Bismillaahirrahmaanirrahiim..
tadi, kami ada lab dosage form design II.. dan, lab tadi menghendaki kami untuk membuat tablet.. ahaa.. besto! first time dapat tengok sendiri, macam mana tablet itu dihasilkan.. juga first time, saya mencuba mesin itu untuk mendapatkan tablet2 (berat la nak 'pulas' tombol dia tu..haish~).. proses pembuatan tablet bermula dengan mencampurkan semua bahan-bahan yang diperlukan termasuklah ubat (sebagai bahan aktif), pelincir (untuk mengelakkan perlekatan antara tablet dengan 'puncher'), pelekat *ups, betul ke terjemahan ni? -dalam bahasa inggerisnya : binder-* (nak bagi partikel2 melekat antara satu sama lain..kalau tidak, tablet tu takkan menjadi).. bahan2nya terdiri daripada serbuk dan juga kanji yang telah dimasak (yang bentuk macam jeli tu..) lepas dah campur semua bahan-bahan yang diperlukan tu dalam 'mixer', dia akan jadi macam doh kecik-kecik.. :) lepas tu, kami kena 'sieve'kan doh tadi masuk dalam satu mesin pulak jadi granul.. mula-mula guna penapis bernombor 10 (yang ni lubang dia besar besar).. lepas tu, kena keringkan guna fluid bed dryer.. tapi, disebabkan kami tiada alat ni, so kami guna cara tradisional je la.. hehe.. cuba teka, apa caranya? jeng jeng jeng.. kami guna oven! hehe :) tapi, kalau guna oven ni, lambat sikit la.. esok baru siap.. alat tu pulak, hanya memakan masa 15 minit je untuk siap.. haih lo..
then, kami kena tapis balik guna penapis bernombor 20.. yang ni lubang dia kecik-kecik sikit la berbanding yang tadi tu.. selepas ditapis, kami boleh try buat satu tablet menggunakan 'tablet compressor'.. buat satu je dulu, sebab kami nak kena try and error untuk tetapkan berat satu satu tablet. buat satu, timbang.. buat satu, timbang.. sampailah kita dapat berat yang kita nak.. lepas tu, kena adjust ketebalan tablet tu pulak. yang ni pun, try and error jugak.. buat satu, lepas tu uji 'hardness' tablet ut.. sebab apa kena uji? sebab.. kalau tablet tu terlalu 'rapuh', dia akan mudah 'disintegrate' atau hancur sebelum sempat ubat tu sampai ke tempat yang ditarget dalam badan.. tapi, kalau terlalu keras pulak, tablet tu tak boleh nak hancur bila dah sampai ke tempat yang ditarget.. kemudian, darah pun tak boleh nak serap ubat tu masuk dan memberikan kesan yang sepatutnya.. so, tak ada guna nya la kalau kita telan tablet yang terlalu keras..
lepas dah dapat berat yang kita mahu dan kekerasan yang sesuai, barulah kita boleh nak 'on' kan mesin tu, biar dia buat tablet tu secara automatik.. dan, saya pun teruja bila tengok tablet tu banyak yang dah siap.. lepas dah ok, kita kena balut atau 'coat' pulak tablet tu.. proses ni biasanya bertujuan untuk tak nak bagi tablet tu hancur bila dah masuk ke dalam perut (stomach) -sebab perut kita berasid- dan hanya akan hancur bila dah sampai ke usus kecil (small intestine) -usus kita sedikit beralkali-.. *kebanyakan ubat hanya akan hancur di sini*.. banyak jugak rupanya perkara yang perlu difikirkan untuk membuat satu satu tablet nih.. hehe :) bila difikir-fikirkan balik, belajar dosage form ni rasa macam belajar memasak pun ada.. yang nak buat tablet ni, guna 'mixer' yang hampir sebijik dengan mesin buat kek.. hoho~ jom, buat kek!
oh, esok ada kuiz CNS sebenarnye.. tapi saya masih di depan laptop. bukan untuk study, tapi untuk post entri ini.. ok. dah, dah. stadi! all da best for all of us! hehe..
psst --> saya malas nak edit entri ni sekarang.. kalau ada kesalahan ejaan, maaf ye.. dan, nak letak gambar tablet senanye. tapi tunggu gambar tu loading, lama sangat.. xjadi dah la.. huhu~
4 comments:
waaaa~ best!!! hehe...
nak tgk gmba~~~~ :D
hmm.. besstt!! *nak suruh ilham jeles nih..ahaha*
gamba? gamba ape? hehe :D
wat tablet ni mcm wat kek..
haa..kan, betul kan? :D
mari, buat kek! \(^_^)/
Post a Comment