8.1.09

khamis day

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

pagi tadi belajar CNS, physio part. mr.wasif yang ajar. saya tahu sesuatu. dia suka tanya soalan. habis semua orang kena tanya tadi. dan, biasanya dia suka tanya soalan definisi. so, baik studi dulu tajuk yang akan diajar sebelum dia masuk dan make sure faham tentang pelajaran yang lepas. hehe. ada satu quote dalam slide dia iaitu:

the brain gives the heart its sight. the heart gives the brain its vision - Kall

any explaination? tadi jugak, dapat soalan assignment. nampaknya masa untuk sibuk akan bermula. hoho. bersedialah wahai diri! 

ok, ada satu cerita. tadi kami p makan malam kat restoran azlan. cik shikin yang ajak. :) dina order nasi goreng ratna, shikin pesan nasi lemak ayam goreng, aisya pesan nasi goreng daging merah dan saya pulak? mulanya ingat nak pesan nasi 'koumut' (ni makanan feveret saya bila balik kampung di sana dan hanya pernah jumpa kt sana je, belum pernah lagi jumpe kat sini. isk2.) sebab dalam menu ada tulis pulut ayam thai. sama je dengan nasi 'koumut' tu cuma yang ni menu utamanya ialah pulut. last2 order nasi goreng pattaya. tapi, saya mintak tambah sup. ish, kalau makan nasi goreng mesti kena ada sup. kalau xde, rasa x best. hoho~ terkena penangan makan nasi goreng ayam time makan kat kmk aritu la nih. aiseh~  sedang kami asyik (baca: menikmati) makanan yang kami pesan tadi, tiba tiba..deguum!! secara spontannya semua mata tertumpu ke arah itu. sebuah motosikal EX5 berlanggar dengan sebuah kereta. motor tu dari arah belakang. tercampak semua barang2 yang ada kat dalam raga motor tuh. anak kunci jugak tercampak ke tepi. tergamam sekejap. terkelu seketika. nasib baik pembonceng motor tu xde ape2. selamat.. haih, rasa takut sat nak bawak motor. 

esok mahu buat sesuatu. harap2 hari x hujan dan planning xcancel. hehe :)

********************************

murmuring?? oho. lately, i'm wondering something. its quite hard for me but i want to try. and, i hope i can cope with it. hope hope so. 

7.1.09

esaimen alam maya

Bismillahirrahmaanirrahim..

Ini tag 2 dalam 1. for the second time, i've been tagged by nadiah through this 'house'. puas duk perah otak berfikir ape la yang saya tahu tentang diri saya. (cam pelik je ayat, kan?) Finally, i go on with these lists. Ok, here we go.

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

1. pernah menyukai banyak warna. Daripada warna pink sehinggalah ke warna oren. Rujuk sini.

2. suka dengar lagu2 yang sedih, terutamanya lagu yang berkisahkan ibu, ayah. Dan kadang2 mudah aja mengalir airmata di kala itu.

3. tidak suka menangis depan orang. Kalau boleh mahu cari tempat yang orang xleh nampak kalau nangis. Suka nangis di waktu tengah2 malam, time orang lain sudah di alam lain. =) 

4. sejak akhir2 ni, agak suka membeli buku. Pantang dengar orang cakap buku itu best, neuron pada otak kiri seolah2 tidak bertindak balas homostasis. Bila dah jadi macam tu, senang aje tangan main grab buku dan ke kaunter. Oh, kena kurangkan pergi kedai buku nampaknya. 

5. Suka jadi stalker (yang baik) di blog-blog orang. Masuk dan tak tinggalkan jejak. Kadang2 tu, tinggalkan jejak jugak la. Buat yang x tingalkan jejak tu, mintak maaf ye. Segan lah. Huhu. 

6. ingin berusaha menjadi sekuat yang boleh. Susah tau nak jadi orang kuat. Huhu. oh, jangan begitu. Pernah terbaca dalam novel (syabab musafir kasih kot) yang part kawan syabab cakap: jangan mengalah sebelum mencuba.  

7. suka menyimpan rahsia. Jarang dikongsi bersama orang lain kalau benda tu saya rasa xmahu dikongsi. hehe.

8. pernah ada satu pandangan tersendiri tentang orang KL. xtau bila wujudnya pandangan itu. tapi sekarang pandangan itu sudah berubah sedikit. Erk, banyak kot. Hoho~ (!_!)

