Bismillaahirrahmaanirrahiim..
esok sudah hari jumaat.. cepat betul masa berlalu.. rasa macam baru semalam hari isnin.. rasa macam baru semalam start minggu baru.. tapi, realitinya.. esok sudah hari jumaat.. hari yang saya tunggu-tunggu untuk beberapa hari ni.. ada apa dengan jumaat ni? ahaa.. saya mahu pergi 'dating' dengan seseorang di sana.. siapakah dia? cuba teka.. (kalau jawapan betul, tiada hadiah menanti ye :))..
planning awalnya nak berjumpa selepas kelas dr.nizam esok.. tapi semalam, dina bagitahu petang esok ada kelas. mr. naidu nak ajar veterinary pharmacy.. 3-5pm.. adeih~ bagaimana dengan plan tu? bila saya bagitahu dia saya mahu skip kelas, (nak tahu apa respon dia..hehe), dia cakap : jangan.. mana la tahu ada keberkatan di situ.. haa, saya sudah agak dah.. dia takkan bagi saya skip kelas punye.. oh, terima kasih akak! (eh, saya ter'bagi' hint la pulak).. lagipun, saya kurang gemar untuk skip kelas.. mengapa? (ini pandangan peribadi saya ye).. pertama, saya kesian kat lecturer yang datang mengajar dengan penuh semangat, tup tup hilang sedikit semangatnya melihat kehadiran pelajar yang kurang memuaskan.. (sebab kelas kami ada 11orang je, kalau seorang skip.. lecturer akan tahu dan rasa kekurangan ahli).. walaupun kolej ni kolej swasta, adab menuntut ilmu masih perlu dijaga.. kedua, saya ni jenis yang tak berapa nak ok sangat kalau study sorang-sorang.. at least, saya kena dengar penerangan daripada lecturer jugak walaupun sekali..sebab saya rasa saya akan mudah faham dan ingat, begitu.. mungkin itulah keberkatan.. hehe :) ketiga, (erm..perlukah saya senaraikan lagi?)
pada sebelah malam nya pula, kami planning mahu pergi tengok cerita upin dan ipin (eh, macam xmatured la pulak.. biarkan.. sebab saya rasa seronok bila tengok cerita tuh..hehe).. kami dah mintak tolong aisya booking tiket.. yang ni, sape nak join sekali? inform kami awal-awal..boleh kita conquer tempat tu.. hehe..
[updated : plan tengok cerita upin ipin pun terpaksa dibatalkan.. adeih~ moga kelas petang esok betul-betul bermakna..ameen..]
1 comment:
thanks to last-minute-plan.. hehe :)
ha'ah, mereka sungguh comel.. :p
Post a Comment