19.7.09

perihal tujuh

Bismillaahirrahmaanirahiim..

Tengah berfikir nak langsaikan hutang. Saya pun bukak balik kotak 'tag' saya, lalau terjumpa satu tag yang belum di'publish'kan. Lama dan siap, cuma tak ter'publish'. Tag yang ni dari fathien. Sorry naa, fathien. Ni jawapan yang saya siapkan dulu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


tadi teringat balik, hari tu fathien ada bagi tag suruh jawab. tapi, saya tak jawab2 pun lagi. jadi, untuk entri kali ni saya mahu mejawab tag yang diposkan oleh fathien kepada saya beberapa minggu yang lepas. fathien, sori naa.. dan, saya mahu namakan tag ini dengan nama : Rancangan masa depan. Ahaaa, mari berkhayal sat.. :D

jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP.

Uish, syarat dia ketat no. ada jawapan saya yang tak ikut syarat2 di atas ni. Suka suki je saya longgarkan syarat.. xpe kan, fathien? :D

1) 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.
first of all, mestilah seorang yang berusaha mempraktikkan Islam dalam kehidupan..hehe :)
kedua, tidak merokok.
ketiga, punya satu impian yang sama.. ;)
keempat, sama negeri (wawa, ini syarat yang ummi bagi).. tapi kalau berjodoh dengan negeri lain macacam mana?
kelima, berusaha saling memahami..chewah
keenam, apa lagi ye?
ketujuh, tengah duk fikir lagi ni..

2) 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
Haa? Soalan ni perlu dijawab jugak ka? skip, skip. Haha. Ok ok, saya jawab.. minat tu tidaklah, cuma suka dan senang dengan kerenahnya sahaja ya..
pertama, si dia.
kedua, dia yang tu.
ketiga, entah.. huhu~

3) 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
siapa ni? suami kah? ehem, ehem..
gembira la, sebab dapat bertemu dengan dia..
nervous kot, sebab mesti xpernah bercakap sebelum tu.. hehe
rasa masa yang berlalu itu terlalu pantas.. chewah..
tak tahu dah, sebab belum ada pengalaman. cecece ;)

4) 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
membawa mida melayang-layang sat.. hehe..
Mekah.. jom!
Egypt a.k.a Mesir
Aussie
Jepun, suka orangnya.. :D
Negara empat musim..nak rasa main salji, lihat keindahan pemandangan yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang memekar, merasai suasana musim luruh.. waah, seronoknya!
kelilingi dunia. waah, berangan! kalau ada banyak duit takpe la jugak.. hehe
syurga.. termasuk jugak kah? hehe.. ameen..

5) 7 barangan / sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
buku, jika dia seorang yang sukakan buku.
jam tangan (kenapakah? Entahla, saya rasa macam best je bagi jam kat orang).
kek.. di hari lahir, edisi istimewa..
kamera? mungkin..
of course, surprise present! suka, suka..
orang lelaki suka apa lagi ye?
kak sri, tolong.. bagi idea.. hehe :D

6) 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
ini rahsiya.. ade la.. mana boleh reveal kan kat sini.. hehe :)

7) 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!!
ramai je yang saya tengok dah jawab tag ni. ada jugak yang tak kena tag lagi, tapi depa takde blog daa~.. jadi, sekarang saya tidak mahu tag sesiapa.. hehe. pengecualian untuk sesiapa yang rajin, boleh aja jawab. Dipersilakan.

++ ok, masa memasang angan-angan sudah tamat.
sekarang, masa untuk 'hadiah' pulak.. neno neno ++

14.7.09

pesan


life is a series of lessons. agree?

kalau kita tak ambil iktibar dari pelajaran kehidupan yang sebelumnya, kita tetap saja akan berada di tempat yang sama, tanpa apa-apa perubahan. setuju tak?

and, don't be attached to anything (eg. money) because the moment you attach to it, the far it will run away from you.

