20.10.10

rasa

suatu pagi
seorang dia
berdiri, menghadap jendela rumahnya
menerbarkan pandangan
ke halaman rumah 
mencari sesuatu

kelihatan
daunan belum bersapu
kedengaran
kicauan burung-burung bertasbih
sesekali ada kereta dan motor 
mengisi sepi jalanan

ada satu rasa menyentuh ruang hati

dia mendongakkan pandangannya ke atas
mentafsir lukisan langit nan indah
dihiasi burung yang terbang bebas
sesekali ada objek terbang melintasi

satu perasaan menyelinap ke kalbu
sejuk
nyaman
damai

"maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah kamu dustakan?"


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

by the way, hari tu saya ada buat satu kuiz. dan ini result dia:

Your Blogging Type is Confident and Insightful

  • You've got a ton of brain power, and you leverage it into brilliant blog. (erk, brilliant? *dia salah nilai nih*)
  • Both creative and logical, you come up with amazing ideas and insights.
  • A total perfectionist (i don't think so), you find yourself revising and rewriting posts a lot of the time. (absolutely. rasa macam tak best kalau baca balik ada typing error la, itu lah, ini lah.. *that's why i delete the previous post*)
  • You blog for yourself - and you don't care how popular or unpopular your blog is! (yeap, this is totally true. but sometimes i also do blog for others - macam yang cerita pasal klerkship atau kongsi artikel ke..)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



p/s : sedang membaca Bumi Cinta. tapi terasa seperti mahu ulang baca weil china semula. ada perkaitan, dua novel ini. tapi ada dua buku lagi belum berkhatam, salah satunya : from beirut to jerusalem. (bila nak habis baca ni? kema dah habis.. alamaks!)

18.10.10

hening dan diam

saya fikir, mungkin saya patut delete sahaja entri yang saya publishkan sebelum ini... ok, done. *peace. peace*

14.10.10

prp

9:48am - chia gen sent you a message on facebook.

pi facebook, bukak mesej
guys...can check d..i get slgr!!!

urfgh, tiba-tiba rasa aman lenyap. berganti dengan debaran. jantung mula mengepam darah dengan lebih laju. tenangkan diri sekejap. mula-mula takut juga nak call KKM, takut tak boleh nak terima kenyataan. tapi lama-lama akan tahu jugak, kan? selepas cubaan menembusi talian untuk kali kelima, baru dapat.

Saya Nurunnuha, nak tanya pasal posting PRP
dari mana ye?
kolej teknologi pulau 
Nurunnuha Mohd Nawi, nombor I/C 861101-xx-xxxx ye?
aah
kejap saya check.... terengganu..
terengganu? ok, terima kasih. eh jap. saya kena lapor diri bila ye?
yang tu saya tak pasti sebab encik osman (?) tak ada kat sini. mungkin kena lapor diri 16 oktober. tapi kami bagi masa sebulan daripada tarikh tu untuk lapor diri.. tapi tunggu surat dulu. kami akan poskan dalam minggu ni juga.
oh, ok.. terima kasih ye..
sama-sama

that's it. saya dapat terengganu untuk PRP.. saya pun tak tahu nak rasa apa. memang la masuk dalam pilihan negeri saya (pilihan kedua) tapi entah.. (tiba-tiba je macam tak ada perasaan)..



updated:
chia gen - selangor
dina - pahang
jega - johor
jason - perlis
poay yen - melaka
sze yan - perak
nuha - terengganu
shikin - negeri sembilan
puey fong - kedah


scattered, satu orang ambik satu negeri.. boleh agak la kan? sebab 9 orang je pun..

*PRP = provisionally (aka pre) registered pharmacist

7.10.10

amla


Hari : Isnin 
Tarikh : 041010

Aman : kakak pergi bila?
Kakak : esok
Aman : pukul berapa?
Kakak : 3 petang..
Aman : Aman nak bermain puas-puas dengan kakak.. Nanti lepas ni sunyi la bila kakak tak ada kat rumah..

Hari : Selasa
Tarikh : 051010 
Jam : 4 petang 
kakak aman bertolak..

Aman : Kakcik nak pergi bila?
Kakcik: Esok
Aman : malam?
Kakcik : ye, pukul 10 malam..
Aman : aman nak bermain puas-puas dengan kakcik sebelum kakcik pergi. Kakcik nak air milo ke susu? (sebelum ni dia bagi air milo untuk kakak)
Kakcik : tak kisah..

Hari : Rabu
Tarikh : 051010
Jam : 10 malam

kakcik masuk untuk bertolak..

Rewind, 10 minit sebelum kakcik masuk..
Aman menangis masa bersalaman dengan kakcik, dan dileraikan oleh ummi..
Aman pun pandai menangis jugak ye..

Saya? Jangan lepaskan orang yang mahu berjuang dengan sebuah tangisan. (bajet macho la. padahal..)
Semoga mereka berjiwa besar.
Semoga kalian berkuat!

Rewind, petang rabu..
Aman : Kak kerja bila?
Kak : Tak tahu lagi, aman..
Aman : Kak kerja lambat-lambat sikit deh, tak best tak ada orang kat rumah..

Forward, 30 minit, dalam kereta..
Aman : Kakcik minum semua ke air susu Dutch Lady yang Aman bagi tadi?
Kak : Ye, kakcik minum sampai habis..

Habis cerita Aman.

--------------------------------------

Lepas ni dah tak ada orang untuk cipta resepi pelik-pelik (kurma berkacang tumbuk, puding biskut letak rambutan, agar-agar milo letak biji gajus + kacang tumbuk), dah tak ada orang untuk saya buli (basuh kain, jemur kain, lipat kain, sapu sampah, basuh kereta), dah tak ada orang untuk saya kongsi dengar cerita, gurau over2 (:p), belajar kereta, jogging bersama. Oh, buat semua tu dengan orang lain selain anda berdua adalah tidak best, tahu? Hehe..

Tengok semua orang bersedih, menangis, bila orang yang mereka sayang berjauhan untuk sementara waktu buat saya terfikir.. bagaimana di akhirat nanti ya? Di sini, sekurang-kurangnya ada peluang juga untuk berjumpa jika diizinkanNya.. tapi di sana? Bisakah kita semua berjumpa kembali? Semoga kita semua dapat berkumpul bersama orang yang kita sayang di syurgaNya nanti, dengan rahmatNya sudah tentu. Ameeenn..

Amla chuan__ (ape ntah, saya lupa perkataan di belakang ni - kena tanya huda) yang membawa maksud ” perpisahan yang sementara”, dalam bahasa thailand. Jangan tanya saya macam mana mahu eja, saya tak reti. Saya reti sebut sahaja. Amla chuan.....

lately, i love rain so much!