16.7.11

perbaharui niat

"tak kerja, rasa nak kerja. bila dah kerja, bosan la.. letih la.. tak larat la.." ummi jawab, bila saya meluahkan bahawa saya letih bekerja.. huhu. betul jugak. manusia, memang tak pernah puas kan?

"bekerjalah kerana Allah," tegur seorang pelawat bila mendengar keluhan seorang teman sekerja saya..

"ikhlaskan hati," nasihat seorang pembantu pegawai farmasi sewaktu kesibukan yang teramat di satelit 7 dengan bermacam kerenah pesakit.

"makcik tu cakap, kita kena sabar. orang lain pun tunggu jugak. datang hospital lagi lama dari kita. kalau pesakit yang tak berupaya (berkerusi roda/OKU) datang, mereka akan diberi keutamaan. kesian mereka," luah seorang pesakit warfarin setelah namanya dipanggil untuk INR test dan kaunseling warfarin.

situasi kerja. suasana bekerja. letih. penat. sedih. gembira. geram. marah. bercampur. 
pokok pangkalnya, semuanya bergantung kepada NIAT. niat yang baik, inshaAllah akan baik lah hari yang bakal dilalui. pesan untuk diri : perbaharui niat setiap hari. juga SABAR. kuatkan sabar. 

psst : tegur saya jika saya salah, ye.. :)

No comments: