5.1.09

kita kini

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

2 hari tidak post apa2. saje2 xnak post. hehe :). setiap kali buka link cerita pasal palestin, bercampur segala rasa. sedih, kecewa, marah, geram, kagum, bangga dan yang seumpama dengannya. sedih melihat penderitaan mereka, kecewa dengan sesetengah pihak yang menyokong tindakan israel itu, marah dengan ketegaan mereka membedil lebat rakyat palestin sesuka hati, kagum dengan semangat rakyat palestin untuk mempertahankan  tanah itu terutamanya si kecil yang sudah tahu apa itu berjuang dan bangga dengan yang mengambil berat. bilangan yang terkorban semakin meningkat saban hari. mereka tidak gentar dengan kematian. mereka bersedia untuk berkorban hatta nyawa sekalipun. saya mula merefleksi diri, adakah saya juga seberani mereka?

"Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 521, manakala 2500 cedera termasuk yang kritikal." 

" 3 kanak-kanak syahid dalam satu serangan Israel setelah rumah dibom. Tidak jauh dari kawasan itu, sebuah rumah dibom Israel yang mengakibatkan 3 lagi kanak-kanak syahid."

apa yang dapat diekspresikan bila membaca berita sebegini? luka. mungkin. teringat peristiwa yang berlaku di kampung halaman ayah saya. mendengar cerita daripada orang2 kampung, saudara mara yang sentiasa diburu ketakutan untuk keluar rumah bila tibanya waktu malam. darurat diisytiharkan selepas pukul 9 malam. di kala itu, jangan ada sesiapa yang berani untuk keluar rumah jika mahu bebas daripada menjadi mangsa peluru sesat. bom dan peluru didengari saban malam. polis sentiasa berkawal dan sentiasa bersedia untuk mengapa-apakan orang yang disyaki memberontak. sesekali kereta kebal datang melawat. itu kisah di daerah sana. di seberang sana. 

memang takut andai berada di situ. tapi jika sudah biasa, ketakutan itu akan hilang. betul x?

Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera(Al-Ahzaab), lalu kami hantarkan kepada mereka angin ribut(yang kencang) serta angkatan tentera(dari Malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. 
(Al-Ahzab : 9 )

dan, teringat jugak time sekolah dulu pernah diajar doa ini..
..Allaahummansuril islaam wal muslimiin fil 'iraq, fi falistin, fi maaliziyya, fi thailand, wa fi kulli makaan.. 
p/s: nadiah, ingat x doa ni? ;)

2 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah lindungi mereka. Yahudi, ke atas mereka laknat Allah!

P/s: Selalu imam baca lepas solat kat asrama dulu. Kalau subuh, sekali dengan Qunut Nazilah. Rindu sekolah..

nurunnuha said...

ameen ya Rabb :)

p/s: ha'ah, betul2. kadang2 imamah yang baca. rindu sekolah jugak.. T_T