setiap hari ada sahaja berita kematian datang menerpa cuping telinga. inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. daripada Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita akan kembali.
semalam, terkejut sangat mendapat mesej dari seorang sahabat lama di maahad muhammadi perempuan dulu, mas atirah. isinya :
Assalamu'alaikum. k.diyana nordin (saya panggil diyana sebab sebaya) , MMP amirah spm 2003, DQ, UIA telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi, lebih kurang jam 12 tengah malam akibat penyakit SLE, al-fatihah. sebarkan.
allahummaghfir laha (-ha sebab perempuan, kalau lelaki jadi -hu) war hamha wa'afiha wa'fu 'anha.
sentap. muhasabah dan koreksi diri. cukup ke semua amalan di dunia ni nak bawa ke alam yang lebih kekal di sana kelak? kita ni selalu je terlupa yang akan sampai satu masa nanti kita akan pergi dari dunia ini. akan sampai satu ketika nadi kita akan berhenti berdenyut, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh tubuh, semua ubat dah tak memberi manfaat, kemajuan teknologi tak dapat mengatasi takdir Ilahi..bila Allah berkata : jadilah! maka jadilah. kita selalu terlupa tubuh kita, kebijaksanaan kita, kemewahan kita, kekuasaan kita, pangkat kita, semua itu hanya PINJAMAN sahaja. suatu hari nanti pinjaman itu akan dituntut.
nota : tajuk entri ini ber'tunang' sebab teringat yang saya pernah baca satu cerita, dalam cerita tu guna perkataan ber'tunang' dengan kematian. hehe.
1 comment:
huhu. saya terkejut sangat, nadiah. pagi-pagi tadi dapat lagi satu berita kematian. emak saudara saya, belah mak baru meninggal. sebelum subuh. innalillah. berdebar-debar rasa bila dapat mesej.
allahummaghfir lahuma war hamhuma wa'afiahuma wa'fu 'anhuma..
Post a Comment