedai ni famous!). mereka tanya : nak ikut ke Bukit Merah tak? waah! tawarn yang menarik, tapi kami dah ada rancangan lain. nanti pergi lain kali je lah.. huu~

petang tu, berjalan-jalan lagi ke BJ. cik ekin dan cik dina mahu cari baju. disebabkan oleh kebosanan, jadi saya pun ikut sekali. aisya sertai kami di BJ. jadilah kami keluar berempat. selepas melenguhkan kaki pusing-pusing sekitar kedai di BJ tu, kami makan petang di dominos. ahaa, dominos lagi! ni sebab terpengaruh dengan miss hafsa la ni, dia cakap pizza kat dominos lagi sedap daripada pizza kat pizza hut (teringat ada ustaz saya baca pizza hut dengan bacaan piza hut, bukan piza hat. aish). dan, saya rasa memang pun.. pizza kat dominos lagi best. tapi, tu bergantung kepada taste seseorang jugak la. nasib baik la kat kelantan tak ada dominos!

dan di sini, ketika memesan pizza kat dominos ni saya dapat satu kejutan! oh, i love surprise! saya pernah cakap, kan? terima kasih kepada mereka sekali lagi, kerana saya dapat 'leny' (diberi nama oleh mereka). hohoh~

keesokan harinya (21hb)
kami bertolak ke melaka. naik kereta cik ekin. dalam kereta ada lima orang (saya, dina, ekin, nalina dan jega).. bertolak jam 9.15 pagi. dari penang ke KL, jega yang pandu. perjalanan memakan masa selama 5 jam, terlebih satu jam dari yang biasa sebab cuaca tak mengizinkan untuk memandu dengan kelajuan yang agak laju. jadi, kami sampai di rumah jega dalam jam 2petang. sampai sana, berjumpa dengan kein lee! 'anak angkat' keluarga jega, berusia 2 tahun setengah. comel sungguh budak itu bila dia senyum. mula-mula dia tak bercakap sangat sebab mungkin pelik kot tiba-tiba tengok ada orang lain kat rumah, bertudung pulak tu. tapi lama-lama, dia dah boleh bercakap dan ketawa. ouh, co-mel lah! budak-budak memang comel, kan? :D

bergerak dari KL (puchong) ke melaka jam 3petang. lalulintas di highway nak masuk seremban agak sesak. dan, ada sesuatu yang tak dapat dilupakan berlaku di situ (yang akan kami ingat bila teringat cerita ke melaka ni. ya!). sampai rumah cik ekin dalam jam 8.30malam. huh, penat oh! walaupun duduk je dalam kereta (sebab ekin yang pandu dari KL-melaka) tapi masih.. masih rasa penatnya itu. yang peliknya bila sampai rumah ekin, bukannya nak terus berehat pun. lepas makan, sempat lagi duk layan TV dengan kak misah dan skim buku lentera mustika yang ada kat umah ekin. haha, buku lagi!

alamaks! dah panjang la.. erm, ni tak masuk cerita pergi jalan-jalan lagi ni.. saya sambung dalam entri lain lah ye :D

p/s:
  1. saya buka google reader, dan ia bercatat : 88 new items! alamak, macam mana nak habiskan semuanya ni?.. nanti saya baca satu-satu ya.
  2. Zahrah de Tigris sudah habis separuh. *peace2*
  3. check plurk. aaaa!! karma jatuh! macam mana nak freezekan ia, eh?
-----------------------------------
air di neting tempat roadblock UPP tak melimpah sampai atas jalan lagi. jadi, kereta masih boleh lalu ikut jalan tu.. sekian, berita melaporkan.

1.11.09

terima kasih! (ii)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

age. umur. ada apa dengan umur? ada. umur mengingatkan kita berapa lama dah kita duduk kat dunia ni. umur adalah tentang masa, menjadikan kita seorang yang kita cuba bentuk. umur ialah angka. umur adalah? umur!

mahu bercerita tentang hari ini. tapi tak tahu nak mula dari mana. semua benda dah mix up. hehe. dua puluh tiga.

semalam:
dapat kek. hoho, terima kasih kepada housemate saya di atas kejutan itu! terharu oh. dengan rancangan tomyamku pecah sebab tak sengaja dilanggar, mereka merancang sesuatu. makanya, makan kek lah kami serumah semalam. saya suka buat kejutan untuk orang, tapi bila orang buat kejutan untuk saya, rasa macam.. macam.. *speechless* akan ku ingat kejutan semalam, kali terakhir (kah?) di sini..

