2.4.10

internal medicine


minggu : enam
jabatan : ubatan dalam (erk, translate terus daripada perkataan internal medicine)

++++++++++++++++++++++++++++++++++

hari pertama klerksyip, ada penerangan daripada prof yahya di clinical lab. hari kedua baru pergi hospital. untuk internal medicine, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. daripada 11 orang (termasuk dengan linda, seorang pelajar exchange program dari luar negara) ahli kumpulan tu, 4 orang kena pergi wad kardiologi, 3 orang di nefrologi, 2 orang di endokrinologi, dan lagi 2 orang di neurologi. saya dapat wad kardiologi. tiap wad tu, ada preceptor masing-masing. wad kardio-miss christine, wad nefro-miss ng, wad endo-puan lau, wad neuro-miss khoo. sepert biasa, DRP tu jadi tugas kami bila dapat kes. nak check DRP ada banyak cara. antaranya boleh guna morisky scale, QoL (SF36, EQ5D-oh teringat farmakoekonomik!)..

saya dapat wad kardiologi. tugas kami macam biasa, cari kes. baca BHT pesakit. ambil sejarah. tapi kali ni ada satu penambahan. kali ni kami kena ikuti ward round bersama dengan HO dan MO. kadang-kadang ada juga pelajar perubatan dari PMC yang ikut serta. masa ni kami dapat tahu la sikit-sikit suasana ward round. best juga kerja di wad kardiologi ni. ubat-ubat dia tak ada la banyak sangat. aspirin, ranitidine, kumpulan -statin, kumpulan -pril, kumpulan -olol, GTN (glyceryl trinitrate), hydrochlorothiazide.. ikut protokol. oh! di sini saya jumpa s/c clexane. lalu teringat cerita denyut kasih medik oleh dr. farhan hadi. masih diguna. bila saya tanya ahli farmasi, diorang cakap ada prosedur la kalau nak guna ubat tu untuk orang islam. mereka kena isi borang apa entah dulu (macam persetujuan la kot?) kalau keadaan sangat terdesak.

kendalikan kes klinikal ni perlu biasakan diri dengan shortform. ada shortform yang tak standardized, sesetengah hospital je guna. ada yang standardized.

hari jumaat memang hari untuk pembentangan kes. masa ni kami bentangkan kes kumpulan. tadi ada 4 wad, jadi ada 4 kumpulan. we go through cases for every ward. dapat la gambaran serba sedikit ubat apa yang biasa digunakan dalam wad tu, apa yang terjadi, suasana. wad nefro kot paling mencabar. hehe. ye la kan. renal kurang sensitif (kalau yang ESRF tu lagi lah), dos perlukan adjustment. hurm, ada satu soalan. kenapa metformin tak boleh diberi kepada pesakit diabetes yang ada ESRF (end-stage renal failure?).




----------------------------------------
Sometimes I wonder,
How the doctors, or pharmacists, or nurses
Keep working in extra hours
Energetically, without tiring..
Tak mengantuk ke?
Tak letih ke?
Huhu.



01-04-10
C8 [cardio ward] HPP
-a sleepy me, even after a cup of white coffee and 3 chewable ExTra-
..rasa nak cepuk diri je..

No comments: