24.8.09

first week

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi pergi usm. dr.norhayati cakap ada briefing pasal clerkship. dijadualkan bertolak jam 8, tapi tadi ada masalah teknikal menyebabkan kami bertolak jam 8.30pagi. sampai di sana, kami masih terkial-kial dengan pembahagian kumpulan. mulanya, mengikut kata dr.norhayati, kami (student ICT) berada dalam satu group untuk klerksyip ni. tapi tiba-tiba rancangan berubah. dr.norhayati cakap dekan usm mahu kami masuk sekali dalam group mereka (maksudnya kami kena berpecah la). tadi agak kalut untuk membahagi kumpulan, dan pembahagian adalah secara rambang sahaja. group kat usm, ada 7. kami menyelit masuk. jadi sekarang, ada yang satu group, 2 orang dan ada jugak yang seorang. saya dapat group A! (oh tidak!!). berseorangan pulak tu (lagi sekali, oh no!!). [-___-"]

ahli group A usm ada 10 orang. tambah saya = 11orang, setakat ini (tak tahu ada perubahan lagi ke tak). minggu pertama, group A bawah clerksyip TDM.

minggu pertama -TDM (therapeutic drug monitoring)
isnin : ada test! oh. + briefing.
selasa : di hospital (dapat satu kes, selesaikan)
rabu : di hospital (bincang kes)
khamis : di makmal (run sample, buat pengiraan farmakokinetik)
jumaat : pembentangan kes

Oh tiba-tiba mahukan seseorang.
Oh tiba-tiba masa jadi terlalu singkat.
Oh tiba-tiba berasa cuak.
Oh tiba-tiba jadi tensi.
Oh tiba-tiba dan tiba-tiba semuanya menerpa.

Tapi,
Saya akan cuba.
Nuha, chayyok2!

----------------------
@-+--- -> nah, a rose for you! ;)

22.8.09

Salam Ramadhan! :)



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

----------------------------------------
RAMADHAN KAREEM..
Salam Ramadhan, semua! ;)
moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...

20.8.09

hati sakit.


tak suka dengan perasaan ini..
sungguh tak selesa begini..
bila semua rasa hati bercampur aduk..
antara geram, sakit hati, benci (tolonglah hilang!!), rindu dan sayang..

sakit.
hati sakit.
sungguh.
tak terbendung.
parah.
hatiku derita
hatiku sengsara..

apa penawar hati paling mujarab?
pernah dengar ayat ni?
"..dan ingatlah, dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.."
astaghfirullah.
apa dah jadi ni..
mengapa aku terlalu alpa?
Ya Rahman..
aku rindukan rasa sayangMu
meresap masuk ke dalam qalbuku
dan juga rindukan
bilamana aku merasai zuuqnya.

aku memerlukanMu, Ilahi..
semestinya
ya, semestinya...

--------------------------------
p/s : em-osi tak stabil..

3.8.09

salam

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

wanni wan chan. today is monday. hari ini hari isnin. hehe :)

hari ni saya kena tegur lagi. gara-gara terlupa (ermm, segan sebenarnya nak tegur) memberi salam. haa, kan salam tu doa keselamatan sesama Muslim? tapi entahla, sebab bila datang sini budaya salam tidak menjadi kebiasaan kot. dan saya bukannya orang yang suka menjadi pemula (erk!). kalau kat sekolah dulu, beri salam setiap kali jumpa cikgu sudah biasa, tetapi di sini mulut rasa agak berat sikit. entah kenapa. nak kata ada emas, tak ada la pulak. :D untuk membudayakan ia kembali, saya perlukan masa. huhu~

tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dahulu abi suka mainkan lagu nasyid dalam kereta hinggakan saya dan adik-adik saya boleh ingat lirik luar kepala. (tabik toing toing sama ingatan zaman kanak-kanak! tapi sekarang macam dah ada neuron degeneration dah sikit-sikit). salah satu daripadanya:

Tebarkanlah salam antara kita
Walau dimana sahaja
Walau siapa jua
Walau siapa sahaja
Walau dimana jua

Di masa kini ramai umat islam
Melupakan salam
ia syiar Islam

Kenapa rasa malu
Untuk mengucapkan salam
Adakah cara yang lain
Lebih baik darinya
Oleh itu, yakinlah kita salam yang lebih utama

Meriahkan alam ini
Saling memberi salam
Hidup aman bahagia
Inilah Syurga dunia...

erk, macam terkena je.. !_!

