wuhuhu, rasa macam tak cukup tanah. (ok, hyperbola sahaja). rasa ni akan memunculkan diri kemudian.
ada masa 3 hari lagi boleh duduk di rumah. pagi ahad, akan bertolak ke penang balik. untuk meneruskan perjuangan (ahem. lama tak guna perkataan ni). bukak nanti akan mulakan balik rutin baru. dan, akan sedikit susah untuk menjejakkan kaki ke kolej kecuali sabtu dan ahad.
kali ni saya kumpulan G. sem lepas kumpulan A. (sem lepas dapat kumpulan pertama, sem ni dapat kumpulan terakhir dalam senarai kumpulan). pelik jugak, kenapa kumpulan kami semua berubah sedangkan kumpulan chia gen masih sama, C. nasib lah tu. hehe :D
setiap minggu ada klerk. selama 7 minggu. ada 7 kumpulan. setiap kumpulan lain-lain wad. akan dirotate ikut giliran. untuk kumpulan G:
minggu 1: community (ok, yang ni bukan di wad)minggu 2 : oncologyminggu 3 : psychiatryminggu 4 : O & Gminggu 5 : surgeryminggu 6 : medicineminggu 7 : pediatric
oh! pediatrik yang terakhir? hmm, bagusla. nanti bila dah tensi-tensi dengan wad, akhir sekali jumpa kanak-kanak macam best jugak, kan?
saya menulis ini untuk booster semangat saya supaya STUDY! adeii, masalah betul la dengan study bila duduk di rumah ni. eh, teringat sesuatu! ini, nurah scale, dimodifikasi daripada morisky scale (biasa digunalan untuk menguji tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan). terjumpa secara tidak sengaja, dimodifikasi oleh kami -bersama kak sarah- untuk menguji tahap komplians kami kepada nota dan buku. (syok-syok sendiri sahaja sebenarnye. hehe).

1 = Tidak ; 0 = Ya
3-4 : Teruskan usaha. insha-Allah, kan sukses. Allah juga sayang
1-2 : Hmm, jangan malas ok?
0 : Sesungguhnya kau adalah manusia yang rugi
koreksi diri. adeii, nuha.. nuha..
-------------------------------------------------
ps:
1. banyak benda rasa nak tulis, tapi malas nak combine dalam satu entri. nanti lah, kalau rajin. :p
2. hari ni 3 Rabi'ul Awwal dah..
2 comments:
Nuha.....
Semoga berjaya.
Take care ok
=)
nadiah:
thanks!
p/s hehe, syok2 sendiri aja. tapi boleh je kalau nak digunapakai =p
kak iris:
akak..
terima kasih. doakan ek.
insyaAllah..
=) :)
Post a Comment