lepas tu, on ym jap. ingatnya nak buat invisible je. tapi takut jadi kejam pulak, tak bagi peluang orang wish. (segan sebenarnya kalau ada orang wish. entah kenapa. pelik dak? huhu). hasilnya, adik dan 'kakak' saya telah membuat ucapan. dan dapat ni jugak:



tapi, di alam maya je lah. sebab nak betul-betul bagi, jauh oh! apapun, terima kasih atas ingatan kalian!

pagi dan petang tadi..
bukak fb (hoho, hiatus fb dimungkiri). oh? oh! tiba-tiba wall saya jadi penuh. macam-macam ada. macam-macam ucapan. macam-macam cara. ada yang bagi kad, bagi kek, bagi penyu yang macam kat FV tu, dedikasi lagu, buat ucapan. hiuu, tak cukup tangan sat nak membalas. hehe. but again, terima kasih semua! :)

kawan-kawan yang tak ber'alam maya' pulak mem'betul betul betul, salah'kan (mesej) telefon tangan saya. hoho, terharu lah dengan awak semua! kamsa mida!

yang paling membuatkan saya terharu:

1313 : dialing.. dialing..
terdengar satu suara : selamat hari lahir!
oh, terharunya ummi! nak balik! ;)

lepas tu, abi pulak ucap. oh, hatiku bertambah terharu!

ada ayat best nak kongsi. ditulis di e-kad:
the secret to staying young is to live honestly, eat slowly, and lie about your age.

ahaha. ayat akhir tu.. *sengih jap*
ok ok. dah. jadinya:

suksan wan kerd!
selamat hari lahir!
saengil chukha hamnida!
sanah helwa!
untuk diri sendiri.

oh, dah.
TERIMA KASIH, semua! kamsa mida! arigato' gozaimasu! khob kun maa kha! atas doa-doa kalian. ameeen, semuanya ya. sungguh terharu lah! ^-^

bila dah masuk zaman sebegini, ada lah soalan yang tak boleh nak elak. tapi, saya akan elak jugak! yeay! hmmm, dah dua puluh tiga tahun rupanya saya ni. hidup menghirup udaraNya. terkadang di atas, terkadang di bawah. bila diuji.. ada musim dapat lepas, ada musim gagal.. hmmm. belajar, okeyh?
  1. banyak la pulak perkataan 'terima kasih' kat atas ni.. :D
  2. Terima kasih. Tuhan, atas kegembiraan hari ini, juga atas kurniaan-kurniaanMu selama ini..
  3. untuk junior-junior, all da best esok!! DF2 senang sikit.. ;)
  4. ha! esok hari lahir aisya. *wink2* tapi dia balik rumah la pulak..
-----------------------------
p/s: harap-harapnya korang semua baca entri ni esok lah ye. huu~

6.9.09

berjalan, melihat, mentafsir

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ini 16 Ramadhan. kalau sembahyang terawih, semalam imam sudah mula membaca doa qunut pada witir satu rakaat. ahaa! teringat sesuatu. nak buat pengumuman.


esok, bersamaan 17 Ramadhan, surau taman manggis akan mengadakan tazkirah ringkas selepas solat terawih dan menjemput semua hadir. lepas tazkirah, ada makan-makan sikit.. jom! :)


bagaimanakah puasa kita setakat hari ini? apa khabar iman kita? suburkah ia atau gersangkah? masih ada masa lagi untuk kita berusaha. uhuu, saya sedih. ramadhan kali ini jadual agak pack. tak banyak sangat yang boleh saya buat. trying2..

ok, tadi berjalan-jalan ke blog nadiah. teringat sesuatu! rupa-rupanya saya ada hutang dengan cik arina. hehe, lupa pulak. hari tu nak buat tapi tak sempat. hari ni, lapang sikit bolehla buat. ahah~ ok, here we go..

  • Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
  • For each question, press the next button to get your answer.
  • YOU MUST WRITE THAT SONG NAME NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
  • Tag 10 11 friends.
  • Everyone tagged has to do the same thing.
  • Have fun.

If someone says ‘Are you okay’ you say?
Satu tekad- unic.. ahah, bermula hari baru dengan tekad yang baru.. hari semalam menjadi sejarah. echeh ;)

How would you describe yourself?
It’s gonna be me-N’Sync. hehe. its me. just me. and only me.

