Bismillaahirrahmaanirrahiim..
hari ni hari kedua saya di rumah. dan, sudah jadi tugas saya bila ada kat rumah, kena fetch aman kt SKG dan lepas tu hantar dia ke qiraati. hari ni, aman balik sekolah pukul 3.30petang sebab ada fardhu ain (orang luar kelantan panggil kelas agama kot).. pukul 4.30, dia ada kelas qiraati pulak. saya kena ambik dia kat sekolah jam 3.30ptg. lepas tu, suruh dia makan nasi dan p qiraati. fuuh.. :D
tapi tadi, dia buat drama pulak dah.. xmau makan nasi. nak makan bubur je. tu pun, tak habis makan. lepas tu, merajuk. susah seyh nak pujuk dia sekarang. merajuk pulak bukan setakat kat dalam rumah je. sampai ke luar rumah pun merajuk lagi. xmau saya hantar dia p qiraati. sekerat jalan dia berjalan, tapi lepas tu pusing balik. tak larat kot, hehe. ingatkan nak masuk rumah balik, tapi tidak. dia duduk kat pondok menunggu bas depan rumah. hayya, suruh orang pujuk kat situ pulak dah. terjadilah sedikit drama tadi. malu jugak la, ramai orang tengok. tapi buat-buat tak nampak aje la. adik punya pasai. huhu~
last2, terpujuk jugak. nasib baik. bukannya apa. dia nak duit je pun. saya dah bawak duit nak bagi kat dia, tapi entah. lepas tu, naik jugak motor. saya hantar dia ke qiraati. sampai qiraati, saya bagi duit. time tu saya bawak rm3. dia xmau. dia nak seringgit je. haih la, macam2. *geleng2 kepala*. saya perhatikan dia sat, sebelum beransur pulang. dia x terus pergi membeli makanan tapi duduk diam kat situ. saya pelik. saya tak terus balik. mahu tengok apa reaksi dia. *suka tengok aksi orang*.. lepas tu, dia menjerit : kak, nanti petang datang ambik ye! "pukul berapa?," saya tanya. "enam!," dia jawab. okai! lepas tu, dia pun ok .
aman oh aman..
ahmad aman abadi
3 comments:
aman cumel..
jgn nakal2 ya aman..
aaa,budak laki mmg cumel2 eh kak?
hihi
adik majuk ye..hehe
adik bongsu ke?
adik shiah yang bongsu tu jarang marajuk...
tapi bila mrajuk, ayak!! manyak susah mau pujuk...
kene wat lawak baru buleh..hehe...
thia:
a'ah, budak laki memang cumel. zaim pun cumel jugak.. kan, nadiah? :) :)
taushiah:
bongsu batang keladi..(sampai sekarang sy masih xtau knape org panggil bongsu batang keladi. nape ek?) hehe..
waah, best ah jadi adik shiah. nanti kalau majuk, boleh dengar lawak.. hihi :P
Post a Comment