1.2.10

jalan ini

[re-publish]

dulu
aku pernah berdoa
moga aku dapat merasai berada di jalan ini

dulu
aku pernah meminta
moga aku berpeluang berada di jalan ini

dulu
aku pernah memohon
moga aku terpilih untuk berada di laluan ini

lalu Dia perkenankan..

dan kini
aku berada di jalan ini


tapi
aku seolah menyesal
kerana pernah berdoa sebegitu

tapi
aku seolah kecewa
dengan permintaanku yang itu

kerana
jalan ini bukan semudah yang aku sangkakan

aku mula menyoal
aku mula terfikir
betulkah pilihanku selama ini?

tapi
bila akal menguasai
aku tersedar
bahawa selama ini
aku juga tidak pandai bersyukur..

dan sekarang
aku ingin berusaha
menetapkan azam
mengoptimiskan minda
moga terpilihnya jalan ini ada hikmahnya

Ilahi
temukan aku dengan yang tersirat itu..
temukan aku dengan yang tersirat itu..



Balik Pulau, 1.30am
6 oktober '09

--------------------------------------------------------
p/s : buat seorang sahabat, semoga awak kuat ye!

4 comments:

sani tensai said...

permudahkan daku dalam melalui jalan ini...^_~

sarahfazalul said...

moga awak ketemu dengan yang tersirat itu~~

sani tensai said...

baru pasan bunga tu kaler biru...

nurunnuha said...

sani:
ameen..
tapi saya rasa 'jalan' yang kamu maksudkan dengan yang saya maksudkan kat sini tak sama kot. hehe

kak sarah:
insyaAllah..
ameen Ya Rabb! (teringat cerita KCB)..

sani:
ahaha. lawa kan ros kaler biru?