13.7.09

repekan

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini, isnin. Maksudnya, dah lebih seminggu sekolah buka. Kelas pun dah banyak yang mula. Saya tak berapa nak ada mood sangat sejak kebelakangan ni. Demamkah penyebabnya? Mungkin salah satu daripadanya, kot. Saya jarang akan demam sahaja. Biasanya dua serangkai - add on selsema. Dulu (maksudnya masa sekolah), kalau saya demam saya akan mandi lama-lama, tak kiralah sambil basuh baju ke main air ke. Lepas tu selsema saya bertambah teruk, saya ambil ubat (chlorpheniramine biasanya) dan terus tidur. Keesokannya, mesti dah tak ada apa-apa. Boleh eri sekolah seperti sediakala. Tapi, sejak datang sini, 'petua' tu dah tal berapa nak menjadi. Bakteria dah resist kot dengan cara tu. Lepas buat semua tu, selsema masih tak hilang. Tambahan pula bekalan chlorpheniramine saya sudah expired. Saya beli loratadine pulak. Tapi yang bestnya loratadine ni tak menyebabkan mengantuk, jadi boleh ambil pada waktu pagi, sebelum kelas. Dah dua hari lebih selsema + demam. Bila badan tak selesa, nak belajar pun tak best sebab otak macam kosong, tak dapat nak serap.

Lagi satu, laptop saya. Sampai sekarang masih di BJ. Tadi dah telefon orang kat kedai tu dia cakap nanti dia akan telefon dalam dua hari lagi. Sungguh tak best bila tak ada laptop, sebab ada sesetangah pensyarah bagi lecture note kat kami dalam slide power point. Tugasan pun sudah mula, nak cari maklumat kena pergi CC. Kalau nak jimat pergi perpustakaan, tapi perpustakaan bukannya buka 24 jam. Pandai-pandailah menyusun masa, cik kak! Tapi yang bagusnya bila tak ada laptop ni, banyak masa tak habis di alam maya. ngeh3. Yang tak bestnya, tak sempat nak update blog, plurk, blog-hopping, main kat muka buku (fb), kena pergi CC bila nak buat esaimen. hush. Ni pinjam laptop Shikin. Sementara dia buat kerja lain, saya pinjam sat.

Lama sungguh English tak dijadikan bahasa dalam entri di sini. huhu~ Semakin berkarat lah nampaknya Bahasa Inggeris saya sekarang. Tapi takpe, 'di sana' saya masih tetap gunakannya. :P

7.7.09

happy-back-to-school

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

5 julai - tiba di Balik Pulau
6 julai - p kolej untuk pendaftaran subjek, tapi borang daftar subjek masih belum keluar. huhu.
7 julai - kelas pertama untuk sem 7 a.k.a sem 1 tahun 4..

1- happy-back-to-school!. fuh fuh.. macam tak percaya! kali ni datang ke sini sebagai pelajar tahun empat merangkap final year student, insyaAllah.. ameen. Puan Ariesma cakap intake kali ni seramai 18 orang termasuk yang baru daftar semalam 2 orang. hoho, no comment. boleh dak?

2- Dengar khabarnya seorang pelajar farmasi kat usm positive H1N1. depa kena kuarantin. seminggu yang pertama ni semua batch tak ada kelas. Bila cerita pasal H1N1 ni, teringat pulak hari tu saya balik Takbai.. Bila nak masuk Malaysia, ada seorang pegawai kesihatan yang bertugas akan check semua yang nak masuk Malaysia guna satu alat ni, sama ada kita H1N1 positif atau negatif. Langkah berjaga-jaga. :)

3- Laptop tak boleh nak charge lagi, tak sempat nak baiki lagi. Dah bawak pergi kedai, tapi dia tak sempat. Nampaknya saya kena pergi Bukit Jambul la nak repair. Ataupun ada siapa-siapa boleh suggest tempat lebih dekat dari BJ untuk baiki?

4- Shikin, Dina, Poay Yen dan Sze Yan pergi Genting Ahad malam. Petang ni mereka balik. Saya tak pergi, ummi tak bagi. Takpe la, save budget sikit. Nanti nak kena top-up untuk yuran lagi. huhu.

5- Kami dapat housemate baru. Pei Khien, namanya.

6- Mizah baru bertolak balik ke Kelantan bersama si kecil dan zauj-nya pagi tadi. Oh, tak sempat jugakla saya nak bertemu muka kali ni.

buku ni di'recommend'kan oleh seseorang. v(^_^)v. Baca la, best!!

