19.7.11

ACC time

salam to all. =)

a bit update. (takde kerja, asyik nak update kerja ja.. hehe)
i'm now attaching at ACC (ambulatory care centre) for 1 month, starting last week till first week of Ramadhan. last week, i was 'tagging' here. looking around, see how people here worked, how busy it was when Sunday and Wednesday came. The key performance index (KPI) for ACC is waiting time, not to be more than 30 minutes per patient. but, i thought it could not be fit especially on those two busy busy days.. 

this week, i'm looking after dangerous drug (DD). every slip prescribed with DD (e.g. clonazepam, alprazolam, phenobarbitone etc) will be screened by me first before handing to other PPF (pembantu pegawai farmasi) or other pharmacists for filling, labelling and dispensing process.

masuk mode BM.
kerja kat ACC ni best jugak sebenarnya. cuma terkejar-kejar sikit la.
brek kecemasan. sekali lagi. hee~

16.7.11

perbaharui niat

"tak kerja, rasa nak kerja. bila dah kerja, bosan la.. letih la.. tak larat la.." ummi jawab, bila saya meluahkan bahawa saya letih bekerja.. huhu. betul jugak. manusia, memang tak pernah puas kan?

"bekerjalah kerana Allah," tegur seorang pelawat bila mendengar keluhan seorang teman sekerja saya..

"ikhlaskan hati," nasihat seorang pembantu pegawai farmasi sewaktu kesibukan yang teramat di satelit 7 dengan bermacam kerenah pesakit.

"makcik tu cakap, kita kena sabar. orang lain pun tunggu jugak. datang hospital lagi lama dari kita. kalau pesakit yang tak berupaya (berkerusi roda/OKU) datang, mereka akan diberi keutamaan. kesian mereka," luah seorang pesakit warfarin setelah namanya dipanggil untuk INR test dan kaunseling warfarin.

situasi kerja. suasana bekerja. letih. penat. sedih. gembira. geram. marah. bercampur. 
pokok pangkalnya, semuanya bergantung kepada NIAT. niat yang baik, inshaAllah akan baik lah hari yang bakal dilalui. pesan untuk diri : perbaharui niat setiap hari. juga SABAR. kuatkan sabar. 

psst : tegur saya jika saya salah, ye.. :)

15.7.11

^-^

kita hanya mampu merancang tapi Dialah sebaik-baik perancang, Dia melangkaui segala perancangan kita. segala ujian ditimpakan, inshaAllah ada hikmah di sebaliknya. bersangka baik lah. kita kesedihan, Dia ada cara terbaik untuk membahagiakan. diberikan ujian kesakitan, lalu kita sangka hidup ini sangat pedih.. rupanya ada kegembiraan yang tak tersangka menunggu di hadapan.. 

tetaplah dengan prinsip itu. jangan goyah. yuk! :)

7.7.11

cebisan kenangan~~


ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga 
meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya 
namun cebisan kenangan kita 
sentiasa bermain di bayangan mata 
detik waktu yang berlalu 
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama 
saling setia menimba ilmu 
tanpa mengenal erti penat jemu 
ingatkah kau lagi 
kita bersama memijak onak duri 
di tanah gersang mengutip semangat suci 
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketentuan-Nya 
ada rahmat yang tersembunyi 
bertemu berpisah kerana Allah 
lumrah kehidupan insan beriman 
moga saat nan indah 
ku harap berulang lagi

22.6.11

update? :]

Salam..
lama tak menjengah di sini.
apa khabar kalian semua? sihatkah? 

lama tak menaip dan sekarang dah tak reti macam mana nak mulakan balik. 

