8.11.09

pondering

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

dua sekaligus. erk, tak tak. yang ni entri tertunggak. diperam dalam draft dulu, sebab idea tersekat-sekat. tak reti nak tulis macam mana. mula-mula ingat tak mau post dah, tapi rasa macam nak share. hehe.

~~ something to be pondered ~~ [for ME, especially]

Bila Tuhan berbicara denganmu tentang ikhlas..
" bila buat kerja sorang-sorang, tanpa ada yang membantu. yang sepatutnya dibuat beramai-ramai. mereka hanya melihat, tanpa ada rasa mahu menolong.. jika ingin rasa seronok buat kerja tu, maka usahakan untuk berkata dalam hati : ikhlaslah.."

Bila Tuhan berbicara denganmu erti sabar..
" perjalanan hidup sentiasa surut. jatuh, jatuh dan jatuh sampai tak berdaya. keseorangan. bila kita kehilangan barang-barang yang kita sayang, kehilangan orang tersayang, tidak dihiraukan sahabat sendiri, tengah pressure (erk!!)... tika itu ingatlah sebenarnya Dia sedang berbicara dengan kita tentang sabar.. "

Bila Tuhan ingin berbicara denganmu tentang adab..
" berniat untuk ponteng kelas. lepas tu bila belajar, susah sangat nak masuk. pergi sekolah, jumpa guru. rupanya si guru berkecil hati. tika itu sebenarnya Dia telah membukakan pintu hati kita untuk belajar beradab dengan guru.. "

Pernah tak suatu ketika, rasa teramat lemah dan tak berdaya? hampir putus asa? menyerah kalah? tapi dengan tiba-tiba datang satu rasa dalam hati, dengan nyamannya berbisik : kamu bukan sendirian..

Pernah lihat langit? apa perasaan? rasa tenang, kan? tambah-tambah langit malam.. huu. bagi saya, melihat langit boleh jadi salah satu daripada terapi hati. pernah sekali saya rasa teramatlah serabut + gelisah + serba tak kena.. konon-kononnya ingin cari ketenangan la dengan berjalan-jalan, meronda. sekali, mata terpaku dengan langit. oh!

ya, saya akui memang susah untuk buat semua ni, tapi..... boleh usaha.... dan dalam berusaha, tak semestinya akan terus berjaya. ada tangga-tangga nya.

------------------------------------------
tolong ingatkan saya akan semua ini lagi di masa depan..

4 comments:

sketsa sebuah perjuangan said...

mana mungkin nuha tak reti menulis sebab awak dah besar kah kah kah kah...

*flash back nostalgia*

nurunnuha said...

hafizul:
hahaha. besar tak semestinya boleh menulis. time nak susun ayat nk sampaikan maksud, tu part yang agak susah.. h0ho~

*nostalgia apakah?*

nadiah:
kankan? :)
tapi kadang-kadang, bukan senang nak pujuk hati supaya rasa macam tu.. T____T

sketsa sebuah perjuangan said...

awak tak paham maksud saya yg sebenar. biarlah...

nurunnuha said...

erk.
oh, ok....