1.8.09

girls day out?


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

pemberitahuan : entri ini mungkin akan panjang.

penat. penat. dua kali taip, menandakan memang sungguh penat. :P hari ni kami serumah (dina, shikin, aisya, sze yan, poay yen, pei yeen, saya) keluar. cadangan pada mulanya, nak keluar satu batch tapi puey fong dan chia gen tak boleh sertai. sepatutnya tinggal 9 orang. jega batalkan rancangan pada masa-masa akhir sebab ada hal kecemasan, dia terpaksa balik KL semalam. jason, saya tak pasti lah pulak kenapa dia tak boleh nak ikut. Bila dah jadi macam tu, tinggallah kami serumah je yang dapat pergi. jadi bertukarlah plan ke : girls day out. eh, boleh ke?

pagi tadi hujan sangat lebat. mula-mula bercadang nak batalkan jugak, tapi aisya cakap mak dia dah sediakan mihun goreng untuk kami. jadi, kami pergi lah jugak ke rumah dia. bila sampai, mak dia cakap mungkin kat teluk bahang tak hujan kot. penang selalu jugak macam tu, hujan kat satu tempat je tapi kat tempat lain tak hujan pun. erm, kami buat keputusan nak pergi tengok dulu tempat tu. kalau hujan, terpaksa teruskan ke rancangan B. dari rumah aisya nak ke teluk bahang, kami ikut jalan batu feringghi.

sampai E-gate..
hujan dengan lebatnya! "aish, macam mana nih?". aisya teruskan bawa kereta.

sampai batu feringghi..
masih tak hujan. tapi langit di tengah laut terlalu gelap. scene dia lawa sebab nampak dengan jelas, laut terpisah dengan langit (laut warna hijau kebiruan, langit warna biru kehitaman)
"tangkap gambar, tangkap gambar!" ada satu suara menyuruh.
"nuha, ko ambik la. ko duduk tepi tingkap, senang sikit"
"tak pun suruh sze yan ambik, buka bumbung kereta kat tengah ni"
lalu..
KLIK
KLIK
KLIK
"ala, gambar tak elok la, dalam kamera nampak tak lawa. jadi lagi gelap pulak tu"
mood nak ambik gambar terus padam. [-_-"]

sampai kat masjid terapung kat batu feringghi..
"ingat masjid ni tak korang?"
"mestila..."

sampai taman rama-rama..
kereta meluncur laju.

sampai taman rimba..
kereta masih bergerak, hingga tiba di satu simpang.
"jalan terus. tadi aku nampak, signboard dia tulis 'taman negara' jalan terus".. satu suara mencelah.

terus jalan..
"eh, betul ke ikut jalan ni nih? awat tak sampai lagi?"
"haa, tuh kat sana. yeay! dah sampai"

letak kereta kat tempat parkir. tiba-tiba hujan turun la pulak. jadi, kami makan dulu. habis makan, hujan berhenti. teruskan rancangan. selepas daftar : ke Muka Head (alyaa yang cadangkan), kami mula trekking. bersemangat sungguh rasanya trekking tadi, sebab dah lama tak trekking. (ps: i do love trekking *peace peace*). jalan agak licin, sebab baru lepas hujan. mula-mula bertujuh. sampai tengah jalan, jadi berempat. 3 orang patah balik. setelah sejam lebih naik dan turun bukit + bagi semangat sesama sendiri + snap the moments + nyanyi-nyayi tengah jalan (lagu mirai + bismillah separuh jalan) + berhenti sat, sebab tak larat (huhu, lama tak bersenam jadi cepat sikit letih nya)..

