5.1.09

m for monday ;)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ni hari isnin. omputeh says monday. orang siam kata wan chan. arab cakap yaumul ithnain/ithnin. (aish, lebih kurang same la ngan kite). hari ni dah mula kelas dengan seriusnya. seriuskah? yaya, agak serius sebab semua kelas on kecuali lab. dengar2 esok, lab nak mula dah. lab ape dah? sat2, nak tengok jadual...dosage form design 2? eh, sapa ajaq ye? (we'll wait and see) hihi~ Sarcastic

erm, tadi kelas CMM atau nama dalam bukan kodnya information technology (IT). subjek ni, kami berempat tak ambik. so, tadi kelas bermula pukul 11. yes yes! Angel dalam jadual kami, pukul 11 ada kelas drug of abuse and society tapi overlap la pulak dengan veterinary pharmacy a.k.a. vet (yang hanya diambik oleh kami berempat. ish, memang xleh nk separate kami nih. so, jangan ada sesiapa yang berani nak separatekan kami ye! hehe) kelas vet nih, prof zaini yang ajar. mulanya dr. cakap, prof zaini datang esok, tapi xjadi. dia datang hari ni. alamak! p kolej pagi2 tadi berdiskusi lah dengan mr.wasif. cakapla yang kitorang ni xleh nk masuk kelas dia sebab lecturer usm datang ajar vet kami. ok, diterima. dia cakap dia akan bagi notes dan kami baca. kalau xfaham, esok p tanya dia anytime. dia boleh bagi lecture balik kt kami..chewah, dapat spesel treatment tuh. haha. harap2, kami faham dan xpayah p tanya dia dah. kalau xfaham jugak, kami try tny classmate kami dulu. (ni kes malas nk p jumpa lecturer nih. adeih~ jangan tiru ya!) AngryFace

dan, hari ni dapat buku lagi! nadiah, kali ni buku berharga rm290. tuu dia. pokai sat. eh, dak la. untuk pembelajaran, ape salahnya kan kan? buku tu bertajuk 'applied therapeutics', biasa budak2 yang g clinical guna buku ni. buku ni tersangat bagus. siap ada kes dan penyelesaiannya lagi kat dalam. bagus betul! sapa nak pinjam, habaq mai ya! Wink erm, senanye applied therapeutics nih ade yang dalam bentuk PDA form. tapi yang tu mahal la. lagipun setelah berdiskusi sesama ahli kelas, semua sepakat membeli kecuali seorang. erk, sapa? xtau. hehe punya la tebal buku tu. respekla sape yang khatam buku tuh. memang tabik spring la..amacam? berminat x? hehe

tadi ada junior tanya nak p tak Pharmnite kat usm. hurmm, fikir punya piki. entahla. ape yang ade kat situ ye? tefon kema, dia x angkat. tefon my kakak la. hari tu ada nampak dalam fs dia gambar dia p Pharmnite. tapi rasanya time tu dia dh final year. ohoho~ baik call dia, tanya. siapa lagi yang p ek? Hot

**************************************

p/s: oh, emoticon riceballs aka bebola pulut itu sudah hilang!! kena install balik..ish~ Gasp

[updated version: okai, riceball sudah berfungsi!! rupa-rupanya ter'disable'kan greasemonkey.. patutla xdapat2.. hoho~ ]

kita kini

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

2 hari tidak post apa2. saje2 xnak post. hehe :). setiap kali buka link cerita pasal palestin, bercampur segala rasa. sedih, kecewa, marah, geram, kagum, bangga dan yang seumpama dengannya. sedih melihat penderitaan mereka, kecewa dengan sesetengah pihak yang menyokong tindakan israel itu, marah dengan ketegaan mereka membedil lebat rakyat palestin sesuka hati, kagum dengan semangat rakyat palestin untuk mempertahankan  tanah itu terutamanya si kecil yang sudah tahu apa itu berjuang dan bangga dengan yang mengambil berat. bilangan yang terkorban semakin meningkat saban hari. mereka tidak gentar dengan kematian. mereka bersedia untuk berkorban hatta nyawa sekalipun. saya mula merefleksi diri, adakah saya juga seberani mereka?

"Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 521, manakala 2500 cedera termasuk yang kritikal." 

