11.10.11

warkah buat sahabat (ii)


sahabatku, 
kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana jua kita berada kita tetap memandang bulan yang satu.

kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan. mudah-mudahan Allah Yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati. mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat aku sayangi, andai hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata, aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat. aku hanya mampu memujuk hati.


No comments: