Showing posts with label clinical. Show all posts
Showing posts with label clinical. Show all posts

22.7.10

siap!


akhirnya! siap pun entri-entri pasal klerksyip yang telah diperam sekian lama, tak berkesempatan nak mengedit. hiuhuu.

lepas siapkan cerita klerksyip, teringat pula masa temuduga hari tu, dia ada tanya : jabatan apa yang kamu paling suka di hospital? saya jawab : OPD. (berdasarkan pengalaman klerksyip la, sebab jabatan lain macam kami tak ada buat kerja sangat masa klerksyip tu. TPN sebenarnya banyak kerja juga, tapi kami tak disuruh buat pun sterile preparation tu. banyak dengar penerangan tentang tugas-tugas dan perhati mereka bekerja je). tapi lepas tu, penemuduga tu cakap : kenapa tak suka klinikal? kalau klinikal, kamu boleh lebih rapat dengan pesakit. lebih kenal pesakit. dapat ikuti perkembangan terbaru dia (sebab in-patient, kan?). kalau outpatient, mereka datang sekejap je. siap ambil ubat, balik. dapat pula yang guna SPUB (sistem perbekalan ubat bersepadu), haa! lagi lah tak tahu apa cerita pesakit tu sekarang. dan lagi satu, kalau masa dia datang untuk isi semula (refill) ubat tu, berkebetulan masa tu bukan kita yang bertugas, macam mana nak tahu perkembangan dia? hmm, betul juga, kan?

tapi, saya tak suka klinikal la. aci tak? sebab banyak benda yang saya tak ingat. dan setiap hari kena mengadap bed ticket patient je. huhu. hmm.. let us wait and see, whether my stand will change or not after this..

sesiapa yang nak baca cerita pasal klerksyip, boleh tekan sini : clinical. sem 8 la yang penuhnya dan banyak entri sikit, sem 7 saya tak cerita untuk setiap minggu pun. (dulu ingat nak sambung balik bila ada masa, tapi selalu terlupa dan akhirnya tak terbuat). tarikh dan masa dipublish entri bermula untuk klerksyip minggu ke-empat hingga minggu ke-tujuh, saya edit semuanya. nak bagi jadi tersusun la konon-kononnya. =)

last but not least, as always quoted by dr. chua :

all medicines are poisons; it is the dose that makes the difference





hari ni hari lahir anas, adik saya. hurmm, nak beli apa eh?

-------------------------------------
Allahu akbar Maha Besar
memujaMu begitu indah..
-------------------------------------

9.4.10

090410


last presentation. (mentang-mentang la klerk pediatrik, slide pun buat ceria-ceria sikit. but, i like it! chomel, kan? credits to nisah yang top-up gambar comel-comel tu. =D)

sweet 23rd, ida (08/04).. from group G.. will miss our moments together..

bersama cik hadzliana aka cik yana

8.4.10

pediatric


week : seventh (last of the last clership)
department : paediatric

+++++++++++++++++++++++++++++

hoho, jabatan paling banyak suara. suara budak-budak. juga jabatan ni terkenal dengan keramahan doktor pakarnya dengan budak-budak yang dirawat di sini. nanti tiap-tiap pagi, dia datang ke wad dan tanya dengan suara yang agak kuat sambil tersenyum : siapa mahu pulang hari ni?? nanti ada la budak-budak yang menyahut. ceria, ceria. =) setiap hari, ada je pesakit yang boleh discaj. biasa penghuni wad ni tinggal di wad tak lama sangat. kecuali untuk beberapa kes yang amat serius.

untuk klerksyip kali ni, dr. baidi dengan cik yana yang terlibat. cik yana dah pesan awal-awal lagi, belajar daripada ahli faramsi kat jabatan ni ye. sebab dia bagus. hehe. ada 3 hari kami kena datang. hari pertama kami ke hospital, kami ikut ward round. wah, ramai yang ikut serta. masa ni ward round memang penuh dengan pelajar perubatan PMC dan HO serta MO. hey, seronoklah di sini. jumpa budak-budak. comel-comel mereka. ehe. buat iklan pula.

cari kes itu wajib. ada sedikit briefing daripada doktor pakar bersama kami. masa briefing ni kami bincangkan kes dengan beliau, tanya apa-apa yang kami nak tahu. saya dapat kes seorang budak ni suspek kawasaki. disyaki baru. mulanya disyaki denggi debab dia datang dari kawasan berisiko tinggi dapat denggi. lepas buat serology test, keputusannya negatif dan lama-lama dia mula menunjukkan tanda-tanda untuk kawasaki.

hari kedua, seperti biasa, ikut serta dalam ward round. lepas tu ikuti perkembangan terbaru pesakit. kemudian, ada perbincangan sedikit dengan ahli farmasi yang in-charge wad pediatrik ni. mr. chong nama dia. memang. saya kagum juga. kebanyakan dos untuk ubat-ubatan bagi pesakit kecil ni dalam tangan je. dia memang sangat menjadi rujukan kalau ada pelajar perubatan atau doktor yang nak sarankan dos untuk ubat baru ataupun berbincang tentang ubat yang tengah pesakit ambil. perlu ditukar atau dinaikkan dos atau macam mana, jika ubat yang diberikan tu tak menunjukkan apa-apa kesan. kami berbincang pasal penyakit yang biasa kanak-kanak alami dan macam mana nak treat. tak semua yang kita belajar tu akan diaplikasi bila dah masuk klinikal. ada je ubat yang kita tak belajar, dan penyakit yang kita tak belajar bila klinikal di hospital.

tengah hari tu, cik yana telefon cakap nak jumpa petang nanti di school. adeii, sakit sungguh. masa saya tak bawa motosikal, masa tu la keadaan mendesak ntuk guna motosikal. huhu. tapi tak apa, saya naik teksi bersama dengan nisah, sara, dan ida. sampai di usm dekat nak zohor. sembahyang zohor dan makan tengahari. lepas tu ke TPN room untuk perbincangan dengan cik yana. kami bincang kes yang dapat. cik ayan bagi komen sikit-sikit untuk kami improve bila nak buat slide bentangkan keesokan hari. kemudian, hari ketiga tak perlu pergi lah kalau pesakit tu dah di discaj. ngaa, pesakit saya dan nisah (kami kongsi kes) tak discaj lagi. maksudnya kena pergilagi lah esoknya. hoo, tak aci. orang lain boleh bersenang-senang siapkan slide untuk dibentangkan pada hari jumaat,kami pula kena pergi hospital untuk ikuti perkembangan pesakit. wawawa. nak buat macam mana, kan? terpaksa lah.

hari ketiga, saya dah nisah pergi. tapi malangnya, pesakit tu dah didiscaj petang semalam (masa kami ada perbincangan dengan cik yana tu). oh nasib. tak apa la. saya terus pergi usm je la, ke bilik nisah. nak siapkan slide. wuhuu, petang dah siap. tapi disebabkan oleh hari khamis tu hari lahir ida, kami rancang buat sedikit makan-makan lepas pembentangan esok. jadinya, saya dan nisah keluar mencari kek la petang tu. dekat maghrib baru balik usm. dan saya balik malam, ke balik pulau hari tu. esok paginya, kami pun bentangkanlah kes masing-masing.. sebelum menyambut hari lahir cik rohaidah di kafe school. oh, sch-weet last meeting! =)

7.4.10

kawasaki


Kawasaki disease (also known as mucocutaneous lymph node syndrome) is a systemic febrile condition affecting children usually less than 5 years old. It is one of the most common vasculitides of childhood. Aetiology remains unknown. Possible bacterial toxins or viral agents. Leading cause of acquired heart disease in the developed world.

Diagnostic Criteria
  1. Fever lasting at least 5 days.
  2. Presence of 4 out of the following 5 signs:
  • Bilateral non-purulent conjunctivitis
  • Mucosal changes of the oropharynx (injected pharynx, red lips or dry fissured lips, strawberry tongue).
  • Changes in extremities (oedema and/or erythema of the hands or feet, desquamation, usually beginning periungually)
  • Rash (usually truncal), polymorphous but non vesicular.
  • Cervical lymphadenopathy.
  1. Illness not explained by other known disease process.

Other signs may be present including irritability, altered mental state, transient arthritis, diarrhoea, vomiting, abdominal pain, aseptic meningitis, hepatosplenomegaly. Most important complication is coronary vasculitis occurring usually within 2 weeks of illness. Occurs in up to 35% of untreated children. Manifest as myocardial ischaemia, infarction, pericarditis, myocarditis, endocarditis, heart failure and arrhythmias.

Treatment
1) IV Gammaglobulins. 2 g/kg single infusion over 10 - 12 hours. Fever and systemic complaints resolve within 24-48 hours. Therapy within 10 days of onset of fever is effective in preventing coronary vascular damage.

2) Salicylate. 30 mg/kg/24 hours for 2 weeks or until patient is afebrile for 2-3 days. Then low dose 3-5 mg/kg OD for 6 - 8 weeks from onset or until ESR and platelet count returns to normal if no coronary artery abnormalities are observed on echocardiogram. If there is coronary aneurysm, low dose aspirin is continued until it resolves. Dipyridamole 3 - 5 mg/kg OD in place of aspirin especially in epidemics of influenza or varicella to avoid risk of Reyes syndrome.

3) Corticosteriods. Earlier concerns of possible detrimental effects of steroids are under increasing scrutiny. One recent (Prednisolone 2 mg/kg for 1 week then tail off over 2 weeks) study showed some benefit but will require more randomized controlled trials.

Reference : malaysian paediatrics protocol 2005

hurmm.. kesian kan.. kecik-kecik dah sakit. tapi, best la peds ward. jumpa budak-budak yang comel-comel. geram je tengok.. =D


------------------------------------
aman : kak cik nak beli hadiah wak balik ko aman. (sebab prestasi dia meningkat). kak nak bagi gapo?

kak : laa, kak cik bagi doh kea. kak tok keno buwi doh la..

aman : kedekut!

kak : hahaha.

aman.. aman..

2.4.10

internal medicine


minggu : enam
jabatan : ubatan dalam (erk, translate terus daripada perkataan internal medicine)

++++++++++++++++++++++++++++++++++

hari pertama klerksyip, ada penerangan daripada prof yahya di clinical lab. hari kedua baru pergi hospital. untuk internal medicine, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. daripada 11 orang (termasuk dengan linda, seorang pelajar exchange program dari luar negara) ahli kumpulan tu, 4 orang kena pergi wad kardiologi, 3 orang di nefrologi, 2 orang di endokrinologi, dan lagi 2 orang di neurologi. saya dapat wad kardiologi. tiap wad tu, ada preceptor masing-masing. wad kardio-miss christine, wad nefro-miss ng, wad endo-puan lau, wad neuro-miss khoo. sepert biasa, DRP tu jadi tugas kami bila dapat kes. nak check DRP ada banyak cara. antaranya boleh guna morisky scale, QoL (SF36, EQ5D-oh teringat farmakoekonomik!)..

saya dapat wad kardiologi. tugas kami macam biasa, cari kes. baca BHT pesakit. ambil sejarah. tapi kali ni ada satu penambahan. kali ni kami kena ikuti ward round bersama dengan HO dan MO. kadang-kadang ada juga pelajar perubatan dari PMC yang ikut serta. masa ni kami dapat tahu la sikit-sikit suasana ward round. best juga kerja di wad kardiologi ni. ubat-ubat dia tak ada la banyak sangat. aspirin, ranitidine, kumpulan -statin, kumpulan -pril, kumpulan -olol, GTN (glyceryl trinitrate), hydrochlorothiazide.. ikut protokol. oh! di sini saya jumpa s/c clexane. lalu teringat cerita denyut kasih medik oleh dr. farhan hadi. masih diguna. bila saya tanya ahli farmasi, diorang cakap ada prosedur la kalau nak guna ubat tu untuk orang islam. mereka kena isi borang apa entah dulu (macam persetujuan la kot?) kalau keadaan sangat terdesak.

kendalikan kes klinikal ni perlu biasakan diri dengan shortform. ada shortform yang tak standardized, sesetengah hospital je guna. ada yang standardized.

hari jumaat memang hari untuk pembentangan kes. masa ni kami bentangkan kes kumpulan. tadi ada 4 wad, jadi ada 4 kumpulan. we go through cases for every ward. dapat la gambaran serba sedikit ubat apa yang biasa digunakan dalam wad tu, apa yang terjadi, suasana. wad nefro kot paling mencabar. hehe. ye la kan. renal kurang sensitif (kalau yang ESRF tu lagi lah), dos perlukan adjustment. hurm, ada satu soalan. kenapa metformin tak boleh diberi kepada pesakit diabetes yang ada ESRF (end-stage renal failure?).




----------------------------------------
Sometimes I wonder,
How the doctors, or pharmacists, or nurses
Keep working in extra hours
Energetically, without tiring..
Tak mengantuk ke?
Tak letih ke?
Huhu.



01-04-10
C8 [cardio ward] HPP
-a sleepy me, even after a cup of white coffee and 3 chewable ExTra-
..rasa nak cepuk diri je..

