10.4.10

kata


satu.


Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.
Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Kata ekin : masih ada ke orang seperti dia sekarang? bertunang, tapi tak pernah berjumpa.. hanya bertemu di hari akad nikah.. masih ada ke orang seperti dia sekarang? Sambil-sambil merawat, sempat bagi nasihat supaya pesakit jaga solat.. bukan hanya merawat fizikal, tapi juga rohani..



#############################

dua.

Farmasi.
Kata cik hadzliana a.k.a. cik yana : kita (ahli farmasi) biasanya akan jadi tempat untuk orang marah-marah dan lepaskan geram. sebab kalau kat hospital, pesakit dah tunggu lama nak siap pemeriksaan. tiba-tiba bila nak ambik ubat, kena tunggu lagi untuk kauseling (untuk yang perlukan kaunseling).

Kata dr. nornisah a.k.a. dr. norni : bukan semua kami boleh bagi kepada kamu semua. nanti bila PRP (provisionally registered pharmacist), kamu akan belajar banyak benda lagi. banyak benda baru. akan ada pengalaman yang bermacam-macam. timba lah sebanyak mungkin.

Kata miss christine (my preceptor at cardio ward) : when you’re PRP, your senior will give you load of works to stretch you so that you will be able to work under stress in the future. (huh?)

2 comments:

sarahfazalul said...

memang benar sekali apa yang dikatakan itu nuha.iAllah, you gonna make it =)

nurunnuha said...

ameen..