25.11.09

ke melaka (i)


hari pertama di melaka
bertolak dari rumah cik ekin jam 10.30 pagi, tapi ni pun bukan terus berjalan-jalan. sebab ayah ekin suruh ekin pergi kenduri kahwin di kampung sebelah. dan, kami pun kena ikut sekali. aaapakah? keseganan dah la, sebab nak kena pergi rumah orang yang tak kenal, kenduri kahwin pulak tu. erk! dalam keseganan tu pun, terpaksa lah pergi.. huu, takpe, takpe.. ekin ada.. sampai sana, kena daftar dulu (oh, kat melaka memang macam ni ekin kata. kalau pergi kenduri kahwin, kena daftar dengan tunjuk kad jemputan dan mereka akan tulis nama orang yang datang. sambil tu, bagilah sedikit duit 'ngele'-bak kata orang kelantan- sekali dengan sampul tu). lepas tu, barulah akan dijemput makan. suasana di kenduri itu : ada DJ mainkan lagu dan berceloteh, ada khemah warna oren, ada pintu gerbang bunga-bunga!. ekin cakap biasanya akan ada kompang, karaoke, dan pertunjukan silat bila pengantin masuk berarak. aish, kenapa saya rasa macam susah aja ye? :D

okeh, dalam pukul 12 kami bertolak ke ayer keroh selepas menghantar kak misah ke rumah. destinasi pertama : rumah tradisional di malaysia (eh, betul ke nama tempat ni?). ahaha, jadi budak-budak jap. kat sini jumpa rombongan budak sekolah yang buat lawatan sambil belajar. sekolah rendah. wah, bestlah depa! sekolah rendah dah buat lawatan ke tempat-tempat macam ni. saya dulu... (okeh okeh, jangan compare).

antara banyak-banyak rumah tradisional ni, rumah sabah dan sarawak paling menarik perhatian. sebabnya? ia lain sikit daripada rumah kat semenanjung nih. tangga rumah sabah kena langkau besar-besar. lantainya diperbuat daripada buluh. tangga rumah sarawak dia buat dengan batang kayu balak (kot? sebab kayu tu besar amat) yang dibuat lubang (macam orang buat masa nak panjat pokok kelapa tuh). tapi, menarik! ahaa, memangla sebab tak sama dengan yang di tempat kita. rasa macam unik la sikit. walhalnya kalau mereka datang sini pun mesti kata rumah di semenanjung yang menarik. betul tak? (pandai-pandai je saya buat inferens sendiri).

destinasi kedua : ke zoo melaka. waah! di sini memang mencabar kaki. lenguh aih berjalan jauh. besar zoo dia. binatang-binatang kat zoo ni pulak besar-besar. gajah dan kuda boleh naik. nak naik, tapi ramai orang tengah beratur la pulak hari tu. besar gajah dia! lepas tu, bermulalah sesi berkenalan dengan haiwan. ada burung, ular, singa, beruang, harimau bintang, burung kakak tua( besar oh!) dll. jenuh mengira dan berjalan. rugi rasa tak naik tram dia. konon-kononnya mahu berjalan la. last last, sakit seluruh badan. haha, inilah faedahnya kalau dah lama tak berjalan jauh. (rindu hiking dan jungle trekking lah!). ada jugak pertunjukan gajah. ahaa, orang yang tak pernah tengok pertunjukan haiwan secara langsung macam saya ni memang akan mudah teruja sikit. :D

lepas tu ke dataran (erk, ape dah nama dia?). snap gambar sikit dan kembali meneruskan perjalanan ke masjid al-azim. ekin beria-ia nak tunjuk masjid al-azim kepada kami. dia kata masjid al-azim ni besar. ok lah, mari ikut dia. takpe, sebab dia yang drive :D sampai di sana, ya! besar sungguh masjid dia. rekaan dia, agak unik sikit. tengok kubah dia.

meminjam gambar dari sini sebab semua gambar masih dengan dina.

usai solat zohor dan asar secara jama' dan qasar, perut minta diisi. lapar oh! bila cakap kat ekin, dia cakap : aku pun tak tahu jalan kat sini. alamak! okeh, kita cari pasaraya jom! lepas tu, bertemu dengan signboard ke tesco. tesco pun tesco lah. kat tesco ada food court dak? ada. jadi, destinasi seterusnya : ke tesco! sampai di tesco, mencari food court. hasilnya, satu ABC, satu bihun tomyam, satu nasi goreng, dan satu bihun sup telah ditempah. lepas tu, alhamdulillah.. kenyang! :D

hari sudah malam. tak boleh nak pergi mana-mana dah la. maka, kami pun bergerak pulang. sebelum tu, ekin tunjuk bandar alor gajah yang indah disinari lampu pada waktu malam. dan, ada hot spot free! perjalanan hari tu menyampaikan kami ke rumah ekin jam 9malam.

bersambung... (tiba-tiba rasa macam buat movie pulak, siap ada bersambung bagai)

2 comments:

sarahfazalul said...

rumah tradisional?heee, akak rasa mungkin tempat tu namanya taman mini malaysia kot..ehehe..korang ni, sayang betullah.jalan jauh2 tapi lunch kat food court tesco je..rugi2..cuba cari tomyam klasik. kata kawan akak, tempat tu makanannya sedap2..

nurunnuha said...

haaa! that's it! haha, boleh saya lupa. ish ish.

hehe, time tu kami tak kenal jalan dan tak tahu kedai mana yang best. jadi cara mudahnya, ke tesco lah. hehe. nanti saya pergi lain kali, akan dicari tomyam (wah!) klasik tu..