24.3.10

surgery + radiopharmacy


week : fifth
department : surgery + radiopharmacy also known as nuclear medicine (jabatan ubat nuklear). tuudia nama jabatan, siap ada nuklear lagi.. huhu

++++++++++++++++++++++++++

wad pembedahan di blok C, tingkat 2 ( ke 3 eh? alamaks, lupa) hospital pulau pinang. kami ada dua hari di hospital untuk kelerksyip ni. ufh, klerksyip ni lah klerksyip yang paling banyak assignment kena buat. ada dua jabatan (pembedahan + radiofarmasi), tiap satu jabatan kena buat satu laporan individu dan satu laporan kumpulan. jadinya kena siapkan 4 laporan, dan perlu cari empat, diulangi, empat kes. phew! dan untuk kumpulan kami kena cari kes berkaitan ejen DTPA untuk jabatan radiofarmasi. kami dibahagikan kepada dua kumpulan kecil pula. nak jimatkan masa. satu kumpulan cari kes bagi surgery, satu kumpulan lagi cari kes untuk radiofarmasi. lepas dah dapat kes kumpulan, kami tukar. kumpulan yang cari kes untuk surgery tadi, pergi cari kes untuk radiofarmasi pula, dan sebaliknya.

cari kes untuk surgery agak membosankan. ehe. =p. dapat kes yang complicated, bersusun-susun ubat yang pesakit kena ambil. nanti kami kena senaraikan semua ubat yang dia ambil, dan tengok kalau ada DRP (drug-related problem) ke, ber komen pasal ubat tu la. ada empat wad khas untuk pembedahan sahaja. general surgery, accident, orthopedic, (ape dah ye satu lagi? hurmm). haa! untuk kes melibatkan pembedahan, biasanya pesakit kena ambil antibiotik sebelum dan selepas pembedahan. tapi tu bergantung kepada jenis pembedahan juga la.

untuk jabatan radiofarmasi,
kami ada sedikit penerangan daripada doktor pagi tu. berbincang tentang tugas-tugas ahli farmasi di jabatan ubat nuklear tu, bincang tentang jenis-jenis scan yang ada kat situ (CT, PET, PET-CT, MRI), prosedur yang perlu pesakit ikut sebelum menjalankan scan, ejen yang terlibat (FDG, DTPA, iodin, etc). lepas tu, kami dibawa melihat sekitar jabatan tu. err, aci tak kalau cerita pasal radiofarmasi ni saya serahkan kepada entri cik ekin? (ngeh, ekin. aku rasa macam malas pula nak bercerita panjang-panjang. alang-alang ko dah cerita dengan bersemangatnya kat dalam blog tu, aku pautkan aje lah ke blog ko ye. hehe)

pembentangan kes kumpulan (kumpulan sahaja. kalau nak bentang semua, tak cukup masa pula) pada hari jumaat. masa ni lah saya terjumpa dengan benda ni:


ia dipanggil Wong-Baker faces scale, untuk uji tahan kesakitan. biasa digunakan untuk kanak-kanak. kan kanak-kanak tak boleh bercakap apa tahap sakit dia. tapi saya rasa macam boleh guna je untuk kita. eheh.

18.3.10

O & G


minggu : empat
jabatan : obstetric and gynaecology (O&G)

+++++++++++++++++++++++++++++++++

jabatan O&G HPP letaknya di luar kawasan hospital. bersebelahan dengan kolej kejururawatan. kami kena klerksyip kat sini selama 2 hari. kedua-dua hari saya guna khidmat van kolej.

duduk di wad obstetrik ni kena belajar banyak singkatan baru. antaranya:
FM : fetal movement
FHR : fetal heart rate (fetal punya HR lagi tinggi daripada kita biasanya)
EMLSCS : emergency lower segment caeserean section
G3P2 : 3gravida (3 kali mengandung termasuk yang terbaru) 2parity (2 anak yang hidup)

masalah biasa untuk ibu-ibu mengandung ialah hypertension dan diabetes. tapi, istilahnya dah jadi lain. untuk hypertension, jadi pre-eclampsia ataupun eclampsia (hypertension + seizure/convulsion). untuk diabetes pula, ubah sikit je jadi gestational diabetes (ibu dapat diabetes bila mengandung). untuk ibu yang ada diabetes, dikhuatiri akan melahirkan anak besar dan berlaku komplikasi semasa melahirkan.

di pagi hari pertama, ada sedikit penerangan daripada dr. zuraidah dalam wad. selebihnya diserahkan kepada kami, macam mana nak isi masa sebelum balik pkul 5 petang. tengah hari tu, kami cari pesakit, seorang satu. pesakit saya ada gestational diabetes mellitus (GDM) tapi dapat dikawal dengan pengambilan diet yang sesuai. dia dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. tapi diusahakan dengan induce labour, sebabnya masa kelahiran dah lepas. 3 dos doktor bagi dinoprostone (prostin®) 3mg tapi masih lagi tak jalan. tak ada kontraksi, tak ada PV loss. akhirnya, diputuskan untuk EMLSCS. dan, selamat melahirkan setelah hampir sejam berada dalam operation theater (OT).

hari kedua, kami masih kena ikuti perkembangan pesakit. ambil apa-apa bacaan yang perlu. kami juga diberi peluang untuk melihat proses kelahiran secara normal dan kelahiran secara caeserean. tapi saya pilih untuk tengok yang ceaseran sahaja. huhu, takut~~

seperti sebelum ni, saya nak bagi nota ni sekali lagi (untuk sesiapa yang sudi baca la):
for those who is still single, please do appreciate our mother.. and for those who is married, please do appreciate your mother and wife.
petang hari kedua, ada sedikit penerangan daripada salah seorang doktor kat situ. dia bercerita tentang prosedur-prosedur yang biasa mereka buat jika pesakit yang datang tu ada pre-eclampsia/eclampsia/GDM. juga bercerita serba sedikit ubat yang digunakan di hospital bersalin tu. saya juga sempat meronda hospital tu. ada 2 tingkat. OT room dan wad kelas ketiga di tingkat bawah. wad kelas pertama dan kedua di tingkat satu, wad NICU di tingkat atas. hari ketiga klerksyip, kami kena bentang kes masing-masing di clinical lab, school.


--------------------------
bermula entri ni saya edit tarikh publishnya. hehe =D

17.3.10

♥ mother ♥


klerk O&G.. tadi sempat tengok satu kes ceaserean. sebelum ni pernah tengok dalam video, tapi tadi bila tengok secara live rasa macam.... takut.. tu baru yang ceaserean.. huhu~

for those who is still single, please do appreciate our mother.. and for those who is married, please do appreciate your mother and wife.

