hari kedua di melaka
bertolak awal sikit hari ni, sebab kena pulang paling lambat pun pukul 6.30petang. selepas sesi kendiri dan makan soto (sedaaap..), kami memulakan perjalanan. tempat hari ni : banda hilir.
destinasi pertama : melaka river cruise. dengan bayaran rm10 seorang, kami akan dibawa menyelusuri sungai melaka (eh?) menaiki bot. perjalanan dia agak panjang. di sepanjang sungai itu, kita boleh menikmati panorama (chewah!) di tepi sungai melaka. ada satu tempat tu, lawa lah, ada rumah-rumah kayu yang kecik dan comel. tapi saya rasa, pemandangan di waktu malam lagi best kot, sebab ada lampu sepanjang sungai dan di jambatan-jambatan yang dilalui. jadi target lain kali : pergi malam. (bila ntah tuu)..
destinasi kedua : menara taming sari. macam mana ya nak cerita pasal menara nih? erm.. bayaran masuk : rm 10 setelah mendapat 50% diskaun sebab warganegara Malaysia. nanti kena tunjuk Mycard la kat kaunter tuh. pelancong asing kena bayar RM20. ok la tuh, dapat separuh harga kan? hehe :) naik menara ni, kami dapat lihat seluruh pemandangan banda hilir dari atas. ia berpusing-pusing. nampak selat melaka jugak! nampak kapal-kapal yang ada di selat melaka. tapi hujan rintik-rintik bila duk atas sana. jadi, tak boleh nak ambil gambar sangat lah.
destinasi ketiga : replika kapal Flor De Lamar dan muzium samudera serta muzium TLDM. bayaran masuk : RM3 combo untuk 3 tempat ni. Yang paling menarik antara ketiga-tiga ini semestinya replika kapal tu. di dalamnya ada muzium yang dinamakan Muzium Samudera I. dalam muzium ni ada replika matawang yang digunakan pada zaman dahulu (ada matawang tembaga bentuk buaya!), tayangan sejarah, replika pelbagai jenis kapal (besar oo!). lepas tu ke muzium Samudera II, letaknya bersebelahan replika kapal ni. kat dalam tu, lebih kurang dengan muzium samudera I jugak. cuma yang ni design dalam dia macam lawa sikit. ada satu tempat tu, ala-ala underwater world gitu. kemudian ke muzium TLDM dan berkenalan dengan pakaian seragam TLDM dan pangkat-pangkatnya, jenis-jenis ikatan tali, juga masuk ke dalam replika kapal laut. sempitnya ruang kat dalam kapal tu nak pergi ke tempat kapten. kesimpulan : ketiga-tiga muzium ini menarik dengan caranya tersendiri. :D
destinasi keempat : ke kereta, makan nasi goreng yang dibawa dari rumah. ha-ha-ha. bajet sungguh!
destinasi kelima : muzium kesultanan melayu melaka. ekin yang nak masuk, kami pun ikut sekali. macam menarik bila tengok bangunan dia (uish, menilai buku daripada muka depannya?). kali ni kami ambil tiket konsesi (maksudnya kami kena bayar RM 3 untuk melawat 9 buah muzium di sekitar ni dan 3 buah galeri). masa ni kami baru sedar akan kewujudan tiket konsesi sebenarnya. kalau tahu dari awal lagi, boleh beli terus untuk masuk muzium samudera dan muzium TLDM tu sebab dua-dua muzium ni masuk sekali dalam tiket tu. dalam muzium kesultanan melayu melaka ni banyak dia letak replika pedagang-pedagang dari pelbagai negara yang datang berdagang di melaka suatu masa dahulu (sila balik baca buku sejarah. hehe), pakian tradisional masyarakat setiap negeri, set persalinan putera dan puteri raja. eh saya jumpa sesuatu di sini. Tun Teja. (jadi teringat pada kak srisufi)
destinasi keenam : A. Famosa dan bukit St. Paul. Ramai sungguh orang bergambar di kota A Famosa ni. Nak naik ke bukit St. Paul kami kena mendaki bukit, tapi ada tangga la. jadi, mendaki tangga lah. huyyo, banyaknya anak tangga dia! Tapi ada jugak orang lepak-lepak di tepi tangga tu. ish, mengganggu laluan sungguh! Sampai atas sana.. waah! ramainya orang. bersesak-sesak. ada jugak pengantin yang datang untuk bergambar di sini. bertambahlah jumlah orangnya. Dari atas sana, boleh tengok pemandangan banda hilir, selat melaka, eye on malaysia, menara taming sari, stadium pahlawan, muzium-muzium di sekitarnya. Naik sat je, sebab ramai orang. malas nak menambah bilangan orangnya. cheh, alasan! sebenarnya masa dah suntuk.
destinasi ketujuh : bangunan Stadhyus dan galeri Cheng Ho. Turun bawah, berjumpa dengan bangunan Stadhuys yang dibina bersama galeri Cheng Ho. Bangunan Stadhyus, salah satu daripada landmark Melaka. bangunannya berwarna merah (tapi saya nampak banyak je bangunan sekitar sini warna merah). Dalam tu ada penemuan-penemuan tembikar, seramik (teringat CBC. hoho), peralatan yang digunapakai ketika bersawah, suasana di kedai majalah, warung, perkahwinan orang melayu, cina, dan chitty, replika kota melaka di zaman penjajahan British dan Jepun. untuk siapa-siapa yang minat sejarah, tempat ni saya syorkan untuk dilawati. *promosi nih*
ada banyak lagi muzium yang kami tak masuk. ada muzium setem, muzium kecantikan (mengikut tafsiran puak-puak tertentu macam ada sesetengah kata cantik bila leher jinjang, kaki kecil, telinga panjang dan macam-macam lagi lah), muzium penderaan (woh, takut lah! tengok pamplet dia pun saya tak berani nak masuk. sat lagi jadi mimpi ngeri. haha, penakut!), muzium seni, galeri rakyat, muzium kesenian islam.