9. suka dengar orang cakap BI yang fasih. cemburu tau. terfikir, bila la saya nak terer cakap english nih. asyik duk manglish je. Oh, kemahiran berbahasa saya mulai menurun. Adeih (-_-")

10. kawan paling rapat adalah adik beradik perempuan saya. banyak cerita dikongsi bersama. tapi sekarang mereka sudah pergi jauh, kongsi cerita dengan ummi pulak. hehe . bak kata nadiah; Family comes first. No reason. Rasa banyak berhutang jasa pada Umi, Abi dan adik-adik.

11. sangat kagum pada orang yang hafal 30 juzuk al-Quran. Wajah mereka berseri2 dan bercahaya. 

12. pandangan orang akan berbeza setelah lama mengenali saya. Betoi ka? 

13. bila rasa resah gelisah, suka tengok langit yang luas. tenang. mendamaikan. kadang2 suka gak p pantai, tp kt sini cam susah sikit nk ke pantai. ;)

14. dulu pernah berangan angan nak belajar kat oversea. Ingat lagi masa dulu2, bila orang tanya, nak belajar kat mana nanti besar? Mesir! Spontan aje menjawab. Dan, sekarang masih punya keinginan (baca: kemahuan, bukan keperluan) yang sama. Tapi tempat yang lain la pulak. Itu rahsia. (T_T)

15. bercita-cita mahu pergi buat umrah bersama keluarga. insyaAllah. Juga mahu menjenguk mereka dan dia (xlama lagi jadi mereka lah) sekali. :) 

16. bercita-cita mahu melawat tempat2 menarik di malaysia, tapi bila fikirkan ummi duk sorang2 kat rumah, mudah aje nak cancel kan balik plan tuh. *banyak kali dah terjadi* hoho~

Nak hasut sape ye?
1. The Yanasensei's - kali kedua. Sebab dia rajin menjawab tag. Hehe ;)
2. winky wink** – mari jawab ya.
3. moo moo me – jom buat esaimen ^^
4. Oh la la..... – yes, dapat balas dendam. haha :D
5. EiNS Lobby – xpe, buat lepas sy jawab tag yang tu. Haih~
6. Sesiapa yang baca ni dan rasa ia menarik. 

Kelonggaran syarat, kalau rajin lah. Royat deh kalau buat, nanti saya tolong baca jugak :) *oh, ayat nadiah ni. Mintak izin copy teh ya. Hehe*

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ini dapat hadiah. Terima kasih, nadiah.. =)


Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award.

Soalan lebih kurang sama dengan yang kat atas tu. So, kira masuk sekali lah ye. hehe. 

This award is going to:
1. siapa2 yang menjawab tag ini. (^_^)

Ok, akhirnya siap sudah esaimen ini. jam sekarang , 11:17pm. Fuuh *_* 
mahu menyambung misi. oraits, daaa~

********************************

p/s: ada satu tag lagi. yang tu KIV dulu. hehe :)

6.1.09

jatuh dan bangun

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

*****************************************

aku pernah jatuh
dan aku usahakan untuk bangun
kadang2 kakiku tersadung kembali
aku cuba bangun lagi
jatuh dan jatuh lagi
bangun semula
jatuh dan bangun 
sudah lumrah dalam hidupku
bila jatuh, 
ku dongakkan kepala
mencari sesiapa yang bisa menolong
aku jumpa Dia
yang memberiku harapan
bahawa aku bisa bangun lagi
bila aku sudah bangun, 
oh baru ku temui
erti perkataan 'bangun' itu
dan aku lihat
Dia tersenyum padaku
lalu
aku berterima kasih padaNya

*****************************************

mahu letak lagu ni. suka mendengarnya. mula2 dengar, wah! best2. 



Rintihan
Album : Rindu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya

Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya 

5.1.09

m for monday ;)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ni hari isnin. omputeh says monday. orang siam kata wan chan. arab cakap yaumul ithnain/ithnin. (aish, lebih kurang same la ngan kite). hari ni dah mula kelas dengan seriusnya. seriuskah? yaya, agak serius sebab semua kelas on kecuali lab. dengar2 esok, lab nak mula dah. lab ape dah? sat2, nak tengok jadual...dosage form design 2? eh, sapa ajaq ye? (we'll wait and see) hihi~ Sarcastic