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

14.3.10

psychiatry (ii)


hari pertama
saya datang agak awal, sebab van sampai awal. ahli kumpulan saya yang lain tak sampai lagi. berkebetulan hari ni pelajar-pelajar PMC ada klinik. sempatla berbual sikit-sikit dengan mereka. 9 pagi, kami dibenarkan masuk, lepas semua orang dah datang. minggu ni ada 10 pesakit ditempatkan di wad. jadi, seorang satu kes la. saya dapat kes 'chronic schizophrenia'. dia dimasukkan ke sini 11 september tahun lepas. (dalam 6 bulan dah la kiranya). mula-mula masuk dia agak agresif. tiba-tiba je meraung-raung, baling selipar kepada pesakit lain, berhalusinasi, delusi. mak dan ayah dia dah meninggal. dia tinggal seorang diri. kebanyakan kes kat sini, skizofrenia. tak kira kes relapse ataupun dah kronik.

puan fatimah sampai dalam jam 11. kami kena bentangkan kes secara ringkas kepada dia. dan dapat tugasan kedua, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. satu dapat kes relapse schizo, satu dapat kes bipolar mood disorder, satu lagi dapat kes skizofrenia jugak.

petangnya, kami kena interview pesakit. pesakit yang saya dapat tu sekarang ni dah agak stabil. bercakap pun ok, ada eye contact, faham soalan - boleh jawab dengan baik, makan berselera, cuma saya tengok dia agak murung sikit. tanya 10 patah, jawab sepatah. huhu~ mungkin masih tak boleh nak adapt dengan saya kot.

hari kedua
pun datang awal. ahaa, memang datang awal la klerkship kali ni. sebab saya tak kenal jalan kalau nak bawak motor. jauh jugak la daripada HPP. nak tak nak, memang kena naik van yang kolej sediakan. bagus ape, boleh jimatkan minyak dan tenaga. :p

kali ni, pesakit saya agak banyak cakap sikit. nampak la perubahan dia. suka la berbual dengan dia. kali ni, ada pesakit lain duk tepi dia. (mat punye patient) dengar-dengar kami berbual. kadang-kadang saya tegur tegur jugak dia. boleh la. jawab jugak la soalan saya. teringat pesan puan fatimah, nak bercakap dengan pesakit kat sini kena 'pandai' sikit. bukan boleh main terjah macam pesakit lain. tapi kalau mereka dah boleh adapt, takpe la. selalu je terrmasuk topik peribadi bila bercakap dengan mereka. mereka pulak tu yang tanya. haru sungguh la hai..

A : lawa cincin..
N : (senyum)
A : ada tunang dah?
N : (senyum lagi) takde..
A : siapa yang bagi?
N : mak..
A : dulu, saya pun ada cincin jugak.. gelang pun. banyak.. lepas tu mak ambik semua.

mula-mula bercakap dengan dia, saya ingatkan dia tak pernah berkahwin. rupa-rupanya lepas tengok rekod, dia pernah berkahwin suatu masa dulu. tu kot yang dia kata dulu dia pernah ada cincin dan gelang..

A : esok datang lagi, kan?
N : insyaAllah.. datang lagi.. (sambil senyum.. )

hari ketiga
tak sempat nak interview dia. sebab pagi-pagi lagi, nurse yang bertugas bawak dia pergi buat OT (occupational therapy). jadi, saya ambik masa pagi tu untuk baca rekod dia yang lama-lama. masa tu lah, baru saya tahu mula-mula dia didiagnos skizo tahun 1993. lama jugak tuh.. tengok rekod ubat dia, dia ambik haloperidol 10mg BD, artane (benzhexol/trihexyphenidyl) 2mg OM, flupenthixol stat 1/52..

hari ni klerkship separuh hari. lepas baca rekod, puan fatimah nak jumpa kami, untuk diskusi kes sara. hari pertama sara tak boleh nak datang sebab dia ada interview kat usm. sempat datang petang je. jadi, dia kena bentangkan kes secara ringkas hari ni. lepas tu kami dapat pulak tugasan ketiga. pasal lebih dos benzodiazepin. jadi memang tak sempatla nak temubual pesakit saya. huu. ingatkan boleh la berborak sekejap, dan nak bagi sendiri sesuatu kat dia sebagai hadiah. akhirnya, saya mintak tolong jururawat kat situ je bagi kat dia. huhu~


-------------------------------------
nota untuk diri : bersyukurlah! kerana kamu masih dikurniakan akal untuk berfikir secara waras. dan bersyukurlah! nikmat akal itu masih Tuhan pinjamkan. satu kelebihan mereka, tak perlu dihisab di akhirat nanti kalau ada buat apa-apa dosa.

8.3.10

psychiatry (i)


minggu ni minggu klerkship psikiatrik (betul eh eja macam ni?).. wad psikiatrik untuk HPP terletak di jalan perak. jauh jugak la daripada HPP (hospital pulau pinang). kalau jalan kaki, memang tak larat la.. hari ni ada briefing sikit daripada puan fatimatuzzahra' (wow, nama dia lawa! secantik tuan nya.. hehe) aka puan fatimah. esok baru mula attachment kat jalan perak. macam biasa, kami kena cari satu kes seorang. tapi kalau tak cukup macam kumpulan minggu lepas, kena kongsi kes la jugak..

masa briefing tadi, ada tayangan cerita 'the uninvited' (ade sesiapa pernah tengok?). puan fatimah cakap kami kumpulan pertama yang dapat tengok, sebab dia nak buat perubahan sikit daripada sebelum ni. amaran awal : ambik yang baik-baik sahaja. yang buruk-buruk tu buang jauh-jauh. mula-mula tengok cover cd dia macam menakutkan je. "uish, takkan nak tayangkan cerita hantu kot?" agaga. tapi bila dah tengok, ok.. bukan cerita hantu pun. cerita pasal seorang budak ni yang ada schizofrenia (kot?).. dia ada simptom-simptom macam halusinasi, delusi, agresif, insomnia, selalu mimpi ngeri.. dia selalu je terbayang-bayang mak dan kakak dia yang dah meninggal lama dulu, sampai akhirnya dia menjadi seorang murderer secara tidak sengaja. hurmm.. dalam cerita tu ade la part yang datang secara mengejut, sampai ada orang terjerit kecil. dan, saya pun sempat jugak la terpegang kerusi mei ling kat depan saya tu.. terkejut oo, tiba-tiba je keluar muka orang.. haru sungguh la~

oh, tadi saya terdatang lewat. ok, bukan terdatang lewat.. memang disengajakan lewat. sebab ape? saje.. hehe kumpulan sebelum ni cakap, kalau ada buat apa-apa kesalahan (macam tak pakai labcoat ke, datang lewat ke, tulis brand name ubat ke) akan dikenakan denda. jadi, saje je saya nak try.. ahaha. tup-tup bila sampai, puan fatimah cakap : haa! ni orang ke-empat kena denda. aik? ada lagi orang lain yang kena eh? waah, bagus bagus.. tak de la saya sorang je nanti.. (tau pun segan).. lepas decide antara kami -4orang yang kena denda tu- kami pun buat tepuk semangat. memang semangat habis la masa buat tu.. :D nasib baik semua orang terima je denda kami ni.. kalau tak.. adeii~~

saya rasa sedikit enjoy kali ni.. betul la, lagi best kalau ada kelas. mungkin saya ni jenis yang tak boleh duduk lama-lama terperap kot. ok, sambung esok pulak. kalau sempat.. :D

