7.1.09

esaimen alam maya

Bismillahirrahmaanirrahim..

Ini tag 2 dalam 1. for the second time, i've been tagged by nadiah through this 'house'. puas duk perah otak berfikir ape la yang saya tahu tentang diri saya. (cam pelik je ayat, kan?) Finally, i go on with these lists. Ok, here we go.

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

1. pernah menyukai banyak warna. Daripada warna pink sehinggalah ke warna oren. Rujuk sini.

2. suka dengar lagu2 yang sedih, terutamanya lagu yang berkisahkan ibu, ayah. Dan kadang2 mudah aja mengalir airmata di kala itu.

3. tidak suka menangis depan orang. Kalau boleh mahu cari tempat yang orang xleh nampak kalau nangis. Suka nangis di waktu tengah2 malam, time orang lain sudah di alam lain. =) 

4. sejak akhir2 ni, agak suka membeli buku. Pantang dengar orang cakap buku itu best, neuron pada otak kiri seolah2 tidak bertindak balas homostasis. Bila dah jadi macam tu, senang aje tangan main grab buku dan ke kaunter. Oh, kena kurangkan pergi kedai buku nampaknya. 

5. Suka jadi stalker (yang baik) di blog-blog orang. Masuk dan tak tinggalkan jejak. Kadang2 tu, tinggalkan jejak jugak la. Buat yang x tingalkan jejak tu, mintak maaf ye. Segan lah. Huhu. 

6. ingin berusaha menjadi sekuat yang boleh. Susah tau nak jadi orang kuat. Huhu. oh, jangan begitu. Pernah terbaca dalam novel (syabab musafir kasih kot) yang part kawan syabab cakap: jangan mengalah sebelum mencuba.  

7. suka menyimpan rahsia. Jarang dikongsi bersama orang lain kalau benda tu saya rasa xmahu dikongsi. hehe.

8. pernah ada satu pandangan tersendiri tentang orang KL. xtau bila wujudnya pandangan itu. tapi sekarang pandangan itu sudah berubah sedikit. Erk, banyak kot. Hoho~ (!_!)

9. suka dengar orang cakap BI yang fasih. cemburu tau. terfikir, bila la saya nak terer cakap english nih. asyik duk manglish je. Oh, kemahiran berbahasa saya mulai menurun. Adeih (-_-")

10. kawan paling rapat adalah adik beradik perempuan saya. banyak cerita dikongsi bersama. tapi sekarang mereka sudah pergi jauh, kongsi cerita dengan ummi pulak. hehe . bak kata nadiah; Family comes first. No reason. Rasa banyak berhutang jasa pada Umi, Abi dan adik-adik.

11. sangat kagum pada orang yang hafal 30 juzuk al-Quran. Wajah mereka berseri2 dan bercahaya. 

12. pandangan orang akan berbeza setelah lama mengenali saya. Betoi ka? 

13. bila rasa resah gelisah, suka tengok langit yang luas. tenang. mendamaikan. kadang2 suka gak p pantai, tp kt sini cam susah sikit nk ke pantai. ;)

14. dulu pernah berangan angan nak belajar kat oversea. Ingat lagi masa dulu2, bila orang tanya, nak belajar kat mana nanti besar? Mesir! Spontan aje menjawab. Dan, sekarang masih punya keinginan (baca: kemahuan, bukan keperluan) yang sama. Tapi tempat yang lain la pulak. Itu rahsia. (T_T)

15. bercita-cita mahu pergi buat umrah bersama keluarga. insyaAllah. Juga mahu menjenguk mereka dan dia (xlama lagi jadi mereka lah) sekali. :) 

16. bercita-cita mahu melawat tempat2 menarik di malaysia, tapi bila fikirkan ummi duk sorang2 kat rumah, mudah aje nak cancel kan balik plan tuh. *banyak kali dah terjadi* hoho~

Nak hasut sape ye?
1. The Yanasensei's - kali kedua. Sebab dia rajin menjawab tag. Hehe ;)
2. winky wink** – mari jawab ya.
3. moo moo me – jom buat esaimen ^^
4. Oh la la..... – yes, dapat balas dendam. haha :D
5. EiNS Lobby – xpe, buat lepas sy jawab tag yang tu. Haih~
6. Sesiapa yang baca ni dan rasa ia menarik. 

Kelonggaran syarat, kalau rajin lah. Royat deh kalau buat, nanti saya tolong baca jugak :) *oh, ayat nadiah ni. Mintak izin copy teh ya. Hehe*

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ini dapat hadiah. Terima kasih, nadiah.. =)


Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award.

Soalan lebih kurang sama dengan yang kat atas tu. So, kira masuk sekali lah ye. hehe. 

This award is going to:
1. siapa2 yang menjawab tag ini. (^_^)

Ok, akhirnya siap sudah esaimen ini. jam sekarang , 11:17pm. Fuuh *_* 
mahu menyambung misi. oraits, daaa~

********************************

p/s: ada satu tag lagi. yang tu KIV dulu. hehe :)

8 comments:

Jauze said...

alahaiii.. kena wat asemen plak..keke

nurunnuha said...

Jauze:
esaimen ni boleh buat bila2 masa.
xde due date. kalau rasa rajin, buatla. hehe

izzahsakinah:
xde la banyak sangat beli buku. setakat ni ok lagi. baca semua tapi ada yang separuh jalan. oho \(^_^)/

gombak ek? hurmm, dekat2 area KL la tuh. =)
tapi gombak terlepas daripada pandangan tu. oyeah! ^_~

nurulsyuhaida :) said...

hakhak..siapa kah dia tu kak nuha?hehehe..
ok..nnt saya jawab naaaaaaaaa!

nurunnuha said...

aish~
dlm byk2 perkataan, perkataan tu yang kena attack. adeih..erm, siapa ya? seorang yang spesel. hehe :p -> my friend. (",)

ok, beres. nnti kalau dh siap, kasitau ya!

Mumunyny said...

ahem friend ka? keke.

nurunnuha said...

aaa..
mereka berkomplot. (-_-")

iyya.
friend itu kawan.
hehe ^_~

nurulsyuhaida :) said...

haha jgn lupa,kami berdua partner in crime!haha ;-P

nurunnuha said...

iyye? ish ish ish ~
*geleng2 kepala sambil tersenyum* :)