What do you like in a guy/girl?
Ajibtu-in team.. ohoh, soalan yang pelik..(eh sat, betul kan maksud ajibtu = saya pelik?)

How do you feel today?
pesona cinta-hijjaz. ohoo, ada banyak terjemahan nih.. ;)

What is your life’s purpose?
Harapan-raihan. harapan sentiasa hidup. insyaAllah.. =)

What’s your motto?
permata ayah bonda- firdaus.. =P

What do your friends think about you?
senyum-raihan.. haha, is it?

What do your parents think about you?
terlalu istimewa-adibah noor. ecece, ada ‘terlalu’ tu.. huhu~

What do you think about very often?
sebuah pertemuan-unic. uiks, terjerat~

What is 2 + 2?
home-michael buble. yes! Tempat saya mula-mula belajar mengira mestilah kat rumah.. v(^_^)

What do you think of your best friend?
antara dua kasih–unic. adeii. Kenapakah kasih perlu ada dua?

What is your life story?.
Air mata-the zikr.. ohoo, hidup sentiasa ada pasang dan surutnya.

What do you want to be when you grow up?
andai ku tahu-ungu. Andai ku tahu dari dulu lagi, sekarang aku akan berada di laluan ini…

What do you think when you see the person you like?
Beatiful eyes- Taylor Swift.. ek? tak jugak. Depends la..

What will you dance to at your wedding?
Hakikat bahagia-unic.. uit, boleh buat dance ek? macam mana tu? *berfikir sambil meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di dagu*

What will they play at your funeral?
anak perantau (tau tau siapa bawak lagu ni).. uish, apakah maksudnya?

What is your hobby / interest?
Fenomena- unic. ahah, memerhatikan fenomena alam. Suka, suka.. meronda kampung lagi best! hehe.. ;)

What is your biggest fear?
keep hoding on-avril Lavigne. Yap, I’m afraid if I’ll be give up on the way to my destination. please, keep holding on.

What is your biggest secret?
berilah harapan-raihan.. ngaa~

What do you want right now?
Kau kawan, sahabat, dan teman-unic. =P.

What do you think of your friends?
wajah suci-mestica.. semua orang ada kelebihan masing-masing. kankan?

What will you post this as?
berjalan, melihat, mentafsir- nowseeheart..

Berjalan melihat jalan
Yang tercengkam
Kerana dua halangan satu
Keegoan dua kesempitan
Pahit kita tempuhi bersama
Tiada pernah dipinta

Kita teruji hingga menghinakan
Kita tersimpul hingga melupakan
Hubungan yang telah lama ada

Padamkan segala api
Yang bisa membakar kita
Tanamkan benih mahmudah
Yang suburnya membawa erti

Tag 10 people:
ok, done! yeay!! minggu depan klerksyip farmasi satelit. kena buka buku, review topic cardio nampaknya..

salam Ramadhan~

30.8.09

m.i.s.s.



miss.
i miss the past.
i miss me at the past.
i miss them in my past.
i miss our stories in the past.
i miss my heart in past. (hehe).
missing much. ouch! hurt.

reminisce.
*switching on memory lane again*
this will happen if i'm alone. nga~
[-_-"]

1.8.09

girls day out?


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

pemberitahuan : entri ini mungkin akan panjang.

penat. penat. dua kali taip, menandakan memang sungguh penat. :P hari ni kami serumah (dina, shikin, aisya, sze yan, poay yen, pei yeen, saya) keluar. cadangan pada mulanya, nak keluar satu batch tapi puey fong dan chia gen tak boleh sertai. sepatutnya tinggal 9 orang. jega batalkan rancangan pada masa-masa akhir sebab ada hal kecemasan, dia terpaksa balik KL semalam. jason, saya tak pasti lah pulak kenapa dia tak boleh nak ikut. Bila dah jadi macam tu, tinggallah kami serumah je yang dapat pergi. jadi bertukarlah plan ke : girls day out. eh, boleh ke?

pagi tadi hujan sangat lebat. mula-mula bercadang nak batalkan jugak, tapi aisya cakap mak dia dah sediakan mihun goreng untuk kami. jadi, kami pergi lah jugak ke rumah dia. bila sampai, mak dia cakap mungkin kat teluk bahang tak hujan kot. penang selalu jugak macam tu, hujan kat satu tempat je tapi kat tempat lain tak hujan pun. erm, kami buat keputusan nak pergi tengok dulu tempat tu. kalau hujan, terpaksa teruskan ke rancangan B. dari rumah aisya nak ke teluk bahang, kami ikut jalan batu feringghi.