3.3.10

oncology (ii)


ok, hari ni ada kes lain. ada 4 kes baru masuk, 3 kanser kolon dengan regimen folfox. aish, sama kes dengan jia yin la kalau ambik jugak. huhu. saya pergi tanya cik tajul, boleh tak nak ambik kes semalam tapi dia cakap tak boleh.. sebab tak ada chemo drugs untuk di diskusi. huhu.

jadinya lepas tu, saya pergi belek-belek semula BHT pesakit kat wad tu. teliti satu satu, akhirnya dapatla kes yang agak berlainan sedkit (je) dengan jia yin. dulu pesakit ni on regimen De Gramont tapi untuk 9 kitaran (9 cycle) je daripada planning awal 12 kitaran, sekarang dah diupgrade ke regimen folfox, sebab kanser dia dah metastasis dan level CEA (carcinoembryonic antigen - a tumor marker) dia semakin lama semakin tinggi (sampai seratus lebih ooo, normal punya bawah 5). lepas tu, saya pun buat keputusan : boleh la ambik kes tu..

petang, ada diskusi kes dengan cik tajul.. masa ni saya suka! cari kes tak suka, tapi diskusi kes suka. apakah? tak faham jugak saya pun kenapa jadi begini.. hiho~ :D

dua hari di wad onkologi, banyak jugak la dapat kutip pengalaman. ada seorang pesakit ni, kurus sangat. bahagian abdomen dia agak besar. dia tak boleh nak baring sangat, kena duduk bengkokkan badan ke hadapan. untuk kurangkan sakit, seorang jururawat berkata. ada pulak seorang pesakit ni selalu je kami dengar dia menangis kuat. sakit. sambil sambil salin data seorang makcik ni, sambil dengar dia bercerita. dan saya tahu, dia sungguh tabah. dia cakap : selalu je dia doa mintak kat Tuhan moga diberi kekuatan untuk hadapi semuanya. dia suka bercerita. senyum je dia sambil bercerita. tapi nampak la perubahan wajah dia bila dia cerita, ada sekali tu dia suruh anak dia beli sesuatu kat dia.. sampai kedai, anak dia lupa dia pesan apa. anak dia telefon balik nak tanya, tapi dia pun dah lupa. masa dia cerita tu, nampak lain la sikit muka dia sebab cepat sangat lupa apa yang dia pernah cakap. huu~

berhenti dulu di sini.. daaa~
nak pergi pasar malam. :)

2.3.10

oncology (i)


minggu kedua..

minggu ni klerk onkologi. di HPP, wad onko berada di tingkat 4, bangunan C. wad C19. untuk klerk ni, kami kena cari seorang pesakit yang kalau boleh tengah on chemo drugs. lepas tu, kena ambik semua data-data dan sejarah pesakit, pernah tak dia dapat kanser tu sebelum ni, apa terapi yang dia ambik dan segala yang berkaitan dengannya. preseptor kami kali ni, cik tajuk nisa. selepas cik tajul bagi briefing sikit pasal wad, dia serahkan kat kami cari kes untuk diklerk.

kriteria untuk clerk case:
  1. kalau boleh, tak mahu jenis kanser yang sama
  2. kalau tak ada, cari yang berlainan regimen/protokol
  3. kalau tak ada jugak, cari yang berlainan jantina
  4. kalau tak ada juga, jangan ambil pesakit yang sama
tu, yang saya dengar semalam masa prof. saad bagi briefing la.. tapi pagi ni, ahli kumpulan saya cakap lain pulak. mereka kata, kalau boleh tak mahu semua sama kriteria.. kalau tak ada, kena cari kes palliative.

susah ooo nak cari kes kalau tak ikut kriteria-kriteria tu semua. kebanyakan kes kat sini adalah colorectal cancer dan on regimen FOLFOX (oxaliplatin + 5-FU + folinic acid) dan germ cell tumor yang on regimen BEP (bleomycin + etoposide + cisplatin). huu, cari punya cari, tak jumpa kes yang berlainan. lama jugak membelek tiket-tiket yang ada, tapi bila tengah syok-syok baca tiba-tiba tengok regimen : alamak, sama lagi! [-_-"].

sepagi mencari, tak jumpa. lepas makan, naik wad balik dan jumpa kes pesakit yang on radiotherapy untuk adjuvant treatment. pesakit tu ada anaplastic hemangiopericytoma. tapi, tengok ubat yang diguna... anti-emetic, pain killer.. aiseh, macam mana nak buat discussion? huu. tunggu sampai petang pun, tak dapat dapat kes yang berlainan. jadi sekarang tengah berfikir untuk ambik kes adjuvant tu ke tak nak. tengok esok, kalau ada kes baru, mungkin akan tukar. kot.

saya rasa sekarang saya sudah boleh nak adapt dengan ahli kumpulan saya. sara, nisah, ida, mei ling, jia yin, mat, own, say hoon, swee chin. mereka semua baik-baik. dan membantu. He knows best, right? for giving me this group. oh, thank you~~

ok, habis cerita pasal hospital. oh lupa. tadi saya jumpa kak leq! waah, gembira betul. hehe. tak pernah-pernah pun jumpa kak leq sebelum ni. kenal kak leq melalui blog nadiah (nadiah, terima kasih!). kak leq ni dulu pernah satu sekolah dengan saya. kira macam senior saya la. :D tapi, kami tak pernah pun bertemu. jadi tadi bila jumpa rasa macam excited la. hehe.

bersambung esok... kalau sempat. =)
------------------------------------
oh tadi ada orang kirim angpau pada kami! orang yang sama yang selalu bagi kepada kami. wuwu, terharu kerana dia masih ingat pada kami.. bertambahlah koleksi angpau saya..

