8.2.09

herbal garden's visit

Bismillaahirahmaanirrahiim..

semalam ada visit ke herbal garden kat perlis..lawatan ini adalah adalah untuk memenuhi tuntutan subjek pharmacognosy. bertolak dari sini, naik van dalam pukul 8.10pagi..sampai sana dalam pukul 11.15pagi..kami pergi sana ikut bas usm, sebab xtahu jalan ke tempat tu..usm pergi awal dari kami, tapi depa berhenti rehat kat R n R gurun..kami jumpa mereka kat situ..dari situ lah, kami mula ikut belakang bas tu..hehe.. :)

sesampai je kat herbal garden tu, kami diberi masa untuk berehat sebentar, melepaskan penat.. (penatkah? hehe :)) then, kami semua (campur ngan student usm) dibahagikan kepada 2 group..satu group ikut dr.abbas, dr.norhayati, dan encik hashim (pegawai di situ)..satu group lagi ikut prof zaini dan puan madiah..group 1 terdiri daripada semua pelajar ICT + 11 orang usm..group 2, semua student usm..saya berada dalam group 1 la..kami kena tahu tentang 40 pokok herba secara umum, dan perlu tahu satu pokok herba angkat secara terperinci..pokok angkat yang saya dapat ialah pokok tetulang yang juga dikenali dengan nama dahan seribu, patah tulang, tulang-tulang. sape kenal pokok ni? kalau x, ni gambar dia..




nama saintifiknya pulak ialah Euphorbia tirucali L. ia digunakan secara tradisional ntuk memulihkan tulang yang patah. nak tahu caranya? ambik batang pokok tu, cincang..kemudian campur sekali dengan halia..then, bungkus/barut di tempat yang patah..cara ni dinamakan : tuam atau demah..ni je maklumat yang saya dapat daripada encik hashim..yang lain2 saya perlu cari sendiri untuk diletak dalam report..hiuhuu~ :)

sesi kedua (lepas makan tengah hari-nasi ayam), kami tukar tempat dengan kumpulan pertama tadi..kali ni kami ikut puan madiah pulak..sesi kedua ni agak enjoy sikit sebab kami diberi peluang melawat sendiri taman itu dan perlu mencari 20 pokok lagi untuk dimasukkan dalam report. haa..time ni lah kami sempat bergambar tapi gambar2 tu xleh nak diupload lagi sebab duk ngan fong, jason dan aisya..kamera depa ni pixel besar, so kami pinjamlah sat..hehe :)

dalam pukul 4ptg, kami siap berekspedisi (chewah!)..bertolak pulang..mula2, hantar chia gen dulu sebab rumah dia dekat2 area tu dah..nombor 1, taman pertama, kangar..lepas tu, baru pulang..time ni terjadi perkara yang xleh kami nak lupa..nak tahu ape dia? cuba teka..

kami salah jalan!..kami ikut lebuhraya naik ke changlun-bukit kayu hitam..adeih~ jadilah perjalanan balik kami makin lama..tapi xpe, boleh kenal changlun free..juga jalan ke uum..hehe..kami singgah berehat di gurun..solat, dan makan..time ni, jumpa ngan student usm lagi..nampaknya, lama jugak kami sesat nih..time kat tol sebelum naik penang bridge, ingatkan jam teruk sebab keesokan hari (a.k.a. hari ni) ialah thaipusam..tapi, alhamdulillah..xde la jam sangat pun..kami sampai hostel dalam pukul 8.30malam..letih sangat..walaupun letih, tapi best..dan, saya suka bila saya penat.. ngehehe :D

*************************

p/s: nanti saya dah dapat gambar daripada kawan2 saya, saya sambung balik cerita nih di lain entri ye..hehe :D

4 comments:

Jauze said...

wah.. cam best jaa..

nurunnuha said...

sebab?

nurulsyuhaida :) said...

sbb ley p jalan2..hehe kak nuha,nnt kita farm lak..melawat kambing-kambing yg comey.haha

nurunnuha said...

jalan2 itu best, tapi agak penat la syu.. ;)

haa..betul betul betul.. *gaya upin ipin*
nanti kita ambik gambar ngan kambing-kambing yang comey itu pulak ye! \(^_^)/