destinasi kelapan : Eye on Malaysia Malacca. Tempatnya jauh sikit daripada kompleks muzium-muzium tu. kena naik kereta dan menyeberangi sungai melaka. sampai di sana, tak ramai orang sangat. pelik jugak, mungkin sebab tempat ni agak jauh daripada tempat-tempat tadi kot. nanti nak ke sana kena masuk lorong-lorong kecik lagi. bayaran nak naik : RM8. ni setelah mendapat diskaun 50% untuk warganegara. bayaran sebelumnya : RM 16 untuk pelajar. untuk pelancong asing : RM20. wahwah. :D naik ni dia bagi enam pusingan. kalau kira secara kasarnya, dalam seringgit lebih la satu pusingan, kan? ade pulak kira gini. hiho~
destinasi akhir : balik rumah ekin! hahaha. masa tu dah pukul 5petang. perjalanan dari banda hilir ke rumah ekin memakan masa dalam satu jam, kalau ikut lebuhraya. tambah tolak dengan tak berapa kenal jalan, jadi cukuplah tu untuk sampai jam 6.30petang. tu pun, tersilap masuk jalan sat. main ikut gerak hati je nak ambik jalan mana. ngeh ngeh~
naik bas balik kelantan di alor gajah. kat tiket dia tulis bas bertolak jam 8.30malam. tiba di stesen alor gajah awal sikit. masa ru bas tak sampai lagi. ni sebab bas tu sebenarnya dari melaka central, berhenti sekejap di alor gajah mengambil penumpang. ada cerita pasal bas ni. lepas ambil kami dan seorang lagi penumpang di alor gajah, dia turun ke segamat. a-pakah? hmmm, saya fikir : mesti lambat sampai ni.. berhenti di segamat dalam setengah jam jugak la, baru bertolak balik naik lebuhraya menuju KL. lepas tu, saya tak tahu dia naik ke mana dah, sebab saya tidur. penat laa. ngee. saya terjaga bila bas tu berhenti untuk beri laluan lepada penumpang untuk makan. tapi saya tak pasti lah di mana tempatnya. sejam jugak la berhenti baru teruskan perjalanan balik. kemudian, saya sedar balik bila sampai di satu bandar ni. dalam hati cakap : dah sampai kelantan kot. masa tu jam 5 pagi. cepat jugak ya. lepas tu bila tengok skrin telefon, celcom tulis : batu burok2. aaa! dan ternampak : hospital sultanah zahirah, juga replika batu bersurat. a-pakah? pukul 5 pagi baru sampai di kuala terengganu?? aish, pukul berapa nak sampai KB nih...
jam 7pagi, bas pulak ada masalah. saya dan dina kena tukar bas lain. nasib baik masa naik bas lain tu ada tempat duduk. tapi kesian jugak, sebab ada ramai jugak yang tak ada tempat duduk. huhu. bas tu ambil jalan permaisuri-besut-pasir puteh. berhenti makan di depan kompleks sekolah kamil di pasir putih. masa tu jam 8.30pagi.. alamak, bila nak sampai ni? huhu.
selepas penat menunggu (chewah), akhirnya saya pun nampaklah pasaraya segar, balai islam, Billion, KB mall dan stesen bas KB. waktu tu jam 10 pagi. dina dah turun masa sampai di pasir tumboh. lama tak perjalanan saya kali ni? naik jam 8.30 malam, sampai jam 10 pagi? 13jam setengah duduk atas bas. perghh!! sampai di stesen bas, saya naik teksi. tak mahu susahkan abi untuk datang ambil, lagipun abi cakap kereta tak boleh nak lalu dekat Bunohan. tambang teksi kali ni memeranjatkan saya. RM25 nak ke pengkalan kubor? aish! biasanya RM5 sahaja. disebabkan oleh keadaan terdesak, saya pun ambil jugakla teksi tu.. teringat pulak harga teksi di pulau pinang. aish aish~ dan teksi tu ambil jalan Berangan nak elak air banjir.
sampai di rumah jam 12 tengah hari. wahah! lama sungguh perjalanan kali ni. mungkin sebab banjir jugak kot, bas ambil jalan lain. huhu~ sampai rumah, sangat sedih sebab dah tak sempat nak bertemu muka dengan Amani. ingatkan balik ni bolehla jumpa sat dengan dia, tapi.......hmmm.. kita merancang, Dia yang menentukan, kan? Amani dah pindah ke Melaka, mengikut emaknya yang kena mengajar di Melaka. mereka sekeluarga bertolak dari kelantan ke melaka jam 9 pagi. bila pulak la boleh jumpa dia lepas ni.. seorang lagi.. huu~ (Amani ni satu-satunya kawan saya yang satu sekolah rendah, satu sekolah menengah di kedua-dua buah sekolah, juga pernah satu universiti, sekejap dengan saya.. dan paling dekat, satu kampung)
--------------------------
psst:
- macam promosi pelancongan aja gayanya saya bercerita. siap ada harga masuk ke setiap tempat lagi.. huihui
- gambar-gambarnya lain kali je lah.. ;)
- salam eidulladha untuk semua! :)
2 comments:
buh la gambaq sekali nuha
gambaqnya duk dengan dina lagi.. nanti dah dapat, sy letak..
Post a Comment