12.2.10

selamat bercuti


siap pun buat analisis VAS ni. dan, baru je lepas e-mailkan kepada dr. asrul untuk disemak. terima kasih kepada mr.taher dan ahli kumpulan saya.

mulai esok, cuti bermula. dan, wah! cuti ni pun ada di antara kawan-kawan saya yang nak kahwin! tahniah kepada mereka. semoga semuanya bahagia, insyaAllah. ;)

till here. Selamat Bercuti!

------------------------
psst : tak sabar oh nak jumpa budak-budak tu.. ^___^

10.2.10

ikrar


ikrar ahli farmasi

Saya berikrar menyumbangkan kehidupan profesional saya melalui profesion Farmasi demi perkhidmatan kepada insan melebihi sebarang kepentingan.

Saya akan memberi pertimbangan utama kepada kebajikan pesakit serta pembebasan insan daripada penderitaan melalui terapi drug yang optimum dan penjagaan farmaseutikal yang terbaik.

Saya akan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran penjagaan farmaseutikal yang terkini dengan sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat umum serta para profesional kesihatan lain.

Saya akan dengan sedaya upaya melengkapkan diri dengan ilmu sejajar dengan perkembangan semasa serta senantiasa mengekalkan kecekapan profesional.

Saya akan mengekalkan moral dan tingkah laku beretika yang tinggi tahapnya dengan sempurna.

Saya akan mematuhi undang-undang yang mengawal pelaksanaan profesion Farmasi dan akan menyokong penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Saya berikrar secara sukarela dengan penuh kesedaran bahawa saya telah diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan oleh rakyat Malaysia.


oath of a pharmacist

I vow to devote my professional life to the service of all humankind through the profession of Pharmacy above other considerations.

I will consider the welfare of humanity and relief of human suffering through optimal drug therapy and the best pharmaceutical care.

I will keep abreast of developments and the latest pharmaceutical care to assure the best care to the community and other healthcare providers.

I shall strive to perfect and enlarge my knowledge to contribute to the advancement of pharmacy profession.

I will maintain the highest principles of moral, ethical and legal conduct.

May I prosper and live long in favor as I keep and hold to this oath and support the professional law.

I take these vows voluntarily with full realization of the responsibility with which I am entrusted by the people of Malaysia.

--------------------------------------
hiuhuu. selami maksud setiap patah. macam berat ja. "i hope i can do my best!!"

today will be one of the most memorable day i had in life. lepas kuiz ekonomik tadi, ada majlis ikrar. semua pelajar terlibat. kuiz GMP esok ditunda ke 27/2. jadi petang ni ada kelas. hoho~

8.2.10

melaporkan

report mode.
sebab tak tahu nak cerita ape.. nanana~

minggu lepas ada lawatan daripada lembaga farmasi. untuk kali ke-empat. mereka datang tiap-tiap tahun. dan setiap kali lawatan, mesti mereka akan pilih beberapa orang pelajar (kecuali masa saya second year, semua kami terlibat) daripada setiap batch untuk diinterview. lepas tu mereka akan buat penilaian dan bagi laporan. dan biasanya yang datang tu terdiri daripada pengarah MPS, wakil MQA (dulu dipanggil LAN), dan wakil daripada IPTA (ukm, um, uiam, uitm). masa mula-mula dipanggil untuk interview tu cuak la jugak sebab tak pernah kena, kan. tapi bila dah kena sekali, ok la. pengalaman dah ada. dah tahu la apa soalan-soalan yang biasa mereka tanya. dua kali saya kena dan kali ni, saya tak kena.(yay!) tapi bila saya tanya rakan sekelas saya yang kena, apa soalan yang ditanya, mereka cakap kali ni ada la kena tanya pasal planning lepas kerja, lepas grad nanti.. tu je kot soalan yang berbeza daripada sebelum-sebelum ni, tanya pasal perkembangan kos ni di sini.

minggu ni ada 3 kuiz. GMP, hospital dan farmakoekonomik. tadi dah lepas satu kuiz. 2 jam. perghh! mula-mula dengar kuiz buat dua jam, terkejut jugak. susah sangat ke sampai 2 jam kena buat. rupa-rupanya soalan dia banyak. susah dak? tak tahu nak kata. kena tengok keputusan dulu baru boleh cakap..

lagi, kena siapkan analisis VAS. yang ni saya paling 'suka'! aii, tak reti la nak guna test apa untuk cari P value ni. t-test? chi-square? ANOVA? cuak la.. ni la faedahnya bila belajar statistik separuh jalan. huahua. nasib baik exclusion dah ok. nanti kena pergi berguru dengan mr. taher la nampaknya lepas ni. tapi melihatkan keadaan sekarang, macam tak berapa nak ada masa je. (oo eh? di mana ada kemahuan di situ la ada jalan. dah lupa ke cik nuha? Gasp )

lagi, rabu ni ada ikrar. lepas kuiz ekonomik. semua anda sila bawa labcoat ye. dan dan je buat pengumuman dalam blog. hehe.

dan tadi, saya dah pun tahu siapa ahli kumpulan saya untuk klerk akan datang. waa, sekali lagi saya tersisih. keseorangan. sendirian. bersama dengan 8 (ke 9 eh?) pelajar usm yang lain. sebab dia bahagi ikut kumpulan sem lepas. dah la sze yan cakap ahli kumpulan saya kali ni mantap-mantap. waaah! mencabar! boleh survive tak nanti ni? (uish, apa pasal saya rasa ayat akhir ni berbaur pesimis?) aish! Confused


psst : harap2 lecturer saya tak baca blog ni. Wink

4.2.10

ZdT


pernah baca buku ni? cerita pertama Khairyn Othman tapi, saya baca lepas baca karya kedua dia, Dame Zoete Sarah. :D

saya suka buku ni!
suka dengan semangat Nisa tu.
dan macam best je kerja kat tempat macam tu..
ada beberapa orang pensyarah saya kat sini berasal dari Iraq. jadi, bila ternampak mereka, saya jadi teringat pada Nisa dan Baghdad..

dan teringat jugak dulu saya pernah baca satu cerita ni.. pun ada cerita pasal dia buat kerja amal kat Afrika, kalau tak silap. menolong penduduk kat sana dari segi perubatan.

p/s : hari tu saya pergi kedai buku dan ternampak buku ni : rindu andalusia. ada siapa-siapa pernah baca?

--------------------------------------
kenapa eh, dekat-dekat nak habis ni saya rasa macam belajar itu semakin best?

1.2.10

jalan ini

[re-publish]

dulu
aku pernah berdoa
moga aku dapat merasai berada di jalan ini

dulu
aku pernah meminta
moga aku berpeluang berada di jalan ini

dulu
aku pernah memohon
moga aku terpilih untuk berada di laluan ini

lalu Dia perkenankan..

dan kini
aku berada di jalan ini


tapi
aku seolah menyesal
kerana pernah berdoa sebegitu

tapi
aku seolah kecewa
dengan permintaanku yang itu

kerana
jalan ini bukan semudah yang aku sangkakan

aku mula menyoal
aku mula terfikir
betulkah pilihanku selama ini?

tapi
bila akal menguasai
aku tersedar
bahawa selama ini
aku juga tidak pandai bersyukur..

dan sekarang
aku ingin berusaha
menetapkan azam
mengoptimiskan minda
moga terpilihnya jalan ini ada hikmahnya

Ilahi
temukan aku dengan yang tersirat itu..
temukan aku dengan yang tersirat itu..



Balik Pulau, 1.30am
6 oktober '09

--------------------------------------------------------
p/s : buat seorang sahabat, semoga awak kuat ye!