21.6.09

buku + kuiz

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

1. 5 tahun 5 bulan - Hlovate
2. Dame Zoete Sarah - Khairyn Othman

Dua-dua dah selamat saya khatamkan. Dan, dua-dua best! Saya suka baca buku Hlovate sebab bahasa dia yang santai (mesti ada la yang saya akan gelak sorang-sorang time baca tu. Tapi, ada sesuatu yang saya boleh ambil jugak la sebagai peringatan. Kadang-kadang buku dia ni boleh jadi booster untuk belajar jugak. *peace*). Buku karya Khairyn Othman, first time saya baca. Best cerita dia. Tentang Sarah -seorang wartawan- yang tersepit, terperangkap menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa dan buruan penegak undang-undang. Antara menyerah diri dan berjuang, dia memilih untuk berjuang membersihkan nama yang tercemar.

Haiyyo, nuha.. Apa yang kamu buat ni? Takde kerja lain dah ke nak buat time cuti ni selain mengadap buku-buku tu? Takdak. Nil. Nehi. Membaca buku-buku ni membuatkan kepala saya menerawang ke tempat-tempat kejadian. ngee. Sekolah dah nak bukak. Duduk kat rumah, tak tau nak buat apa sangat. Buku jadi peneman. Nak jalan-jalan kenderaan pulak takde, abi dan ummi guna. Eh ada kerja lain sebenarnya, nak kena revise nota-nota lama. Tapi, tak terasa nak bukak pun lagi.

Hari ni saya layan kuiz lagi.. v(^_~)
Result--> somewhere in between (is this means 50-50?)

At times you feel you need to be alone and get drained by talking to other people, but at times you crave the company of others and get bored with your own thoughts. You think a lot, and are introspective, but at the same time you feel the need to convey your feelings to others by communicating (yeah, it's true..)

Dan, satu lagi..
Result--> a career in the arts (whoops, i'm not an art student.. but ermm, i like reading novels..)

You are a gifted person with talents to boot! Your artistic nature will blossom in these careers: writer, painter, sculptor, decorator, graphic artist, novelist, bookstore owner, landscaper, cartoonist, illustrator, playwright, director, producer, makeup artist or florist.

------------------------------------
Rabu ni my adik balik..insyaAllah..

14.6.09

sabtu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah, sudah sampai rumah pagi semalam. Pagi sabtu, ada bekas anak murid ummi datang rumah. Saja melawat. Saya kagum dengan mereka. Selalu datang menziarahi rumah guru-guru. Sudah menjadi rutin tahunan mereka. Biasanya, mereka akan datang di hari raya. Hanya akan datang, selepas meminta izin. Ummi gembira mereka datang. Ye la, siapa tak gembira, anak-anak murid masih tak lupakan cikgu mereka. Hehe.. :) Tapi kali ni entah mengapa datangnya di waktu cuti sekolah. Yang datang tadi, enam orang. Mereka datang dengan motosikal. Ada yang tinggal di Tumpat, ada yang tinggal di Kok Majid. Kebetulan yang datang tadi, sama baya dengan saya dan saya pernah kenal mereka ketika sama-sama belajar kelas tambahan bahasa arab tinggi di sekolah ummi dulu (ummi yang ajak, buat peneman), jadi takla berasa kekok sangat nak berbual dengan mereka.

Lepas asar, ummi ajak pergi HUSM. Melawat anak jiran yang koma, katanya. Sabtu lepas, dia terlibat dalam kemalangan. Si kawan yang membonceng meninggal dunia, dia dimasukkan ke ICU. Seminggu tidak sedarkan diri. Petang tadi kami pergi menziarah, dia masih tak buka mata. Kaki dah boleh bergerak-gerak. Nafas, kadang-kadang tak teratur. Intai-intai ke katil pesakit lain. Ada yang lagi teruk. Sebulan koma, tak sedarkan diri (kemalangan juga). Tengkorak kepala yang sebelah kanan masuk ke dalam. Bahagian kepala yang tu jadi tertarik ke dalam. Macam ada lekuk yang agak dalam di situ. Hai, ngeri! Ummi sempat berpesan:

Jangan bawak kereta (atau motor) laju-laju. Paling laju pun atas lebuh raya, 100km/j dah.

