30.10.09

perkhabaran

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

betul betul betul. salah. tanda ada mesej baru daripada hensetku.

kak, kenal dop ustaz abdul razab (ayah ummus)?

merasakan ada yang tidak kena. lepas maghrib, telefon rumah tapi abi tiada. ummi angkat. berbual-bual sat dengan ummi.

hajat di hati nak call abi lepas isya'. tapi, abi yang telefon dulu.

ustaz dah meninggal. pagi tadi, lepas subuh.

zapp! inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'uun.
bila masanya telah tiba.. tidak kan tertangguh walau untuk sedetik.

--------------------------
teringat. sem lepas, perkhabaran tentang wea. juga masa exam. huhu~

29.10.09

special

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


jangan dibandingkan kita dengan mereka, kerana kita istimewa.. ;)

ditujukan kepada my batch, my juniors. juga untuk sesiapa yang terasa down sebab perbandingan tu, bolehlah ambil. *peace peace*.. jangan cuba buat spekulasi ye.. mari berpositif! kadang-kadang kita tak sedar apa istimewanya kita. tapi, bukan orang sekeliling. mungkin sekarang tak nampak lagi, tapi di masa depan siapa tahu? macam duckling kat farmville tu (untuk sape-sape yang main FV mesti tahu ni.. hoho, tiba-tiba jadi rindu nak main FV ni, tapi malas nak bukak sebab dia lambat sangat loading. fathien mesti leading lagi sekarang ni, kan? :D).. gambar atas tu sama dengan duckling tu, kan?

ok, khulaasotul qaul : jom dengar lagu tashiru - optimis sajalah! dan dan je. hehe..

dah. daaaaa~

26.10.09

multimedia

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ada entri lagi? apa maksud nya? saya tarik balik dulu lah status on hiatus tu.. nanti saya tolak balik.. :D


mode : kenyang. baru lepas pekena roti canai. lama dah tak makan roti canai, sekali makan, heaven! :)


alhamdulillah. dah habis presentation untuk projek multimedia. best best, sebab puas hati dengan projek. huu, bila buat projek multimedia ni barulah saya tahu betapa susahnya nak buat kalau kita memang tak ada apa-apa idea tentang macromedia director, in album, swish max, adobe photoshop (ahah, saya lagi suka guna paint je bila nak edit gambar, tapi bila adaphotoshop ni macam best jugak!). dan, baru saya tahu apa itu cast member, score, cari idea macam mana nak reka interface, macam mana nak buat animation guna swish max yang disimpan sebagai 'flash' dan masukkan dalam director. apa perasaan bila link yang dibuat tak menjadi, yang sepatutnya masuk ke halaman kuiz, pergi masuk halaman muzik. nanti nak kena bermain dengan button [next, previous, home, gallery, video, credit, exit, montaj]. juga, macam mana nak suruh cursor tu bertukar ke bentuk 'hand' daripada bentuk 'arrow' bila kita letak tetikus atas button yang boleh di klik masuk ke halaman lain. ada lah dalam seminggu jugak nak edit projek, lepas dah cari semua maklumat yang perlu. tiba-tiba teringat hari tu pergi PRN, ada satu tempat kat PRN tu khas untuk buat educational animation. macam buat kartun cerita macam mana nak atasi keracunan minyak tanah ke cerita tentang bahaya steroid ke. depa akan guna benda-benda macam ni lah nak hasilkan cerita tu, cuma lagi advance la perisian (software, thanks nadiah!) dia.

ni ha, interface menu dia. saya rasa ok la tu untuk beginners macam saya. hehe. tu lah buttonyang saya cakap tadi. ada button montaj, biography, gallery, music, video, quiz, credit, exit. bila pointkan cursor atas button tu, ia akan jadi besar. bila tak pointkan atas button tu, ia jadi kecik balik. bila tekan atas button-button tu, ia akan bawak kita pergi ke halaman tertentu.

ni contoh halaman seterusnya. menarik sebenarnya belajar benda alah ni.. hee~

thanks to my group members too : dina and aisya.

lega dah untuk kerja kursus multimedia. tinggal peperiksaan akhir je lagi. hari tu encik azlan datang bagitahu format exam. mula-mula kami ingatkan semua soalan objektif (sungguh lega bila dengar format objektif, sebab biasanya subjek universiti tak ada minus mark). tapi.... teka, teka! ya! format final exam adalah subjektif. ayyork, habisla! term dia banyak oo. phew! ada dua soalan panjang. satu soalan teori, satu soalan aplikasi. soalan aplikasi macam, dia bagi kes dan tanya apakah tools yang sesuai digunakan untuk kes encik ABC? etc.


-------------------------
susah, kan? susah kalau ikut perasaan. susah, kan? susah kalau semua tindakan diiringi rasa yang tak sepatutnya. susah, kan? susah nak jaga perasaan. susah, kan? susah nak kawal rasa. susah, kan? susah nak didik hati. haish, entahla. apa entah saya taip nih. bak kata syu : blame the hormone. aha, saya suka perkataan ni. *evil grin*

nak on hiatus balik lah. :D

25.10.09

hiatus

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


saya takut.
juga kecut perut.
also nervous.
feels like ants crawling in my stomach.

-----------------

thinking of hiatus.
but i'm not sure, how long i can stay in this status.

-----------------

chok dee!
(_)3 --> nah, a neslo for u! ;)

18.10.09

bersama-sama


Hijjaz : berusaha berjaya


Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

---------------------------------
p/s : saya rasa saya perlu buat sesuatu.