26.1.10

[padi . lagi]










ok, yang ni sebenarnya gambar sawah padi yang saya tengok hari tu. padi dah kuning, kan? gambar yang bawah ni saya ambil setahun yang lepas, di tempat yang berbeza, tapi masih dalam kawasan balik pulau dan masih objek yan sama-sawah. :D

gambar atas ni, lokasi dia di tengah kampung sikit. kena masuk lorong dan jumpa rumah orang dulu, baru jumpa bendang. ada banyak jalan nak masuk sini. jalan paling senang, lalu ikut tepi masjid besar. kat situ ada satu lorong yang agak luas. selain tu, boleh juga ikut jalan kampung (tapi kena tahu jalan jugak la, sebab boleh sampai jalan mati ni-pernah sekali-) tepi sekolah rendah, jalan titi teras, lagi ikut mana ye?

masa saya lalu ikut sawah ni, saya selalu terserempak dengan penduduk kampung yang berjogging. pelbagai peringkat umur. tapi kebanyakannya, dewasa lah. macam best je kan, jogging dalam keadaan sekeliling yang menghijau. macam tenang.. *ok baiklah, saya suka warna hijau padi tu sebenarnya*. :D teringat pulak saya pernah baca dalam satu buletin ni, dia cakap antara perkara yang boleh menajamkan mata ialah dengan tengok warna hijau (macam tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, padang pun!). sawah tu termasuk, la kan?

5 comments:

~Rie~ said...

Tentu ramai yang tak sangka kan bahawa Pulau Pinang juga ada sawah padi.. hehe..

Jom semua pakat mai penang~ :p~

sani tensai said...

yup...warna hijau padi mmg cantik!!! :D

nurunnuha said...

rie:
mari spesifikkannya lagi. di balik pulau. sahaja. kot. *sebab tak jumpa lagi di bahagian pulau ni, kawasan yang ada padi selain sini*

jom semua! ke leklau.. hehe

sani:
kan? =D

ayumiyoshida said...

cantik2. dulu2 slalu cakap nak tengok sawah.nak main sawah.nak guling2 kat batas sawah sbb duduk jb mana nak jumpa sawah. skali dah duduk kat tempat ada sawah x penah sampai pun kat sawah. hahaha

nurunnuha said...

jom! ;)
knuha pun baru je tahu kewujudan sawah ni.. terjumpa secara kebetulan masa 3rd year hari tu. bosan-bosan duduk terperap dalam bilik, keluar jalan-jalan masuk kampung. dan bila sampai sini, waaaaahhhhhhh! terpegun seketika. terpikat oh. *sebab rasa macam damai* :)