14.6.09

sabtu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah, sudah sampai rumah pagi semalam. Pagi sabtu, ada bekas anak murid ummi datang rumah. Saja melawat. Saya kagum dengan mereka. Selalu datang menziarahi rumah guru-guru. Sudah menjadi rutin tahunan mereka. Biasanya, mereka akan datang di hari raya. Hanya akan datang, selepas meminta izin. Ummi gembira mereka datang. Ye la, siapa tak gembira, anak-anak murid masih tak lupakan cikgu mereka. Hehe.. :) Tapi kali ni entah mengapa datangnya di waktu cuti sekolah. Yang datang tadi, enam orang. Mereka datang dengan motosikal. Ada yang tinggal di Tumpat, ada yang tinggal di Kok Majid. Kebetulan yang datang tadi, sama baya dengan saya dan saya pernah kenal mereka ketika sama-sama belajar kelas tambahan bahasa arab tinggi di sekolah ummi dulu (ummi yang ajak, buat peneman), jadi takla berasa kekok sangat nak berbual dengan mereka.

Lepas asar, ummi ajak pergi HUSM. Melawat anak jiran yang koma, katanya. Sabtu lepas, dia terlibat dalam kemalangan. Si kawan yang membonceng meninggal dunia, dia dimasukkan ke ICU. Seminggu tidak sedarkan diri. Petang tadi kami pergi menziarah, dia masih tak buka mata. Kaki dah boleh bergerak-gerak. Nafas, kadang-kadang tak teratur. Intai-intai ke katil pesakit lain. Ada yang lagi teruk. Sebulan koma, tak sedarkan diri (kemalangan juga). Tengkorak kepala yang sebelah kanan masuk ke dalam. Bahagian kepala yang tu jadi tertarik ke dalam. Macam ada lekuk yang agak dalam di situ. Hai, ngeri! Ummi sempat berpesan:

Jangan bawak kereta (atau motor) laju-laju. Paling laju pun atas lebuh raya, 100km/j dah.

-----------------------------------
psst : Selatan Thailand kembali bergolak. Lepas ni, entah berani ke tidak mahu pulang ke sana. [-_-"]

psst lagi : Esok sesi persekolahan akan bermula. Akan bersendirian semula.

4 comments:

truemax said...

Salam Nuha,

Innalillahi wainnalillahi rajiuun.
Semoga kawannya cepat sembuh.

Memang jalanraya tempat yang bahaya. Terima kasih atas peringatan dari Ummi itu. Marilah kita sama-sama menjadi pemandu yang berhemah dan menjadikan jalanraya kita lebih selamat.

.. sedih teringatkan kejadian di selatan thai.

Wassalam.

::truemax

nurunnuha said...

w'salam, truemax..

insyaAllah..ameen..

hehe. ummi bagi peringatan tu sebab dia tahu anak dia yang sorang ni suka pecut, buat jalan raya macam tempat bermain.. ngehehe~ v(^_^)

hurmm..

[MH] said...

kak! me tuka link
www.wfathiyyahw.blogspot.com..

akak tkyah link kan kat mana2 eh

huhu

nurunnuha said...

oh, okai! :)