1.7.09

30-06-09

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

lama tak update sesuatu di sini. entah, macam takde mood sejak dua menjak ni. hoho~

semalam p Yala.. berani tu nak p Yala. lama dah tak naik ke sana, seingat saya dalam 5 tahun dah kot. kami tak berani. semalam, genap 5 tahun arwah sidi (datuk) meninggal. saya ingat tarikh dia, sebab tarikh tu sama dengan hari lahir kawan saya. tahun pulak, sebab time tu..
30 julai 2004(rabu)
saya duk kat sekolah, petang tu ada kelas tambahan untuk cover balik subjek tingkatan 4. abi cakap sidi tenat. abi ajak balik ke sana. saya kemas barang dan berangkat. petang tu jugak kami sekeluarga bertolak. sampai sana, sidi tengah tenat. abi ajar mengucap. tak lama selepas tu, menjadi arwah. abi bisikkan ke telinga saya : sidi nak tengok kak. dia tiada lepas kak datang. then, saya tenggelam.

semalam, p dengan ayah mat, su bah, abi, nabli ngan kak jah.. p jumpa mek(nenek), mok cik ngan mok long.. tapi jumpa jugak dengan kak ye, kak lah, fatimah, asma'.. sumayyah je tiada, dia duduk dengan suami dia. (adik.. sumayyah lagi muda daripada adik kan?)

bertolak dari Malaysia jam 12 tengahari, lewat sangat dah tu.. naik bot, siapkan urusan imigresen dekat-dekat 12.30. naik kereta ayah mat, ambik kak jah dan su bah di sekolah takbai (sebab mereka p tengok husnani nasyid di situ).. dulu, kalau nak p Yala ambik masa dalam 3 jam, tapi sekarang 2 jam dah boleh sampai. perjalanan Takbai-Yala dalam 100++ km. saya suka jalan raya dia. sekata.

on the way nak ke Yala tu, banyak sungguh road block oleh askar.. phew, takut pun ada, sebab mereka semua bersenjata.. ada satu road block tu dia buat kat depan wat (tempat sembahyang orang siam). nampak macam ketat sikit kawalan kat situ. ayah mat cakap dalam wat tu masih ada lagi mayat seorang sami ni, mereka tak bakar pun lagi mayat dia. entah, tak tahu sebab apa. sami yang ni mereka cakap macam 'keramat' sikit. dalam perjalanan pergi dan balik tu alhamdulillah, kami tak apa-apa. hehe :)

kami sampai Yala dalam jam 2.30petang. abi ajak makan nasi + sup. abi belanja kami. yeay! boleh tahan jugak la sup dia. harga pun boleh tahan. heh. lepas makan nasi, kami p rumah mok long. berkumpul kat sana. mek dan mok cik pun duk kat sana. tapi rumah tu sunyi sikit sebab time kami sampai tu, budak-budak pergi sekolah. budak sekolah rendah balik jam 4 petang. kadang-kadang pukul 5 baru sampai. lama sungguh tak jumpa mereka. husna sudah besar panjang, sekolah menengah dah pun dia. (adik, muna.. ingat husna?).

pst: sorry, gambar senget.. saya tak reti nak pusing video ni biar jadi tak senget..

ralit sungguh saya dengar budak ni (anak sepupu) bercakap. ternganga la jugak, sebab banyak yang saya tak faham. sikit je yang faham. time ni dia tengah buat bentuk-bentuk binatang guna tangan.

pukul 5 petang, kami minta izin mahu bertolak pulang. kalau lambat, tak sempat nak masuk Malaysia, sebab pintu masuk Malaysia tutup jam 7petang. dalam kereta, saya sempat ambil ni..

part of bandar Yala time habis sesi persekolahan (jam 5 petang).. mereka ni bersekolah menengah.

tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak. tapi sempat tambah dua perkataan baru dalam glosari:
raingantua - daftar
banchut - tetap

v(^_^). perjalanan balik, ayah mat pecut kereta. 150 dia bawak, nak kejar masa. bila saya cerita kat ummi, ummi cakap : nasib baik ummi tak p. (ummi tak p sebab dia tak boleh nak cuti).. tapi tak sempat jugak. huhu.

------------------
1- tiga tag menanti, nanti saya buat ye.. hehe :D
2- ada siapa-siapa yang tahu macam mana nak 'mute'kan video untuk di'upload', tak?