report mode.
sebab tak tahu nak cerita ape.. nanana~
minggu lepas ada lawatan daripada lembaga farmasi. untuk kali ke-empat. mereka datang tiap-tiap tahun. dan setiap kali lawatan, mesti mereka akan pilih beberapa orang pelajar (kecuali masa saya second year, semua kami terlibat) daripada setiap batch untuk diinterview. lepas tu mereka akan buat penilaian dan bagi laporan. dan biasanya yang datang tu terdiri daripada pengarah MPS, wakil MQA (dulu dipanggil LAN), dan wakil daripada IPTA (ukm, um, uiam, uitm). masa mula-mula dipanggil untuk interview tu cuak la jugak sebab tak pernah kena, kan. tapi bila dah kena sekali, ok la. pengalaman dah ada. dah tahu la apa soalan-soalan yang biasa mereka tanya. dua kali saya kena dan kali ni, saya tak kena.(yay!) tapi bila saya tanya rakan sekelas saya yang kena, apa soalan yang ditanya, mereka cakap kali ni ada la kena tanya pasal planning lepas kerja, lepas grad nanti.. tu je kot soalan yang berbeza daripada sebelum-sebelum ni, tanya pasal perkembangan kos ni di sini.
minggu ni ada 3 kuiz. GMP, hospital dan farmakoekonomik. tadi dah lepas satu kuiz. 2 jam. perghh! mula-mula dengar kuiz buat dua jam, terkejut jugak. susah sangat ke sampai 2 jam kena buat. rupa-rupanya soalan dia banyak. susah dak? tak tahu nak kata. kena tengok keputusan dulu baru boleh cakap..
lagi, kena siapkan analisis VAS. yang ni saya paling 'suka'! aii, tak reti la nak guna test apa untuk cari P value ni. t-test? chi-square? ANOVA? cuak la.. ni la faedahnya bila belajar statistik separuh jalan. huahua. nasib baik exclusion dah ok. nanti kena pergi berguru dengan mr. taher la nampaknya lepas ni. tapi melihatkan keadaan sekarang, macam tak berapa nak ada masa je. (oo eh? di mana ada kemahuan di situ la ada jalan. dah lupa ke cik nuha?
)
)lagi, rabu ni ada ikrar. lepas kuiz ekonomik. semua anda sila bawa labcoat ye. dan dan je buat pengumuman dalam blog. hehe.
dan tadi, saya dah pun tahu siapa ahli kumpulan saya untuk klerk akan datang. waa, sekali lagi saya tersisih. keseorangan. sendirian. bersama dengan 8 (ke 9 eh?) pelajar usm yang lain. sebab dia bahagi ikut kumpulan sem lepas. dah la sze yan cakap ahli kumpulan saya kali ni mantap-mantap. waaah! mencabar! boleh survive tak nanti ni? (uish, apa pasal saya rasa ayat akhir ni berbaur pesimis?) aish! 

psst : harap2 lecturer saya tak baca blog ni.

5 comments:
all da best!!! ^_~
thanks, sani!!
untuk korang semua jugak. all-da-best. =)
masa baca ikrar nnt, bayangkan dengan penuh semangat untuk berbakti pada ummah. awak akan rasa bahagia di situ. =)
final year final sem adalah yang paling manis buat akak setakat ni. sebab sem ni lah yang paling susah dan paling mencabar. jangan risau tersisih sebab di situ nuha akan menemui kekuatan dalaman yang tidak pernah difikirkan selama ini. you gonna be more independent. iAllah, akak yakin nuha boleh sukses.
rahsianya --> optimis sahaja nuha-chan!
wah..gud luck!
kak sarah:
thanks banyak2! rasa macam ada aura lain yang mengalir bila baca komen akak. :)
insyaAllah..
nurul:
thanks!
Post a Comment