Bismillaahirrahmaanirrahiim..
selasa, 14/04/09, 5:10PM..
abi telefon. tanya macam mana exam? saya jawab, ok. then, abi tanya : dah tahu khabar di rumah? saya cakap : tak.. selepas itu dikhabarkan dengan satu berita sedih. nenek sebelah mak telah menghembuskan nafasnya yang terakir, semalam. pukul 1 pagi.. inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'uun.. (daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita akan kembali)..
ummi xdapat nak pergi. bot tiada malam-malam begitu. pagi tadi.. anas, aman, dan ummi tak pergi sekolah. cuti. menguruskan jenazah yang selamat dikebumikan pagi tadi. abi pergi setelah selesai menguruskan medical check up. nabli, muna dan shifa' sudah dikhabarkan. yang paling sedih antara mereka, tentulah nabli.. sebab dia dah lama xjumpa wea (panggilan untuk nenek sebelah emak). salah satu sebab yang paling utuh dia mahu balik bulan tujuh ni adalah untuk berjumpa dengan wea.
sedihkah? tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. hari tu sempat balik ketika minggu ulangkaji. tapi hanya sekali ke takbai jumpa wea. masa tu, memang dia dah sakit2. dia demam. tak boleh nak bangun. bila azan, dia akan tersedar dan solat tanpa ingat bahawa dia belum berwudhu' lagi. lepas solat, dia terus tertidur semula. automatik. time saya pergi tu, dia tengah tidur. bila tersedar, saya cakap yang saya datang.. dia macam kenal tak kenal je.. hanya sekali sempat pergi melawat, sebab hari tu balik cuma sebentar. oh..
semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaMu yang solehah. ameen Ya Rabb.. al-fatihah.
... orang yang paling cerdik di antara kalian adalah orang yang paling banyak mengingati kematian ...
... kematian itu satu peringatan buat yang masih hidup ... (ya, peringatan. di kala kita leka dan lalai dengan nikmat dunia yang sebenarnya akan kita tinggalkan ini)
--------------------------
p/s: wahai hati, sila tenang dan tabah ya..
No comments:
Post a Comment