-----------------------------------
psst : Selatan Thailand kembali bergolak. Lepas ni, entah berani ke tidak mahu pulang ke sana. [-_-"]

psst lagi : Esok sesi persekolahan akan bermula. Akan bersendirian semula.

9.6.09

INFJ or ENFJ?

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Baru lepas buat benda nih.. Saja-saja sebenarnye.

You Are An INFJ


The Protector

You live your life with integrity, originality, vision, and creativity.
Independent and stubborn, you rarely stray from your vision - no matter what it is.
You are an excellent listener with almost infinite patience.
You have complex feelings, and you take great care to express them.

In love, you see relationships as an opportunity to connect and grow.
You enjoy relationships when they are improving and changing. You can't stand stagnation.

At work, you stay motivated and happy... as long as you are working toward a dream you support.
You would make a great photographer, alternative medicine guru, or teacher.

How you see yourself: Hardworking, ethical, and helpful.

When other people don't get you, they see you as: Manipulative, weak, and unstable


Pulak? Hari tu, dapat result : You Are An ENFJ, The Giver. Haa, nak percaya yang mana satu nih? Atau pun saya yang sudah berubah? erk.. (don't trust the machine, eh? :))

Tadi, saya buka blog kakchik, terbaca entri pasal novel ketika cinta bertasbih sudah ada movie? Dan, saya pun macam kakchik juga, like it's actress, Oki Setiana Dewa. I like the way she wear, maybe. hehe :D

Oki, yang pakai tudung merah jambu terang tu..

Lepas habis paper tadi, saya pergi beli tiket dengan cik Dina, naik motor la. Tiada kenderaan lain dah. Mula-mula, melawat Akma di usm dulu, lepas tu singgah di terminal bas sungai nibong. Kat sana, jumpa Alyaa, Fiza dan (erk, sape dah nama dia? alamak, lupa daa. sori). Fiza cakap, mereka baru balik dari Bukit Jambul a.k.a. BJ. Oh, bila cakap BJ, mesti saya akan teringat dua perkara; POPULAR dan bowling.. ahaha, nasib baik tadi tak jadi masuk popular. Kalau tak, mesti sampai hostel lewat. Tapi, niat di hati nak cari 'Follow your heart' masih tak padam. Nanti la, akan dicari di kemudian hari.

p/s: daftar subjek maksimum untuk SPM bermula tahun depan, masih lagi 10 eh?

8.6.09

Muhammad al-fateh

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

dah dapat upload.. semalam, tak perasan salah eja bluetooth. haha. patutla rasa macam pelik semacam je bila baca balik.. panggil gigi biru lagi senang, kan? (kenapa nama benda alah tu, bluetooth ek?)

Nama saya muhammad al-fateh. saya anak sulong ummi dan abi.

hebat nama dia. kagum saya dengar. hehe :D semalam try buat entri yang ada encryption key, menjadi. hoho. blogspot pun boleh buat jugak entri macam tu ye.. siapa boleh bukak? senang je tu.. testing, testing.. dah dah la nuha, sambung bukak nota! daa~

7.6.09

teringat

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi, dapat MMS daripada mizah. dia hantar gambar muhammad al-fateh. oh, sungguh comel la dia. jadi rindu pula. sekarang, gambar budak tu dah jadi wallpaper hp saya. nak upload kat sini tak boleh, laptop takleh nak detect blootooth hp saya. sungguh, saya rindu pada sahabat saya yang seorang ni. betullah. hati yang bertaut keranaNya itu lain sekali rasanya.

teringat jugak kepada fadzilah, emak nur 'auni sufiyyah. lahir di bumi anbiya' budak ni sorang. :D

curik gambar auni dari friendster dilah.. :P

salwani pun dengarnya dah berbadan dua. waa, nak tambah sorang lagi anak sedara nampaknya ni.. seronok lah, tengok kawan-kawan bahagia. ;)


sudah tak tahu nak tulis apa. jadual kali ni:
09-06-09 : vet.
12-06-09 : CNS.
doakan saya.

lepas tu, mahu ke melaka. tapi, tiket tak beli lagi. kita tunggu je lah, jadi ke tak plan tu..