sampai E-gate..
hujan dengan lebatnya! "aish, macam mana nih?". aisya teruskan bawa kereta.

sampai batu feringghi..
masih tak hujan. tapi langit di tengah laut terlalu gelap. scene dia lawa sebab nampak dengan jelas, laut terpisah dengan langit (laut warna hijau kebiruan, langit warna biru kehitaman)
"tangkap gambar, tangkap gambar!" ada satu suara menyuruh.
"nuha, ko ambik la. ko duduk tepi tingkap, senang sikit"
"tak pun suruh sze yan ambik, buka bumbung kereta kat tengah ni"
lalu..
KLIK
KLIK
KLIK
"ala, gambar tak elok la, dalam kamera nampak tak lawa. jadi lagi gelap pulak tu"
mood nak ambik gambar terus padam. [-_-"]

sampai kat masjid terapung kat batu feringghi..
"ingat masjid ni tak korang?"
"mestila..."

sampai taman rama-rama..
kereta meluncur laju.

sampai taman rimba..
kereta masih bergerak, hingga tiba di satu simpang.
"jalan terus. tadi aku nampak, signboard dia tulis 'taman negara' jalan terus".. satu suara mencelah.

terus jalan..
"eh, betul ke ikut jalan ni nih? awat tak sampai lagi?"
"haa, tuh kat sana. yeay! dah sampai"

letak kereta kat tempat parkir. tiba-tiba hujan turun la pulak. jadi, kami makan dulu. habis makan, hujan berhenti. teruskan rancangan. selepas daftar : ke Muka Head (alyaa yang cadangkan), kami mula trekking. bersemangat sungguh rasanya trekking tadi, sebab dah lama tak trekking. (ps: i do love trekking *peace peace*). jalan agak licin, sebab baru lepas hujan. mula-mula bertujuh. sampai tengah jalan, jadi berempat. 3 orang patah balik. setelah sejam lebih naik dan turun bukit + bagi semangat sesama sendiri + snap the moments + nyanyi-nyayi tengah jalan (lagu mirai + bismillah separuh jalan) + berhenti sat, sebab tak larat (huhu, lama tak bersenam jadi cepat sikit letih nya)..

"yeay! dah sampai! hu-yyoh. akhirnya! alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, alang-alang sudah datang biarlah sampai ke hujungnya (oh, ini bukan pantun ya). tak ramai sangat orang datang hari ni. mungkin sebab cuaca tak berapa nak mengizinkan. sampai di Muka Head, kami main jet ski. 25minit = rm50. satu jet ski, dua orang. kami kongsi.. :D. kami agak daring sikit rasanya sebab berani membonceng ke tengah laut, membelah ombak yang agak besar (kat tengah laut). setiap kali kami membelah ombak, jet ski kami akan jatuh semula dengan kuatnya dan ada ketikanya air laut terpercik masuk ke dalam mata sebab terlalu laju. hoho~ suka! :P

tengah-tengah main..
"eh, gelapnya langit sebelah sana!"

apa petanda? cuaca mula nak suram. kami balik semula ke tempat mula-mula trekking naikspeed boat. kalau trekking balik, mesti takkan sempat. nanti tengah jalan hujan turun, kami akan terperangkap.

sampai tempat parkir kereta..
druuuuuuuuummmmmmmm... lebat sungguh hujannya! alhamdulillah, selamat sampai sudah. kami bergabung kembali dengan 3 orang yang tertinggal tadi. mereka naik separuh jalan. lepas tu ke masjid untuk sesi khidmat diri dan solat sebelum ke gurney plaza. (haa, kan dah kata.. girls day out. apa lagi? window shopping la kerjanya..ngeh3) masa diberi : 2jam setengah.