25.2.10

community (ii)

day 4: case discussion.

ada dua kes yang sama. tapi, lain treatment.

case 1
50 years old, malay male, came to the pharmacy complaining of back pain. the pain comes when lifting heavy things, even get worse at night. no abdominal pain problem. the pain is continuing for 3 month. occupation : labour.
medication suggested:
1. Neurobion
2. Cimetidine (how about ranitidine or sucralfate or antacid?)
3. Diclofenac sodium

case 2
37 years old, chinese male, came to the pharmacy complaining of back pain. no abdominal pain.
medication recommended:
1. Voren (diclofenac sodium)
2. Cetagesic (PCM + orphenadrine citrate)

both cases, complaining of back pain. but, the treatment is not the same. hmm..
triage; to treat, not to treat, or to refer.. its all about minor illness vs. major disease.. to refer when it is major disease.. [bila nuha mula rasa pening pening dan jadi toing toing].

esok kena hantar VAS yang dah complete. lusa ada kuiz GMP. hari ni sempat lagi edit background blog. ad-dess!! sedarlah! ok, jom sambung buat kerja! *tapi macam lawa template lama je. nanti lah, edit semula :D*

-------------------------------
p/s : tersentak sebentar. tadi ain mesej cakap mama dia dah tak ada. Ya Allah! inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'uun.. al-fatihah buat mama ain. lama tak ke blog ain. huhu. mula-mula kenal ain melalui blog nadiah. lepas tu membawa ke plurk (tapi sekarang dah tak aktif plurk. mesti jatuh teruk karma kat situ.. huhu, rindu pulak dengan komuniti plurk yang best-best itu).. masa kat plurk dulu, selalu jugak ambik port usik budak ni.. kesian dia, selalu je kena dengan kami. hehe. tapi, dari situlah rasa macam agak rapat sikit. pernah banyak kali dia ajak saya pergi melawat dia di uni. tapi, saya tak berkesempatan. huu~ ain, moga awak tabah tabah sahaja ya!

22.2.10

community (i)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari pertama. minggu pertama.

hari ni kalau mengikut jadual, kena pergi farmasi. dah buat temujanji, jam 10.30pagi. tapi tadi saya pergi awal. nak ambil manual untuk klerk. dr. baru siap fotostat tadi. kami jumpa dr. di kafe sekolah farmasi, usm. masa tu jam 8.30 (hoho, awalnya). lepas siap bagi manual, bersembang dengan dr. sekejap sebelum semua orang berterabur ke tempat untuk klerk masing-masing. kebanyakannya kena pergi clinical department. oh ya! hari ni hari lahir dr. norhayati! (huu, teringat celebration yang pernah kami buat masa tahun pertama dan tahun kedua dulu). jam 9pagi, hanya ada saya, poay yen dan pei yeen je kat kafe, bertemankan beberapa pelajar usm yang lain (tahun berlainan saya rasa) dan beberapa orang staff. poay yen mula jam 10 kalau ikut jadual. dia satu kumpulan dengan pei yeen. sementara menunggu jam 10, kami berborak sambil membelek-belek nota (saya memang akan cuak kalau hari pertama). ade la jugak yang masuk dalam kepala, walaupun tak banyak sangat. hehe :D

jam 10, saya bergerak ke depan masjid. menunggu jam10.30 bersama ahli kumpulan saya dari usm. ok, harini saya dapat dua orang kawan baru, ida dan nisah. ida klerk di farmasi sri nibong (selang satu pintu je dari tempat klerk saya), dan nisah pulak kena klerk di caremart, depan usm. kali ni kami bertiga ditakdirkan untuk klerk bersendirian, ahli kumpulan yang lain ade la jugak partner. masa berjumpa dengan mereka ni lah, baru saya tahu community akan ada on-call. (waaa, first week klerkship saya mesti kena on-call. sampaikan jega pun cakap : muka saya ni muka on-call. ape daa~ -_-")

jam 10.30, saya bertolak ke healthworld farmasi. cari parking motor, tak jumpa. last-last sayapark depan kedai makan je. haha. mula-mula masuk, perkenalkan diri. lepas tu, teruskan kerja. mula-mula pergi pusing-pusing farmasi tu dulu, tengok cara dia susun barang, layout dia macam mana. saya suka layout kedai tu. hehe. lepas tu, miss wong (the owner) terangkan sikit-sikit pasal farmasi tu. dah 2 tahun dia buka farmasi tu. masa perniagaan : 10am-9.30pm. bila dah ada pelanggan, dia jadi agak sibuk. saya tak mahu ganggu la. jadi sambung memerhati. 11pagi, pekerja dia sampai. saya pun beralih kepada pekerja dia (kak siti) untuk bertanya soalan. bila pelanggan ramai, saya diam la. perhati lagi. tapi tiba-tiba saya jadi blur, tak tahu nak tanya apa.communication barrier. farmasis tu pun takde nak tanya apa-apa pada saya, dan saya pun tak tahu nak tanya apa. ok, saya jadi segan tiba-tiba. aik, sejak bila? lepas tu mula la kata : huarghh, bosannya! dalam hati je la. dan, sempat lagi tu membuat 'panggilan kecemasan' mintak idea. haha. bila blur, baik la bertindak. daripada duduk diam tak tahu nak cakap/tanya/buat ape, nak menjampuk ape.. lepas buat panggilan kecemasan tu baru saya rasa ok sikit. ada rasa macam best sikit klerk kat situ. communication barrier dapat dipecahkan sedkit demi sedikit. terima kasih untuk penerima panggilan itu! ;)

untuk klerk ni, saya perlu cari lima pelanggan untuk masukkan data dalam borang. yang tanya untuk apa mereka ke sana, catat sedikit history yang berkaitan (cth : medical problems, current medication, other health-related products macam herbal, supplement ,allergic problem dan lain-lain). susah betul la interview orang. ye la, tak semua yang lapang. kebanyakannya nak cepat. dekat-dekat pukul satu baru saya dapat isi borang tu. untuk dua orang. takpe, esok dan lusa ada lagi..

dan tadi juga saya dapat sesuatu! teka.. teka.. hahaha. yea, angpau! daripada kakak miss wong. bila kak siti mintak dia kata: boleh bagi kat orang yang belum kahwin je, yang dah kahwin tak bleh bagi.. haha.. teringat pulak kat dr.chua. dulu, setiap tahun dia akan bagi angpau kepada kami. tak banyak pun isinya tapi sampai sekarang saya simpan lagi duit tu, tak guna-guna. ada sekali tu, dia bagi duit rm1 yang lama punya. keras lagi duit tu. waah! jadi lah ia koleksi saya. :D (sekarang ada 4 angpau. haha, akan jadi kenangan di sini..)

till here, nanti sambung lagi.. (huish, panjang jugak entri ni. huhu. nanti bila nak buat report lepas ni boleh refer kat sini la jugak..yeah!)