update 1:
pasal research. 
DIC (drug information center) umumkan research kitorang kena present 4/7 nanti. wee. selamat. tajuk baru dapat dua bulan lepas, data baru kumpul (sekarang dalam 20 orang gitu la), macam tak percaya je nak kena present 4/7 ni. valid ke tak eh research tu? hehe :D

update 2:
pasal HIS (hospital information system). macam mana nak cerita eh? di HSNZ ni, kami baru nak mulakan sistem maklumat hospital berkomputer. alaa, yang semua data-data pesakit simpan dalam komputer. salah satu tujuannya, nak kurangkan penggunaan kertas. juga senang sikit nak akses maklumat pesakit walaupun kita bukan berada depan pesakit. boleh akses di mana-mana sahaja asalkan dalam kawasan hospital dan menggunakan komputer HIS. bagus sistem ni, senang nak klerk kes, tengok progres pesakit. tapi masih ada banyak kekurangan. sebab sistem ni baru. sekarang ni kat sini masih lagi guna sistem bercampur, separuh guna manual, separuh guna komputer. kalau wad yang terlibat dengan UOD (unit of dose - macam 7nefro, acute stroke ward, dan 7cardio), kebanyakan dah sepenuhnya HIS (computerized). farmasi ada masalah sikit la dengan sistem ni, sebab kami baru nak integrate semua sistem-sistem lama farmasi ke dalam sistem HIS. kalau medikal tak banyak masalah sangat kot? sebabnya diorang dah lama guna HIS ni, sejak fasa 1 lagi. sekarang ni dah masuk fasa 2. tambahan pula, sekarang banyak audit. audit dalaman la, ISO la, klinikal la. pening dah kepala bos-bos kami. lalu presentation case + CPG kami asyik kena tunda. ehehe. 

update 3:
pasal forensic exam.
ya! saya baru teringat! kertas forensik saya minggu depan! satu apa pun belum baca lagi. past years, lagi lah. tadi pun teringat sebab ada orang tolong ingatkan. kat sini ada 2 orang je lagi PRP lama yang belum ambik, sebab kesilapan teknikal di JKN. ini kali pertama (sejak jadi PRP) sekaligus merangkap peluang terakhir kami untuk ambil. kalau tak lepas (minta dijauhkan!), nampak gayanya kena ambil bulan 11 nanti la. oh tidak! masa tu dah habis PRP dah pun. rabbuna yusahhil! ameen..

update 4:
pasal kerja. (kerja lagi? oh tak, saya bukanlah seorang yang rajin bekerja. hehe).
takde lah. ketensian bekerja menyebabkan kami bertiga (cik mcnaa aka wirdiana, cik syazana, dan cik saya. ehem!) buat keputusan untuk makan angin di cameron highland. setakat cameron highland aja yang kami mampu, nak pergi new zealand, bila lah agaknya ye? cik sal, boleh kiranya jika saya mintak tolong sponsorkan tiket? hee :D yeah! hilang kejap tensi bekerja.

update 5:
pasal kawan-kawan. oh, ramai betul kawan-kawan yang nak kahwin, dah kahwin, dan akan jadi mak/ayah. syaza pun dah ada tanda-tanda. teman serumah, huda pula kahwin 2/7 nanti. (bestnya cuti 2 minggu! oh, saya cemburu sebab sekarang ni saya 'berjaya' mengumpulkan 110jam untuk diclaim off. yeap, kami boleh claim time off/day off saja kalau bekerja atas talian atau nama lainnya oncall. bukan dibayar. nak kumpul jam untuk claim off tu senang je, tapi bila sampai part nak claim nya ya Allah, susah sungguh. kalau tak claim, lama-lama burn macam tu je. aish betulkan niat, nuha. ikhlaskan hati. yuk!). seorang lagi PRP batch kami, hazwan, dengar-dengar ceritanya bulan 7 ni juga. saya tumpang bahagia untuk mereka-mereka. my turn? biarlah Dia yang menentukannya. :)

update 6:
pasal buku cerita. saya berjaya habiskan Kemilau Mutiara Raudhah. Oh, cerita dia sangat best! Biarla orang akan kata : tak logik pulak cerita ni. ada lagi ke perempuan macam ni dalam dunia ni? saya tak kisah. boleh jadi inspirasi. 

update 7:
pasal nama. rumaisha. i like the name and the person own that name. kagum.

nak brek mengejut ni. till here. see you next time! ;)