"makan!! lapaq seyh.."
"jom, food court!"
ke gerai makanan thai dan melayu.
menu kali ni:
nasi goreng daging merah, nasi putih + tomyam seafood + nasi goreng usa + milo ais + milo panas + soya ais + ......(lupa daa)

alhamdulillah, kenyang sudah..
lalu, menggerakkan kaki ke parkson. shikin mahu mencari selipar. kami menemani dia. ketika sedang menjamu mata tengok-tengok selipar, tiba-tiba mata terpaku melihat satu benda. "eh, lawa la.." tengok harga, boleh tahan. try dan try. ketat sikit. "boleh tolong cari saiz yang lagi besar sikit tak?" try dan try lagi. "ketat sikit la. bila nak jalan, rasa sakit..ish, nak beli ke tak ni?".. hati dan akal mula berperang. akhirnya dua-dua menang, sebab hati memujuk akal. (eh, ada ke begini?) dan sekarang, sepasang kasut itu dah ada kat bawah. sayang la pulak nak guna. :P

5.30pm
"eh, aku nak p mph sat. nak try cari 'Merck'.."
"ok"
cari punya cari, tak jumpa. takde la tu. ish.
tiba-tiba mata terpandang sesuatu : self-enhancement.
mata meliar dari rak atas ke bawah, dan..
"Life is an open secret!"
akal dan hati mula menimbang, nak beli ke tak? lama dah mencari, tapi susah nak jumpa buku ni. dulu pernah cari kat blog sis zabrina, tapi pembayarannya guna us dollar. hurm, tambah kos penghantaran lagi. safiyyah pernah bagitahu, dia cari kat kedai buku kat KL ada. ala, penang-KL jauh jugak tu. ish. akhirnya..



ada satu lagi siri buku ni, tapi nanti la. lain kali lah saya beli.. habiskan yang ni dulu, okeyh?

penat.
mengantuk.
jam 9.15malam, kami sampai ke asrama. dina cakap : meeting postpone ke esok petang sebab ramai yang tak dapat hadir. ok.

balut buku.


flashback memories:
26 julai yang lalu, IPSA menganjurkan family day. buat kat batu feringghi. semua pelajar farmasi ICT diwajibkan pergi. besto! gambar? mari saya upload sikit.. sikit je lah ye.



this one, credit to blog syu

28 julai 2009, kami (4th year student) pergi hospital kulim, menghadiri seminar pembentangan kes klinikal oleh PRP (pre-registered pharmacy). ada la sikit gambaran untuk kerja nanti kot. hari ni juga hari lahir puey fong, rakan sekelas kami. kami menyanyi ramai-ramai dalam van dalam perjalanan ke hospital kulim.. :) :)

upcoming events:
1) 7-9th august, PC fair at PISA
2) 8th august, campus day at ICT

7.6.09

teringat

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi, dapat MMS daripada mizah. dia hantar gambar muhammad al-fateh. oh, sungguh comel la dia. jadi rindu pula. sekarang, gambar budak tu dah jadi wallpaper hp saya. nak upload kat sini tak boleh, laptop takleh nak detect blootooth hp saya. sungguh, saya rindu pada sahabat saya yang seorang ni. betullah. hati yang bertaut keranaNya itu lain sekali rasanya.

teringat jugak kepada fadzilah, emak nur 'auni sufiyyah. lahir di bumi anbiya' budak ni sorang. :D

curik gambar auni dari friendster dilah.. :P

salwani pun dengarnya dah berbadan dua. waa, nak tambah sorang lagi anak sedara nampaknya ni.. seronok lah, tengok kawan-kawan bahagia. ;)


sudah tak tahu nak tulis apa. jadual kali ni:
09-06-09 : vet.
12-06-09 : CNS.
doakan saya.

lepas tu, mahu ke melaka. tapi, tiket tak beli lagi. kita tunggu je lah, jadi ke tak plan tu..

24.5.09

un, deux, trois

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

un
cuaca hari ni mendung dari pagi ke petang. tadi pergi pantai. bersama cikma dan kholati, kak da sekali. cikma bawa nasi goreng, kholati bawa nasi putih + tomyam + ikan rebus goreng + colek kaduk. saya bawa aiskrim + keropok je. ngee, cikma yang bagi mandat suruh goreng keropok je. petang tadi, pantai seri tujuh agak lengang. tak ramai orang seperti biasa. rupa-rupanya ada perasmian penutupan pesta wau di pantai geting.. patutla. nasib baik tak berkelah kat pantai geting. mesti ramai orang. oh, tak suka. terlalu ramai manusia. kereta pun banyak. mesti merangkak je kalau nak drive. lepas makan, budak-budak mandi air laut. suka la depa, tak ramai orang. boleh jajah banyak tempat. yang jadi pengawalnya, siapa? saya la. hadeh~ dah la kena serang dengan bola pasir, dua penjuru. lepas tu, terus participate main perang bola pasir. tapi tak aci, depa ramai. ish~

deux
tengok laut, tenang sungguh. ombak yang datang, membawa bersama pasir-pasir. teringat masa sekolah dulu:

ummi : nanti kirim salam kat ustazah S sebanyak bintang di langit.
ustazah S : kirim salam balik kat ummi, sebanyak pasir di lautan.