-----------------------------------
psst : laa, saya baru tahu oral aid lotion tu bawah ubat terkawal sebab ada triamcinolone acetonide. apa laa..

17.2.10

untuk diri


wuhuhu, rasa macam tak cukup tanah. (ok, hyperbola sahaja). rasa ni akan memunculkan diri kemudian.

ada masa 3 hari lagi boleh duduk di rumah. pagi ahad, akan bertolak ke penang balik. untuk meneruskan perjuangan (ahem. lama tak guna perkataan ni). bukak nanti akan mulakan balik rutin baru. dan, akan sedikit susah untuk menjejakkan kaki ke kolej kecuali sabtu dan ahad.

kali ni saya kumpulan G. sem lepas kumpulan A. (sem lepas dapat kumpulan pertama, sem ni dapat kumpulan terakhir dalam senarai kumpulan). pelik jugak, kenapa kumpulan kami semua berubah sedangkan kumpulan chia gen masih sama, C. nasib lah tu. hehe :D

setiap minggu ada klerk. selama 7 minggu. ada 7 kumpulan. setiap kumpulan lain-lain wad. akan dirotate ikut giliran. untuk kumpulan G:

minggu 1: community (ok, yang ni bukan di wad)
minggu 2 : oncology
minggu 3 : psychiatry
minggu 4 : O & G
minggu 5 : surgery
minggu 6 : medicine
minggu 7 : pediatric

oh! pediatrik yang terakhir? hmm, bagusla. nanti bila dah tensi-tensi dengan wad, akhir sekali jumpa kanak-kanak macam best jugak, kan?

saya menulis ini untuk booster semangat saya supaya STUDY! adeii, masalah betul la dengan study bila duduk di rumah ni. eh, teringat sesuatu! ini, nurah scale, dimodifikasi daripada morisky scale (biasa digunalan untuk menguji tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan). terjumpa secara tidak sengaja, dimodifikasi oleh kami -bersama kak sarah- untuk menguji tahap komplians kami kepada nota dan buku. (syok-syok sendiri sahaja sebenarnye. hehe).

1 = Tidak ; 0 = Ya

3-4 : Teruskan usaha. insha-Allah, kan sukses. Allah juga sayang
1-2 : Hmm, jangan malas ok?
0 : Sesungguhnya kau adalah manusia yang rugi

koreksi diri. adeii, nuha.. nuha..
-------------------------------------------------
ps:
1. banyak benda rasa nak tulis, tapi malas nak combine dalam satu entri. nanti lah, kalau rajin. :p
2. hari ni 3 Rabi'ul Awwal dah..

10.10.09

klerksyip sem 7

Bismillaahirrahmaanirrahiim

sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. sem ni pun dah nak sampai ke penghujung dah. jadual exam sudah keluar. klerksyip tinggal PHP (public health pharmacy) je lagi, minggu depan. banyak suka duka kenangan klerksyip nih. kenangan paling duka : helmet saya hilang dua kali kat hospital. aish~ kenangan manis : dapat pengalaman baru, dapat kawan-kawan baru.kenangan paling best : bawak motor pergi dan balik dari HPP (hospital pulau pinang) dan usm setiap hari. best uuu bawak motor pagi-pagi. nyaman gitu.^-^ kalau lambat bertolak, jalan sesak sikit la. tapi takpe, bawak motor senang sikit nak menyelit. eheh.

sejak dua menjak ni, sibuk tak usah dikata lah.. sebab isnin sampai jumaat dah penuh dengan jadual klerksyip (selasa dan rabu kat hospital, selain tu kat usm). jumaat biasanya ada presentation. case presentation, sama ada berkumpulan atau individu. sabtu pun ada kelas, sebab nak kejar silibus. ahad cuti (officially, but not practically because we have to finish off our clerkship reports).

tadi, baru lepas buat kuiz TDM dan multimedia. kelas membawa ke petang. malam, badan pun jadi letih. phew phew. kadang-kadang terfikir : boleh ke tak saya bertahan bila kerja nanti kalau sekarang ni pun dah rasa senget-senget badan? then, my kakak said : it's ok. lepas ni nuha akan biasa la. ameen~

banyak cerita nak bagitahu sebenarnya. tapi bila dah lama tak menulis, jadi seolah kaku sikit. idea jadi tak berapa nak reti nak datang. tak tahu macam mana nak cerita. gimana ya?

ok, mari sambung cerita tertangguh pasal klerksyip. hehe :D

minggu kedua : TPN (total parenteral nutrition)
minggu ketiga : satelit
minggu keempat (aka minggu sebelum raya) : oncology
minggu kelima : DIU (drug information unit)
minggu keenam : OPD (outpatient)

antara lima minggu itu, minggu paaaaling sibuk ialah DIU sebab setiap hari kami ada kelas/attachment di PRN (pusat racun negara). siap ada simulated call lagi. simulated call ni macam on-call la. cuma yang ni kita tahu bila kita akan kena jawab panggilan. simulated call ni ajar kita macam mana nak handle situasi kritikal, apa soalan dan maklumat yang perlu ditanya bila ada panggilan tentang overdose biasanya (cth : PCM overdose, cubaan membunuh diri dengan paraquat). kena tahu antidot. di PRN ni juga kami diberi tugasan untuk membangunkan educational website. bagi idea, apa kandungan yang nak dimasukkan dalam website tu, pembangunannya diserahkan kepada technician di situ.

minggu paling banyak kena buat report ialah minggu satelit. fuuh, time ni kalau dapat preskripsi pesakit yang on many medications, memang banyak la kena buat laporan sebab kena terangkan satu-satu ubat yang pesakit ambil. cerita apa indikasi, interaksi, macam mana nak kaunseling pesakit tu.. sebenarnya fungsi unit farmasi satelit ni untuk membekalkan ubat ke wad. ada floor stock dan ada juga ward stock. untuk floor stock, setiap hari akan ada seorang jururawat dari setiap wad yang terlibat akan datang menghantar troli bersama CMR pesakit-pesakit yang berada di wad tu. kemudian menjadi tugas pegawai farmasi untuk screen CMR tu, check kalau-kalau ada apa-apa masalah macam interaksi antara ubat dll. lepas dah screen dan pastikan tiada masalah, barulah ubat akan dibekalkan mengikut CMR setiap pesakit. untuk ward stock, kami kena sediakan bekalan ubatan yang biasa digunakan di wad macam paracetamol. ward stock ni bukan setiap hari kena sediakan. farmasi satelit di hospital guna dua sistem, sama ada unit of use ataupun unit of dose.

