Bismillaahirrahmaanirrahiim..
hari ini. apa yang terjadi hari ni ya? hurmm..pagi tadi kelas start pukul 9.30. kalut sungguh. sepatutnya kelas GI part physio tapi lecturer tu clash dengan kelas budak second year pulak dah.. tapi saya sempat serahkan draft assignment saya untuk subjek drug abuse dah.. tinggal komen daripada lecturer. lepas tu, sudah boleh mula merangka poster.. so, lecturer lain ambil alih kelas.. kami belajar part pharmaco tadi.. best, best.. saya suka belajar bila saya rasa bersemangat. terima kasih kepada mereka yang meniupkan semangat itu kepada saya! ;) lepas kelas, biasanya kami akan ambil soft copy lecture hari tu..tadi, time saya sedang meng'copy' (adik beradik teh la ni), ada satu perkara yang menjentik hati saya. hai lah hati..sungguh susah menjaga hati ini.. dan, sampai sekarang masih terasa lagi saki bakinya. tapi takpe, saya mahu jadi seorang ignorant (bak kata nadiah, tapi bukan dalam konteks yang sama dengan awak kot ni)..apa pun, ignorant jugak :). kalau saya ambil kisah hal itu, susah saya nanti. biarlah ia menjadi suatu misteri (chewah)..sejak dua menjak ni, ada ada je misteri yang saya dapat. ish~ masih jauh rupanya hati saya denganNya..
sebelah petangnya, saya berhajat menukar minyak hitam untuk motor. bila sampai kat kedai tu, ramai orang pulak dah. postpone la dulu. pergi cari makanan sat, lepas tu terdetik untuk melawat kampung2 di sekitar balik pulau ni..sudah hampir 3 tahun saya di sini, tapi masih tak kenal sangat kampung yang ada di kawasan ni.. oh, nerd kah saya ni? adeih~ mula-mula saya masuk lorong belakang restoran Azlan..dan, terjumpa satu jalan baru..ha tengok, teruk tak saya ni? nanti bila ada orang datang balik pulau, saya tak tahu nak bawa mereka ke mana, kalau saya sendiri tak explore tempat ni..hehe..jalan baru tu sebenarnya jalan pondok upih yang mana merupakan laluan nak ke MRSMBP (MRSM Balik Pulau)..MRSMBP ni pun, saya baru kenal je tempatnya. sebelum ni pernah dengar kewujudan sekolah ni, cuma belum sampai ke situ. dan, hari ni saya melakarkan sejarah dalam hidup saya dengan mengenali tempat letaknya MRSMBP..hehe :)
saya tak puas hati lagi jumpa jalan baru..mahu explore lebih banyak tempat..so, saya ambil keputusan masuk lorong tepi masjid yang dekat balai polis barat daya..saja saja je saya masuk situ..manalah tahu, kot kot ada jalan shortcut ke..senang sikit saya nak mengelak lepas ni..haha..dalam asyik bawa motor ikut jalan kat situ yang agak sempit, saya terpana dengan sesuatu..wah, subhanallah!! indahnya ciptaanMu! nak tahu saya jumpa apa? teka, teka..
ahaa..saya jumpa sawah padi yang hijau mata memandang! cantik! cantik sungguh! terasa damai mengalir di relung kalbu saya yang tadinya agak tak keruan.. terapi hati.. sungguh.. ia betul betul menjadi terapi buat saya di saat itu.. tika itu, saya terasa sungguh dengan keindahan alam. tak terucap dek kata, tak terungkap dek perkataan bagaimana bahasa dan rentak hati saya bilamana melihat pemandangan itu..terima kasih sungguh Ya Ilahi..benarlah semua kebenaran itu.. :) :) :)

cantik, kan? subhanallah..
****************************
๑ - kelas TITAS petang tadi best..sebab apa? sebab cik hezrin sudah tahu nama saya..hehe :) best kah kalau dia tahu nama? habisla..harap-harap lepas ni dia tak ambil saya jadi contoh lagi untuk penerangannya..hihi :p
๒ - saya rasa saya nak ada wishlist juga la.. mahu kamera digital sendiri, satu.. boleh tak? nanti boleh la saya ambil gambar banyak-banyak. because a photo is worth a thousand words (pinjam wording fotopages sat).. \(^_^)/
๓ - esok, lusa, tulat..lepas tu apa pulak ya?
2 comments:
salam dik Nuha..
sungguh terlupa kamu ambik Pharmacy....
ohoho..apelah akak nih kan
selamat maju jaya...lagu yg menyentuh naluri
w'salam kak sri..
ohoho..xmengapa..
xkisah sangat la kak..hehe =)
terima kasih..
best kan lagu tu? ;)
Post a Comment