" 3 kanak-kanak syahid dalam satu serangan Israel setelah rumah dibom. Tidak jauh dari kawasan itu, sebuah rumah dibom Israel yang mengakibatkan 3 lagi kanak-kanak syahid."

apa yang dapat diekspresikan bila membaca berita sebegini? luka. mungkin. teringat peristiwa yang berlaku di kampung halaman ayah saya. mendengar cerita daripada orang2 kampung, saudara mara yang sentiasa diburu ketakutan untuk keluar rumah bila tibanya waktu malam. darurat diisytiharkan selepas pukul 9 malam. di kala itu, jangan ada sesiapa yang berani untuk keluar rumah jika mahu bebas daripada menjadi mangsa peluru sesat. bom dan peluru didengari saban malam. polis sentiasa berkawal dan sentiasa bersedia untuk mengapa-apakan orang yang disyaki memberontak. sesekali kereta kebal datang melawat. itu kisah di daerah sana. di seberang sana. 

memang takut andai berada di situ. tapi jika sudah biasa, ketakutan itu akan hilang. betul x?

Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera(Al-Ahzaab), lalu kami hantarkan kepada mereka angin ribut(yang kencang) serta angkatan tentera(dari Malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. 
(Al-Ahzab : 9 )

dan, teringat jugak time sekolah dulu pernah diajar doa ini..
..Allaahummansuril islaam wal muslimiin fil 'iraq, fi falistin, fi maaliziyya, fi thailand, wa fi kulli makaan.. 
p/s: nadiah, ingat x doa ni? ;)

2.1.09

pharmacy and law

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ni hari jumaat. sepatutnya wardah. tapi, pagi2 dah rasa lain. terjadi satu peristiwa yang saya xpuas hati. tapi, memang salah saya jugak. dah la, malas nak fikir pasal tu. terjejas hari yang sepatutnya dilalui dengan gembira. hehe. semoga saya dapat jadi lebih rasional. ameen. 

this morning, i have forensic pharmacy's class conducted by prof saringat haji baie from usm. this subject at UIA is in different name; pharmacy law and ethics, if im not mistaken, my friend said. anyway, this subject teach us about the laws pharmacist need to know. we must buy 2 pharmacy law books which cost rm47. hoho~ one is orange and another is pink in colour. wow, i like it! oyeah! ;) this subject is 100% teach by prof saringat. no credit hour, but we have to attend class every saturday and must pass the exam before graduation. compulsory! too, during PRP (provisional registered pharmacy), we must re-take the exam before getting temporary registered pharmacy licence. aish, just now i realize that actually it is hard for us to become a pharmacist. we must follow the rules and laws (because we involve in people's life. huhu). ok, back to the topic. interesting must take part in learning process so that we will love the lesson with our full heart, rite? no space for other things, ok? haha. just kidding. how can? family, friends, also need the space, right? ;). i'm trying to love each subject i take. i hope i can.. say yes, we can! and insyaAllah, He will help us. ameen. 

1.1.09

mahu tanya

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sekadar mahu bertanya..
apa pendapat anda tentang novel (biasanya) e-book yang boleh di download secara percuma melalui internet? kita tidak perlu bersusah payah membeli novel2 itu di kedai, tapi muat turun je dari internet. senang. mudah. jimat kos. tapi... boleh ke? sebab saya pernah terfikir, pengarang dia bagi ke tak ye? adeih~  hurmm.. 

restructure

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ini hari letih. letihkah? ya, agak letih. menyambung operasi mengemas rumah. hoho~ 2 meja dari dalam bilik sudah dibawa turun. mop lantai, kemas dapur, kemas ruang tamu. huh, letih amat ya. operasi bersama cik dina. ekin pun ada jugak menolong. alhamdulillah, sekarang bilik sudah nampak luas, dan ruang tamu nampak ala-ala style asrama dah. horay! petang p kongsi, guna kereta ekin. ingat nak beli kawat tapi kedai kawat tutup. kami dah beli pagar untuk halang anjing masuk ke halaman rumah tapi xpasang2 lagi. haish, cerita pasal anjing, saya agak geram. mereka ni suka2 je datang lepak2 kat halaman rumah. hai, geram3.. jaga kamu, nanti kalau saya pasang pagar tu, jangan haraplah boleh masuk halaman rumah kami lagi! *ish..*

nak letak gambar ni.. suka akan ia. diambil secara spontan kat rumah cikma time cuti hari tu. *teringat zaman budak2 yang happening* \(^_^)/ sape suka main congkak, boleh jadi geng saya! :)


tadi jugak p kedai buku..buku lain yang dicari, buku lain pulak yang dapat. ish3..