department : paediatric
+++++++++++++++++++++++++++++
hoho, jabatan paling banyak suara. suara budak-budak. juga jabatan ni terkenal dengan keramahan doktor pakarnya dengan budak-budak yang dirawat di sini. nanti tiap-tiap pagi, dia datang ke wad dan tanya dengan suara yang agak kuat sambil tersenyum : siapa mahu pulang hari ni?? nanti ada la budak-budak yang menyahut. ceria, ceria. =) setiap hari, ada je pesakit yang boleh discaj. biasa penghuni wad ni tinggal di wad tak lama sangat. kecuali untuk beberapa kes yang amat serius.
untuk klerksyip kali ni, dr. baidi dengan cik yana yang terlibat. cik yana dah pesan awal-awal lagi, belajar daripada ahli faramsi kat jabatan ni ye. sebab dia bagus. hehe. ada 3 hari kami kena datang. hari pertama kami ke hospital, kami ikut ward round. wah, ramai yang ikut serta. masa ni ward round memang penuh dengan pelajar perubatan PMC dan HO serta MO. hey, seronoklah di sini. jumpa budak-budak. comel-comel mereka. ehe. buat iklan pula.
cari kes itu wajib. ada sedikit briefing daripada doktor pakar bersama kami. masa briefing ni kami bincangkan kes dengan beliau, tanya apa-apa yang kami nak tahu. saya dapat kes seorang budak ni suspek kawasaki. disyaki baru. mulanya disyaki denggi debab dia datang dari kawasan berisiko tinggi dapat denggi. lepas buat serology test, keputusannya negatif dan lama-lama dia mula menunjukkan tanda-tanda untuk kawasaki.
hari kedua, seperti biasa, ikut serta dalam ward round. lepas tu ikuti perkembangan terbaru pesakit. kemudian, ada perbincangan sedikit dengan ahli farmasi yang in-charge wad pediatrik ni. mr. chong nama dia. memang. saya kagum juga. kebanyakan dos untuk ubat-ubatan bagi pesakit kecil ni dalam tangan je. dia memang sangat menjadi rujukan kalau ada pelajar perubatan atau doktor yang nak sarankan dos untuk ubat baru ataupun berbincang tentang ubat yang tengah pesakit ambil. perlu ditukar atau dinaikkan dos atau macam mana, jika ubat yang diberikan tu tak menunjukkan apa-apa kesan. kami berbincang pasal penyakit yang biasa kanak-kanak alami dan macam mana nak treat. tak semua yang kita belajar tu akan diaplikasi bila dah masuk klinikal. ada je ubat yang kita tak belajar, dan penyakit yang kita tak belajar bila klinikal di hospital.
tengah hari tu, cik yana telefon cakap nak jumpa petang nanti di school. adeii, sakit sungguh. masa saya tak bawa motosikal, masa tu la keadaan mendesak ntuk guna motosikal. huhu. tapi tak apa, saya naik teksi bersama dengan nisah, sara, dan ida. sampai di usm dekat nak zohor. sembahyang zohor dan makan tengahari. lepas tu ke TPN room untuk perbincangan dengan cik yana. kami bincang kes yang dapat. cik ayan bagi komen sikit-sikit untuk kami improve bila nak buat slide bentangkan keesokan hari. kemudian, hari ketiga tak perlu pergi lah kalau pesakit tu dah di discaj. ngaa, pesakit saya dan nisah (kami kongsi kes) tak discaj lagi. maksudnya kena pergilagi lah esoknya. hoo, tak aci. orang lain boleh bersenang-senang siapkan slide untuk dibentangkan pada hari jumaat,kami pula kena pergi hospital untuk ikuti perkembangan pesakit. wawawa. nak buat macam mana, kan? terpaksa lah.
hari ketiga, saya dah nisah pergi. tapi malangnya, pesakit tu dah didiscaj petang semalam (masa kami ada perbincangan dengan cik yana tu). oh nasib. tak apa la. saya terus pergi usm je la, ke bilik nisah. nak siapkan slide. wuhuu, petang dah siap. tapi disebabkan oleh hari khamis tu hari lahir ida, kami rancang buat sedikit makan-makan lepas pembentangan esok. jadinya, saya dan nisah keluar mencari kek la petang tu. dekat maghrib baru balik usm. dan saya balik malam, ke balik pulau hari tu. esok paginya, kami pun bentangkanlah kes masing-masing.. sebelum menyambut hari lahir cik rohaidah di kafe school. oh, sch-weet last meeting! =)
No comments:
Post a Comment