tooth fairy = doktor gigi. (^_^)v
dulu, saya paling tak suka doktor gigi. tiap kali mereka datang ke sekolah, mesti saya tak sedap duduk. ia bermula bila masa darjah satu saya kena cabut gigi. masa tu budak-budak kan, coklat/gula-gula memang tak boleh tinggal la. lepas tu mula la tak boleh nak tidur, sebab sakit gigi. sakit gigi memang sangat menyeksakan! masa tu semua perkara tak boleh nak buat. nak tidur pun tak boleh, rasa sakit mengatasi segalanya. mood pun memang terbalik 360 darjah la..
sekali tu je gigi saya kena cabut. biasanya lepas tu akan tercabut sendiri. takpun, kena tampal. ada sekali tu saya ingat masa sekolah rendah, nurse datang buat pemeriksaan gigi. masa tu gigi saya kena tampal. bila mereka panggil, memang kecut. habis semua orang saya tanya : sakit ke? sakit ke? nanti ada yang balas : takde lah, biasa je. ada jugak yang balas : sakit! lagi bertambah gerunlah saya. lepas tu, bila tiba masa saya, nurse tu bersihkan dulu gigi yang nak kena tampal tu. time tu, memang! menangis wei. sakit. sampai saya sanggup pegang tangan nurse yang tengah pegang alat tu tak bagi dia bersihkan. haha, penakut betul! nurse tu siap cakap lagi : ape la. pengawas, tapi penakut. nanti saya report kepada cikgu. ngeh~
tapi sekarang dah kurang sikit ketidaksukaan kepada doktor gigi.. as grows up? kot. haha.
yang terbaru hari tu, sebelum final exam, menyegat rasa sakitnya gigi. huu, bila rasa tak boleh tahan sangat, saya ambik panadol. kurang la sikit. nak pergi klinik masa sakit gigi pun, depa bukannya boleh buat apa-apa pun. paling banyak, dapat ubat tahan sakit (biasanya postan aka mefenamic acid). memang tak boleh nak buat apa-apa kalau gigi tengah sakit. kena kurangkan dulu sakit tu, baru boleh proceed ke langkah yang seterusnya. sakit tu memilih. masa exam je nak sakit. hari biasa ok pulak. haish. lama betul saya tangguhkan nak pergi klinik gigi. selalu terlupa je. bila dah tak rasa sakit, mudahla lupa. bila sakit balik mulanya kata : oh menyesalnya aku tak pergi hari tu. tapi tadi saya tekad, buat rutin biasa. pergi klinik gigi, tukar tampalan yang baru. biasa saya guna amalgam. tapi kali ni amalgam dah habis, ada composite je. amalgam lagi kukuh berbanding composite tapi satu je kurang, gigi jadi tak lawa la kalau letak amalgam sebab warna dia grey, kan. obvious. composite warna putih cerah. takdela nampak sangat kalau tampal guna composite. biasanya composite diguna untuk buat tampalan pada gigi hadapan dan pada gigi yang tak banyak kerosakan. amalgam pula biasanya doktor guna untuk tampal gigi belakang. lagipun kalau tampal kat belakang, tampalan tu tak nampak sangat kecuali kalau ketawa kuat sangat sampai terbuka mulut. =p .
tampalan gigi perlu ditukar jugak, sebab lama-lama dia jadi longgar. akan ada ruang kosong di celah enamel yang ditampal. kali ni saya guna posterior composite, sebab kerosakan takde la banyak sangat kat gigi ni. mula-mula terkejut tengok satu alat tu, sebab hujung dia macam ada jarum (tak habis lagi sifat penakut rupanya), tapi rupanya jarum tu bukan untuk mencucuk pun. masa proses pembersihan dan tampalan semula tu, sempat jugak saya berbual-bual dengan dr.fatimah. habis semua benda saya tanya dia. daripada apa benda tu (merujuk kepada mesin dan bahan yang diguna) hinggalah kepada apa tujuan bagi 'laser' (nak cepatkan pengeringan composite). lepas tu dia siap cakap pasal nombor 6, nombor 7. rasa lost kejap. bila ditanya, laa, rupa-rupanya dia bercerita pasal posisi gigi. adeih. haha. suddenly, rasa macam best pulak belajar pasal gigi ni. heh, tak tetap pendirian sungguh~
saya tanya dr. fatimah : bulan puasa buka ke? dia cakap : buka, lepas sembahyang terawih. dalam pukul 10 begitu la. siang biasanya tak buka, kecuali ada orang telefon nak on dan orang tu tak puasa, sebab bila puasa dia takut pesakit tertelan air masa proses tu dilakukan. lagi satu, kalau ada orang nak cabut gigi, biasanya pesakit akan mudah pitam jika tengah puasa, jadi doktor kena bagi glucose (dextrose). nanti kesian pulak pada pesakit, kena ganti puasa. lepas tu saya tanya balik : nanti, tutup pukul berapa? dia jawab : sampai siap semua orang. pernah sampai pukul 1 pagi. phew! tabik lah dengan semangat dia nak tolong orang.
sedikit pesanan penaja : jaga gigi anda. *peace*
------------------------
psst : macam malas la pulak nak sambung taip entri pasal klerksyip tuh. huahuahua~







