11.1.09

mereka..

Bismillaahirrahmaanirahiim..

berjalan 'menjelajah negara', merentasi benua, di alam maya. di sana sini mereka adakan demo membantah keganasan israel menyerang palestin dan membunuh orang awam yang terdiri daripada wanita dan bayi2. oh, mereka sungguh kejam. selepas melancarkan serangan darat, semakin ramai mangsa yang terkorban. hari ini masuk hari yang ke-16 palestin diserang. 

di New Zealand (baca: auckland), dengan moto : from Auckland to Gaza, support the intifadha! gambar di sini. di mesir, saya mengetahui perkembangannya melalui fathiyyah (**froM the inSide**) yang selalu meng'update'kan berita tentang palestin. boleh dikatakan setiap hari. tadi, saya berkunjung lagi ke sana dan mereka mengadakan kempen menderma darah untuk rakyat palestin. wah, saya sungguh kagum dengan mereka! gambar demo di UIA plak, di sini. di usm, saya xdapat gambarnya. huhu~ gambar demo di seluruh negara, ummu ada letak dalam blog dia. sini

teringat semalam membaca artikel di saifulislam.com bertajuk:  Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

...realiti sentiasa mengalahkan ilusi...


ini laporan daripada MAP:

[MAP] Sekitar jam 1 pagi tadi, Israel menghebatkan serangan di Semenanjung Gaza. Serangan Israel turut disokong serangan dari kapal perang Israel (laut) telah mengebom beberapa tempat di bandar Gaza.

Dinyatakan, sebuah yayasan kebajikan yang berada di Mukhayyam shatie Bahr(kem pelarian persisiran laut) turut dibom. Sementara itu, Israel juga membedil kawasan di Syiekh Ajlain dan Tel Hawa. Serangan Israel yang disifatkan penyembelihan beramai-ramai ke atas penduduk Gaza itu juga menggunakan bom phosporus putih yang menimbulkan kontroversi.

Sebagaimana yang dinyatakan, bom tersebut tidak boleh digunakan di kawasan yang padat dengan penduduk. Jika digunakan juga, boleh disabitkan jenayah perang. Bagaimanapun hakikatnya telah dan sedang berlaku. 

Di Khan Yunus awal pagi tadi, Israel menggunakan bom tersebut setiap kali menyerang di kawasan itu. Bom phosporus putih boleh mengakibatkan kulit terbakar dan sesak nafas.

Hakikatnya, penduduk Gaza di Khan Yunus melaporkan sebilangan besar mereka merasai sesak nafas kesan daripada pengeboman yang menggunakan phosporus putih. Dinyatakan, 50 penduduk parah. Israel pula menyatakan terpaksa menggunakan bom tersebut kerana untuk mengkaburkan pandangan pejuang-pejuang Palestin ke arah pasukan tentera Israel. 

Menurut sumber, serangan Israel yang terlalu dahsyat pagi tadi adalah sebagai usaha untuk menguasai bandar Gaza dan mengepung pejuang-pejuang Palestin.

[MAP] 7.00 pagi(waktu Mesir). Pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera Israel masih berterusan di selatan bandar Gaza. Begitu juga di Jabaliya. Menurut sumber, ketika pertempuran sengit kelihatan 10 jentera perang Israel bergerak dan menuju ke 3 paksi serangan.

Selain itu, bot-bot perang Israel juga mengebom beberapa kawasan di bandar Gaza. Sementara pertempuran dan berbalas tembakan, tentera Israel juga melakukan pemeriksaan ke kawasan-kawasan berhampiran untuk mencari sasaran. 

[MAP] 10/01/09. Mahmoud Abbas, Presiden Palestin kekal di jawatannya sehinggalah pilihanraya akan datang(kemungkinan Januari 2010 atau melebihi tarikh tersebut). Bagi HAMAS, pihaknya tidak akan membincangkan apa jua berhubung pilihanraya dan seumpamanya selagimana peperangan tidak dihentikan.

[MAP] Kerajaan Israel dijadualkan akan mengadakan pertemuan mingguan hari ini yang diketuai oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert. Dinyatakan, agenda pertemuan tersebut adalah membincangkan dari sudut medan perang di Gaza dan politik. 

[MAP] 8.00 pagi(waktu Mesir). Barat bandar Gaza, pertempuran yang terlalu sengit tertumpu di kawasan Israel berpusat. Menurut saksi, artileri juga dilihat terlalu kerap membedil rumah dan kawasan yang berhampiran. Di samping itu, pejuang Palestin masih lagi bertahan dari serangan tentera Israel yang disokong kereta kebal.

Timur Gaza, pertempuran di salah satu paksi yang menjadi laluan masuk ke Gaza juga sengit. Menurut sumber, pejuang Palestin berjaya menggagalkan kemaraan musuh. Dalam masa yang sama, pejuang Palestin turut melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pertengahan bandar Beer Sheeba. 

Sementara itu, di Khan Yunus, pertempuran masih berlanjutan antara pejuang Palestin dengan tentera Israel. 

[MAP] Amus Gilad, Penasihat Politik Menteri Pertahanan Israel berada di Kaherah. Menurut sumber, kedatangan Amus ke Kaherah adalah kali kedua sepanjang Israel menyerang Gaza.

Sebagaimana yang dinyatakan, tujuan Amus ke Kaherah adalah untuk membincangkan berkenaan menghentikan perang di Gaza serta mendapat maklum balas berkenaan inisiatif Mesir.

[MAP] Israel mengebom tempat pelancar roket bawah tanah yang dimiliki oleh pejuang Palestin. Setakat ini, pejuang Palestin belum memberikan apa-apa maklum balas berkenaan serangan tersebut.

Mangsa perang Israel meningkat ke angka 875 syahid, 3695 mengalami kecederaan tidak terkecuali yang kritikal.

2 comments:

[MH] said...

Akak,walaupun exam sangat hampir,tp sy tak boleh berhenti dari 'berjalan2 ke Palestin dan mengkhabarkan' kepada org tau kak..

sejak duduk sini,sy rs jiwa sy mcm dekat sgt dgn Palestin

nurunnuha said...

bagusla fathiyyah.
itu ertinya kamu seorang yang prihatin. =)

wah, ni saya rasa cam nak terbang je ke sana nih.
hehe ^_^