berapa banyak tu? infiniti. tak terkira. tak terhingga. rindu la. rindu nak baring tengah-tengah padang, kira bintang di waktu malam. best! teringat kat sekolah dulu. (lagi. ngee~). ada satu permainan dalam satu program ni, waktu malam. ada banyak check point nak kena lepasi. macam-macam la yang AJK tu minta bila sampai kat check point. ada yang kena minum air garam, jawab soalan, cari benda. bila dah berjaya buat apa yang disuruh, baru dapat klu atau hadiah. kali ni mereka bagi hadiah satu batang mancis dan lilin. kami kena nyalakan lilin tu jangan bagi ia terpadam sebelum habis permainan tu. kumpulan mana yang lilin mereka padam, kena denda duduk kat padang sampai dekat subuh. hoho, lama jugak tu. lilin kumpulan saya time tu padam sebelum habis permainan. jadi, kami kena duduk kat padang. bila sampai kat padang, dah ada beberapa kumpulan yang dah kena denda. ngeh3. tapi, best la duduk kat padang tu. kami berbaring, tengok langit, perhati dan kira bintang sambil bertukar-tukar cerita. oh, nikmat sungguh!! rugi siapa yang tak kena denda! v(^^)

trois
malam ni sudah mahu berangkat. tiket tak jadi beli yang lain. nak drive, tak mungkin la kot. abi mesti tak bagi. hehe. sampai penang nanti, tak sure la internet ada ke tak ni sebab bil tak bayar lagi. duduk kat rumah, kerja tak ingat je semedang. time kat penang hari tu, tak sempat. bil sampai lambat.

quatre
buat kuiz What is your pharmacy IQ kat facebook tadi, dapat result yang susah untuk dipercayai. erk?? insyaAllah, suatu masa nanti.. moga benar. ameen. :)

16.5.09

seorang guru tua


Seorang guru tua
Guruku yang baik
Masih lagi mengajar
Sedang aku kini sudah besar
Dulu wajahnya muda
Kini rambut memutih kepala
Ada anak-anak muridya
Kini memegang jawatan tinggi
Tidak kurang pula
Bergelar usahawan berjaya

Guruku yang baik
Masih di situ
Masih menuju ke sekolah yang sama
Tiada kelihatan jemu
Dari air mukanya
Tiada kedengaran bosan
Dari suaranya
Dia gigih menggenggam
Tanggungjawab yang di amanahkan

Seorang guru tua
Dia masih di situ
Berdiri sebagai guru
Menabur jasa-jasa
Dialah pendidik bangsa!

-Gunawan Mahmood- DBP
di salin semula dari ‘SeHiJaU wArNa DaUn’
KOMSAS form 1…

HAPPY TEACHER'S DAY

14.5.09

selamat!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

pagi tadi. jam loceng berbunyi. tangan segera capai tekan butan 'stop'. lepas tu, terperasan ada satu mesej masuk, daripada Mizah.. semalam, lepas balik dari KB langsung tak sentuh handset. kalau duk kat rumah, handset susah nak berjumpa dengan tuannya sebab diletak kat dalam bilik. manakala, tuannya pula suka lepak kat luar bilik.. hehe. 

Salam. Alhamdulillah saya baru selamat melahirkan seorang baby lelaki pukul 9.20pagi tadi, nuha kat HKL. insyaAllah, seorang mujahid.. syukur pada Yang Esa..

received:
04:07:15pm
13-05-2009

perasaan? teruja! hehe. alhamdulillah, selamat sudah dia berjuang. lepas baca mesej tu, terus call khalilah. khalilah duduk kat Johor sekarang. Dia bercadang nak jumpa Mizah minggu depan. aaa, nak pergi jugak tapi tak boleh. minggu depan ummi ada kursus, 10 hari (18-28). kena jaga rumah lagi, takut rumah lari.. :D takpe, khalilah kata nanti dia akan ambik gambar dan video sekali, insyaAllah.. tak sabar rasanya tunggu Mizah balik Kelantan.. :D