"yeay! dah sampai! hu-yyoh. akhirnya! alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, alang-alang sudah datang biarlah sampai ke hujungnya (oh, ini bukan pantun ya). tak ramai sangat orang datang hari ni. mungkin sebab cuaca tak berapa nak mengizinkan. sampai di Muka Head, kami main jet ski. 25minit = rm50. satu jet ski, dua orang. kami kongsi.. :D. kami agak daring sikit rasanya sebab berani membonceng ke tengah laut, membelah ombak yang agak besar (kat tengah laut). setiap kali kami membelah ombak, jet ski kami akan jatuh semula dengan kuatnya dan ada ketikanya air laut terpercik masuk ke dalam mata sebab terlalu laju. hoho~ suka! :P

tengah-tengah main..
"eh, gelapnya langit sebelah sana!"

apa petanda? cuaca mula nak suram. kami balik semula ke tempat mula-mula trekking naikspeed boat. kalau trekking balik, mesti takkan sempat. nanti tengah jalan hujan turun, kami akan terperangkap.

sampai tempat parkir kereta..
druuuuuuuuummmmmmmm... lebat sungguh hujannya! alhamdulillah, selamat sampai sudah. kami bergabung kembali dengan 3 orang yang tertinggal tadi. mereka naik separuh jalan. lepas tu ke masjid untuk sesi khidmat diri dan solat sebelum ke gurney plaza. (haa, kan dah kata.. girls day out. apa lagi? window shopping la kerjanya..ngeh3) masa diberi : 2jam setengah.

"makan!! lapaq seyh.."
"jom, food court!"
ke gerai makanan thai dan melayu.
menu kali ni:
nasi goreng daging merah, nasi putih + tomyam seafood + nasi goreng usa + milo ais + milo panas + soya ais + ......(lupa daa)

alhamdulillah, kenyang sudah..
lalu, menggerakkan kaki ke parkson. shikin mahu mencari selipar. kami menemani dia. ketika sedang menjamu mata tengok-tengok selipar, tiba-tiba mata terpaku melihat satu benda. "eh, lawa la.." tengok harga, boleh tahan. try dan try. ketat sikit. "boleh tolong cari saiz yang lagi besar sikit tak?" try dan try lagi. "ketat sikit la. bila nak jalan, rasa sakit..ish, nak beli ke tak ni?".. hati dan akal mula berperang. akhirnya dua-dua menang, sebab hati memujuk akal. (eh, ada ke begini?) dan sekarang, sepasang kasut itu dah ada kat bawah. sayang la pulak nak guna. :P

5.30pm
"eh, aku nak p mph sat. nak try cari 'Merck'.."
"ok"
cari punya cari, tak jumpa. takde la tu. ish.
tiba-tiba mata terpandang sesuatu : self-enhancement.
mata meliar dari rak atas ke bawah, dan..
"Life is an open secret!"
akal dan hati mula menimbang, nak beli ke tak? lama dah mencari, tapi susah nak jumpa buku ni. dulu pernah cari kat blog sis zabrina, tapi pembayarannya guna us dollar. hurm, tambah kos penghantaran lagi. safiyyah pernah bagitahu, dia cari kat kedai buku kat KL ada. ala, penang-KL jauh jugak tu. ish. akhirnya..



ada satu lagi siri buku ni, tapi nanti la. lain kali lah saya beli.. habiskan yang ni dulu, okeyh?

penat.
mengantuk.
jam 9.15malam, kami sampai ke asrama. dina cakap : meeting postpone ke esok petang sebab ramai yang tak dapat hadir. ok.

balut buku.


flashback memories:
26 julai yang lalu, IPSA menganjurkan family day. buat kat batu feringghi. semua pelajar farmasi ICT diwajibkan pergi. besto! gambar? mari saya upload sikit.. sikit je lah ye.



this one, credit to blog syu

28 julai 2009, kami (4th year student) pergi hospital kulim, menghadiri seminar pembentangan kes klinikal oleh PRP (pre-registered pharmacy). ada la sikit gambaran untuk kerja nanti kot. hari ni juga hari lahir puey fong, rakan sekelas kami. kami menyanyi ramai-ramai dalam van dalam perjalanan ke hospital kulim.. :) :)

upcoming events:
1) 7-9th august, PC fair at PISA
2) 8th august, campus day at ICT