erm, tadi kelas CMM atau nama dalam bukan kodnya information technology (IT). subjek ni, kami berempat tak ambik. so, tadi kelas bermula pukul 11. yes yes! Angel dalam jadual kami, pukul 11 ada kelas drug of abuse and society tapi overlap la pulak dengan veterinary pharmacy a.k.a. vet (yang hanya diambik oleh kami berempat. ish, memang xleh nk separate kami nih. so, jangan ada sesiapa yang berani nak separatekan kami ye! hehe) kelas vet nih, prof zaini yang ajar. mulanya dr. cakap, prof zaini datang esok, tapi xjadi. dia datang hari ni. alamak! p kolej pagi2 tadi berdiskusi lah dengan mr.wasif. cakapla yang kitorang ni xleh nk masuk kelas dia sebab lecturer usm datang ajar vet kami. ok, diterima. dia cakap dia akan bagi notes dan kami baca. kalau xfaham, esok p tanya dia anytime. dia boleh bagi lecture balik kt kami..chewah, dapat spesel treatment tuh. haha. harap2, kami faham dan xpayah p tanya dia dah. kalau xfaham jugak, kami try tny classmate kami dulu. (ni kes malas nk p jumpa lecturer nih. adeih~ jangan tiru ya!) AngryFace

dan, hari ni dapat buku lagi! nadiah, kali ni buku berharga rm290. tuu dia. pokai sat. eh, dak la. untuk pembelajaran, ape salahnya kan kan? buku tu bertajuk 'applied therapeutics', biasa budak2 yang g clinical guna buku ni. buku ni tersangat bagus. siap ada kes dan penyelesaiannya lagi kat dalam. bagus betul! sapa nak pinjam, habaq mai ya! Wink erm, senanye applied therapeutics nih ade yang dalam bentuk PDA form. tapi yang tu mahal la. lagipun setelah berdiskusi sesama ahli kelas, semua sepakat membeli kecuali seorang. erk, sapa? xtau. hehe punya la tebal buku tu. respekla sape yang khatam buku tuh. memang tabik spring la..amacam? berminat x? hehe

tadi ada junior tanya nak p tak Pharmnite kat usm. hurmm, fikir punya piki. entahla. ape yang ade kat situ ye? tefon kema, dia x angkat. tefon my kakak la. hari tu ada nampak dalam fs dia gambar dia p Pharmnite. tapi rasanya time tu dia dh final year. ohoho~ baik call dia, tanya. siapa lagi yang p ek? Hot

**************************************

p/s: oh, emoticon riceballs aka bebola pulut itu sudah hilang!! kena install balik..ish~ Gasp

[updated version: okai, riceball sudah berfungsi!! rupa-rupanya ter'disable'kan greasemonkey.. patutla xdapat2.. hoho~ ]

kita kini

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

2 hari tidak post apa2. saje2 xnak post. hehe :). setiap kali buka link cerita pasal palestin, bercampur segala rasa. sedih, kecewa, marah, geram, kagum, bangga dan yang seumpama dengannya. sedih melihat penderitaan mereka, kecewa dengan sesetengah pihak yang menyokong tindakan israel itu, marah dengan ketegaan mereka membedil lebat rakyat palestin sesuka hati, kagum dengan semangat rakyat palestin untuk mempertahankan  tanah itu terutamanya si kecil yang sudah tahu apa itu berjuang dan bangga dengan yang mengambil berat. bilangan yang terkorban semakin meningkat saban hari. mereka tidak gentar dengan kematian. mereka bersedia untuk berkorban hatta nyawa sekalipun. saya mula merefleksi diri, adakah saya juga seberani mereka?

"Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 521, manakala 2500 cedera termasuk yang kritikal." 

" 3 kanak-kanak syahid dalam satu serangan Israel setelah rumah dibom. Tidak jauh dari kawasan itu, sebuah rumah dibom Israel yang mengakibatkan 3 lagi kanak-kanak syahid."

apa yang dapat diekspresikan bila membaca berita sebegini? luka. mungkin. teringat peristiwa yang berlaku di kampung halaman ayah saya. mendengar cerita daripada orang2 kampung, saudara mara yang sentiasa diburu ketakutan untuk keluar rumah bila tibanya waktu malam. darurat diisytiharkan selepas pukul 9 malam. di kala itu, jangan ada sesiapa yang berani untuk keluar rumah jika mahu bebas daripada menjadi mangsa peluru sesat. bom dan peluru didengari saban malam. polis sentiasa berkawal dan sentiasa bersedia untuk mengapa-apakan orang yang disyaki memberontak. sesekali kereta kebal datang melawat. itu kisah di daerah sana. di seberang sana. 

memang takut andai berada di situ. tapi jika sudah biasa, ketakutan itu akan hilang. betul x?

Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera(Al-Ahzaab), lalu kami hantarkan kepada mereka angin ribut(yang kencang) serta angkatan tentera(dari Malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. 
(Al-Ahzab : 9 )

dan, teringat jugak time sekolah dulu pernah diajar doa ini..
..Allaahummansuril islaam wal muslimiin fil 'iraq, fi falistin, fi maaliziyya, fi thailand, wa fi kulli makaan.. 
p/s: nadiah, ingat x doa ni? ;)