"barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitannya.."
siap pun kemas semua barang. masa kemas barang ni lah, baru saya sedar, baaanyaknya la hai barang yang saya bawak balik! nota tak payah cakap la. satu sem, satu kotak. tapi kotak kertas A4 je la. tu la, rajin sangat nak bawak balik semua nota padahal ada je softcopy dalam laptop ni. ai, sayang la nak bagi kat orang. huahua. pinjam takpa. =D ni pun ummi suruh simpan semua nota tu dalam almari kat dapur. tapi saya fikir, mesti tak muat sebab ruang kosong kat dalam almari tu ada sikit je lagi. setakat ni saya tak rasa nak pindahkan semuanya ke mana-mana lagi. biarkan 'mereka' berbalut kemas dalam kotak tu. nak selongkar lepas ni pun senang. macam comel la pulak tengok, bersusun.
kalau duduk kat rumah kan, mesti ada je benda yang terfikir nak kena buat. siap satu kerja, banyak lagi yang tak beres. macam tak luak-luak. tapi kadang-kadang terasa jugak nak keluar. dah memang saya ni kaki jalan. hehe. rasa pelik bila tak keluar rumah. pergi rumah mak saudara pun kira ok dah. masalahnya sekarang, semua sepupu-sepupu saya yang kecik tu dah mula sibuk. dengan qiraati petang nya, dengan kelas tambahan malamnya, dengan persatuannya. kalau pergi rumah mereka pun, tak tahu nak buat apa jugak. biasanya kalau depa tu ada, bolehla saya tarik pergi pantai seri tujuh ke pantai geting ke pantai kuala ke.. kawan-kawan terdekat yang saya selalu hang out pun tak ada. amani, nun jauh di shah alam atau melaka. ana pulak dah kerja kat wisma kota bharu. hujung minggu baru balik. nak tak nak, saya kena cari idea buat aktiviti kat rumah je la.. tapi, cuti kali ni agak lama.. boleh naik bosan jugak. hurmm.. (baik berhenti. ini simptom -symptom cannot be measured, right? sign, can be measured- saya nak mula cakap tak berhenti)
alamak.
insomnia. [-_-!]
ada idea nak atasi tak?
2 comments:
mulakan rutin harian dari pukul 5pg, insya Allah tiada masalah insomnia ;)
terima kasih untuk nasihatya! akan dicuba. ;)
Post a Comment