Bismillaahirrahmaanirrahiim..
ada entri lagi? apa maksud nya? saya tarik balik dulu lah status on hiatus tu.. nanti saya tolak balik.. :D
mode : kenyang. baru lepas pekena roti canai. lama dah tak makan roti canai, sekali makan, heaven! :)
alhamdulillah. dah habis presentation untuk projek multimedia. best best, sebab puas hati dengan projek. huu, bila buat projek multimedia ni barulah saya tahu betapa susahnya nak buat kalau kita memang tak ada apa-apa idea tentang macromedia director, in album, swish max, adobe photoshop (ahah, saya lagi suka guna paint je bila nak edit gambar, tapi bila adaphotoshop ni macam best jugak!). dan, baru saya tahu apa itu cast member, score, cari idea macam mana nak reka interface, macam mana nak buat animation guna swish max yang disimpan sebagai 'flash' dan masukkan dalam director. apa perasaan bila link yang dibuat tak menjadi, yang sepatutnya masuk ke halaman kuiz, pergi masuk halaman muzik. nanti nak kena bermain dengan button [next, previous, home, gallery, video, credit, exit, montaj]. juga, macam mana nak suruh cursor tu bertukar ke bentuk 'hand' daripada bentuk 'arrow' bila kita letak tetikus atas button yang boleh di klik masuk ke halaman lain. ada lah dalam seminggu jugak nak edit projek, lepas dah cari semua maklumat yang perlu. tiba-tiba teringat hari tu pergi PRN, ada satu tempat kat PRN tu khas untuk buat educational animation. macam buat kartun cerita macam mana nak atasi keracunan minyak tanah ke cerita tentang bahaya steroid ke. depa akan guna benda-benda macam ni lah nak hasilkan cerita tu, cuma lagi advance la perisian (software, thanks nadiah!) dia.

ni ha, interface menu dia. saya rasa ok la tu untuk beginners macam saya. hehe. tu lah buttonyang saya cakap tadi. ada button montaj, biography, gallery, music, video, quiz, credit, exit. bila pointkan cursor atas button tu, ia akan jadi besar. bila tak pointkan atas button tu, ia jadi kecik balik. bila tekan atas button-button tu, ia akan bawak kita pergi ke halaman tertentu.

ni contoh halaman seterusnya. menarik sebenarnya belajar benda alah ni.. hee~
thanks to my group members too : dina and aisya.
lega dah untuk kerja kursus multimedia. tinggal peperiksaan akhir je lagi. hari tu encik azlan datang bagitahu format exam. mula-mula kami ingatkan semua soalan objektif (sungguh lega bila dengar format objektif, sebab biasanya subjek universiti tak ada minus mark). tapi.... teka, teka! ya! format final exam adalah subjektif. ayyork, habisla! term dia banyak oo. phew! ada dua soalan panjang. satu soalan teori, satu soalan aplikasi. soalan aplikasi macam, dia bagi kes dan tanya apakah tools yang sesuai digunakan untuk kes encik ABC? etc.
-------------------------
susah, kan? susah kalau ikut perasaan. susah, kan? susah kalau semua tindakan diiringi rasa yang tak sepatutnya. susah, kan? susah nak jaga perasaan. susah, kan? susah nak kawal rasa. susah, kan? susah nak didik hati. haish, entahla. apa entah saya taip nih. bak kata syu : blame the hormone. aha, saya suka perkataan ni. *evil grin*
nak on hiatus balik lah. :D