minggu yang agak relaks sikit, minggu onkologi (cancer). teka, kenapa? boleh agak la kan? ya, sebab minggu tu minggu nak raya. ramai pelajar yang dah beli tiket awal dan kena balik awal (bukan saya naa. cheh, nak cakap jugak!). tambah pulak, petang khamis tu, pelajar usm ada kuiz TDM. jadi, petang tak boleh buat klerksyip. selepas berbincang dengan prof. saad, dia pun bersetuju lah nak bagi kami tunda klerksyip onkologi ke suatu masa yang akan ditetapkan. (tapi sampai sekarang tak tetapkan lagi masanya. hurm, musykil musykil. hehe). jadi klerksyip kami untuk onkologi hanya 2hari setengah (isnin takde briefing, selasa dan rabu pergi hospital, khamis separuh hari).. :D

antara banyak-banyak unit tu, unit OPD lah paling sibuk kerja kat hospital. farmasi yang duduk kat kaunter ubat masa kita nak ambil ubat tu ialah farmasi yang kerja di bahagian OPD. masa klerksyip OPD, kami diberi tugas untuk run the prescription. (kena isi lah ubat-ubat yang dipreskripsi oleh doktor kepada pesakit dan masukkan dalam satu bakul untuk dilabelkan oleh pegawai farmasi yang lain-double checking). bila dah siap label, barulah ubat itu diberikan kepada pesakit. pengalaman ketika filling ubat --> letih aih, nak kena lari sana sini cari ubat dan kira jumlah ubat untuk dibekalkan. dan ada masalah bila tak pandai nak baca tulisan doktor. huu, jadi kenalah rujuk kepada pegawai farmasi atau pembantu farmasi yang berpengalaman. setiap hari HPP menerima preskripsi dalam lingkungan 2000-2500. fuuh, boleh bayang tak banyak mana? tapi satu je, BEST !! walaupun letih, tapi best sampaikan saya pernah terfikir : bestnya kalau dapat kerja dekat OPD. hehe :D OPD ada fungsi lain lagi sebenarnya macam bagi kaunseling tentang ubat dan cara penggunaan alat (cth : insulin pen) kepada pesakit.

contoh medical devices yang diguna oleh pesakit dan perlukan kaunseling tentang cara menggunakannya


inhaler containing salbutamol


various of turbuhaler


zanamivir - diskhaler. for H1N1

haa, tadi kata tak reti nak tulis. sekarang dah panjang berjela pulak. hehe. ok lah, nanti ada masa akan bersambung. insyaAllah. sekarang, nak kena fikir macam mana nak buat montaj dan interface untuk projek multimedia bertajuk : michael jackson. phew! alamak, report OPD! *pengsan*

28.8.09

random

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

status : rasa lapar. nak makan nasi ke tak eh? tapi.... sekarang dah pukul 11malam.

alhamdulillah. klerksyip untuk TDM dah habis. tinggal oncall case sahaja yang tak lepas lagi. kumpulan saya, enam orang dah lepas oncall. 4 orang kena dalam jam 10malam. 2 orang kena tadi, pukul 7 pagi. hoho. mula-mula time briefing tu, punyala takut saya dengan TDM ni. Mungkin sebab waktu tu kami (student ICT) ada masalah sikit. huhu~ tapi, selepas 4 hari berlalu saya rasa ok je TDM ni. takdela stress sangat pun, kalau nak bandingkan dengan department lain macam PHP(public health pharmacy)/management. dengar cerita ada yang siap kena marah lagi. adeii~

kalau ikut jadual, minggu depan kumpulan saya (group A) akan klerksyip tentang TPN pulak. hoho, cleaning room. ngaa~

esok ada kelas.
8-10am : geriatric
10-1pm : applied therapeutics 1

lusa tak pasti lagi ada kelas ke tak. dengar macam ada kelas jugak. applied therapeutics lagi.

tulat (31 ogos - oh! hari lahir ummi!!) pun ada kelas jugak. kelas multimedia. 2-6pm, bersama cik nazleen. orang lain semua bercuti, tapi kami masih ada kelas. silibus belum habis.

~ pelajar - hidup - memang begini - sabarlah untuk seketika~

-----------------------------------
p/s : dua tiga hari ni, hujan je kan?

oh teringat sesuatu! road tax motor saya dah mati. alamak! lupa nak perbaharui. tak boleh nak turun usm la nampak gayanya. tapi, saya rasa macam saya nak buat selamba je turun even road tax dah mati pun. takde polis punye.. cheh, ayat confident je! *haish nuha, bulan puasa ni.. cantas sikit tanduk-tanduk yang nak tumbuh tu*

24.8.09

first week

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi pergi usm. dr.norhayati cakap ada briefing pasal clerkship. dijadualkan bertolak jam 8, tapi tadi ada masalah teknikal menyebabkan kami bertolak jam 8.30pagi. sampai di sana, kami masih terkial-kial dengan pembahagian kumpulan. mulanya, mengikut kata dr.norhayati, kami (student ICT) berada dalam satu group untuk klerksyip ni. tapi tiba-tiba rancangan berubah. dr.norhayati cakap dekan usm mahu kami masuk sekali dalam group mereka (maksudnya kami kena berpecah la). tadi agak kalut untuk membahagi kumpulan, dan pembahagian adalah secara rambang sahaja. group kat usm, ada 7. kami menyelit masuk. jadi sekarang, ada yang satu group, 2 orang dan ada jugak yang seorang. saya dapat group A! (oh tidak!!). berseorangan pulak tu (lagi sekali, oh no!!). [-___-"]

ahli group A usm ada 10 orang. tambah saya = 11orang, setakat ini (tak tahu ada perubahan lagi ke tak). minggu pertama, group A bawah clerksyip TDM.

minggu pertama -TDM (therapeutic drug monitoring)
isnin : ada test! oh. + briefing.
selasa : di hospital (dapat satu kes, selesaikan)
rabu : di hospital (bincang kes)
khamis : di makmal (run sample, buat pengiraan farmakokinetik)
jumaat : pembentangan kes

Oh tiba-tiba mahukan seseorang.
Oh tiba-tiba masa jadi terlalu singkat.
Oh tiba-tiba berasa cuak.
Oh tiba-tiba jadi tensi.
Oh tiba-tiba dan tiba-tiba semuanya menerpa.

Tapi,
Saya akan cuba.
Nuha, chayyok2!

----------------------
@-+--- -> nah, a rose for you! ;)