19.11.08

kepulangan orang sabah


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini masuk hari ketiga saya berada di rumah..semalam bapa saudara saya dari sabah balik bersama dengan family dia..ummi buat nasi merah..saya tolong ummi buat nasi merah + gulai ikan + acar + sambal lada.. yummy3!! Penat sungguh rasanya. Mana tak nye, masak untuk ramai orang..ummi ajak semua yang pergi jemput cik awi(bapa saudaraku) kat airport tu..keluarga cikma + keluarga kholati + keluarga cik awi + keluarga sebelah mak mertua cik awi..ramai gak la..dalam 50 orang++ kot..hehe (bab mengagak ni saya agak fail sikit..hehe :D ) cik awi sampai dalam pukul 4ptg..dia solat, then balik sini..sampai kat umah ni dalam pukul 6ptg..waa, cik awi nampaknya dah semakin sihat..dan sifat dia yang suka mengusik orang tu x pernah hilang..kalau dia balik, mesti ada je idea dia nak kenakan orang..huhu~

Malam tu, aman beriya-iya nak tidur rumah cik awi..ha, aman ni x boleh nak sekat sikit kehendak dia..baik bagi je ape yang dia nak..kalau tidak, teruk gak la dia mengamuk..hish, bile la nak berubah..ha, citer pasal aman ni, sejak akhir2 ni saya perhatikan dia agak rajin solat setiap waktu..pelik gak la, sebab biasanya dia susah gak nk suruh solat..tapi kali ni tidak..kenapa ya? tadi saya tanya ummi, dah terpecah rahsia dia..rupa-rupanya abi ada janji dengan dia nak bagi hadiah kalau dia rajin solat..ha, tu rupanya!! Ish3 :)

15.11.08

~!! surprise !!~

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Tanggal 1 november yang lalu, umurku bertambah setahun lagi.. dah tua dah ni..hehe :) ni saya nak cerita..malam tu saya dapat kejutan daripada roommate saya; dina, shikin dan aisya..ceritanya begini..jeng jeng jeng..

Malam 30 oktober yang lalu, sedang saya tengah khusyu’ mentelaah pelajaran sebab exam dah semakin hampir, dan banyak lagi yang tak habis studi.. adeih~ tiba-tiba tengah2 syok studi tu, lampu terpadam..geram gak la..tapi xlama, sebab lepas tu rumet saya bawak masuk kek..ngehehe, dah tau dah..rupa-rupanya lampu padam tu kerja diorang..*speechless* huhu..then, diorang nyanyi dan bagi kad..gambar kartun..chumil.. :D kami sambut berempat; cik dina + aisya + shikin + besday girl.. sesi memotong kek bermula..kek seberat ¼ kilo dibahagi empat..maksudnya, sorang dapat 1/8 kilo laa..lebih kurang..betul tak? hehe :p lepas makan kek, selera kami di’stimulate’ oleh kek itu..kami pon cari la makanan untuk dimakan..tengah2 malam, tak tau nak makan ape..stok banyak dah hais, lama tak pi kedai..cari punye selongkar, nampak maggie..hiyargh, attack megi plak..ish, teruk betulla..nak exam, sempat lagi makan megi tu..aaa..lapar..tapi kami rendam ngan air panas dulu, buang air rendaman tu, then masukkan air baru untuk buat kuah..konon kononnya nak buang wax dia la.. :p..saya makan xsampai satu bungkus pon, tak larat nak habiskan..bakinya saya beri kat dina dan aisya..(sebenrnya kami masak 4 bungkus dalam periuk, then ambikla banyak mana nak..tapi boleh agak la kan, kita makan cukup satu bungkus ke tak..hehe :p )

Malam tu saya dapat banyak besday wish..tahun lepas sikit je..tahun ni, saya tak berharap sangat orang nak wish besday saya sebab tahun lepas dah berharap tapi tak ramai yang wish..so, tahun ni dah malas nak berharap la..takut kecewa lagi..konon konon nye la..hehe :) tapi bile tak berharap, ramai pulak yang wish nya.. best2.. :) dan ade jugak datang daripada orang yang saya tak sangka.. hehe .. StickingOutTongue moralnya??

Petang tu, junior kami (2nd year) ramai2 bagi kad.. terkejut gak, time nak ambik motor nak pi kedai runcit, tiba-tiba ternampak ada sampul surat dalam motor..ingatkan apa dia, bukak tengok ada 3 kad kat dalam tu..1 kad besar, 2 kad kecik..kad besar untuk saya dan aisay (sebab besday aisya, keesokan harinya) dan kad kecik tu, masing2 untuk saya dan aisya..kreatif sungguh diorang nih..ye la, diorang recycle kad raya, tukar jadi kad besday.. hehe Grin


ni la kek kejutan yang diorang bagi malam tu..yummy3!! Halo


ni plak kad tu..cute, kan?? Smile

ada lagi kad yang saya dapat..tapi xsempat nk snap..kamera xde..yang ni pun dina yang snap.. :) my new wish list : nak kamera satu! 

12.11.08

..::..

Bismillaahirrahmaanirrahim..

lama sudah menyepi..exam yang datang menyebabkan saya rasa masa ini terlalu sedikit..Crying

3.11.08

pelayaran diri

Dalam pelayaran mengenal fungsi diri, adakalanya kita ditipu oleh pujian bahawa kita berbakat dalam satu-satu kerja yang kita buat, dek satu dua kejayaan yang terhasil. Kita sangkakan bakat itulah penentu kepada tempat sauh dilabuh. Sedangkan bakat semata-mata, tidak pernah memadai. Ia hanya sebahagian daripada jawapan kita dalam pelayaran mengenal fungsi diri.

Bakat memerlukan kekuatan pada kepercayaan dan keyakinan diri.

Bakat juga berhajat kepada inisiatif untuk menjadi aktif.

Bakat perlu mendambakan fokus diri agar ia terarah.

Bakat juga memerlukan perancangan dan persiapan untuk ia mengambil posisi.

Bakat sangat memerlukan latihan untuk menajamkannya.

Bakat juga amat memerlukan istiqamah untuk terus menghidupkannya.

Bakat hanya akan terpelihara dan terus berguna apabila SIKAP yang betul mengiringinya.