29.4.09

empat cerita

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. 4.30petang, berakhirlah sudah peperiksaan akhir semester 2. apa perasaan? lega, sebab exam sudah habis. juga, takut kalau fikir macam mana lah keputusannya nanti.. 


cerita satu, flashback:
II. What are the problems of using ecstasy, and how to overcome the problem? (lebih kurang la soalan dia)..
Answer:
Problems of using ecstasy are:
1- side effects .....

tiba-tiba,
"This is for you, from .........," 
"haa? oh, thank you,"
dalam hati, pelik jugak kenapa tiba-tiba dapat hadiah. jenguk atas kad : 
To : nurunnuha..
..best wishes..
Regards,
..............
kalih kiri, tengok depan.. mereka pun dapat jugak. 4 orang menerima hadiah berbalut empat segi tepat. 7 orang menerima hadiah berbalut empat segi sama. dan, saya tersenyum sendiri. hehe :) ok, kita sambung jawab soalan..

4.30petang:
" Untuk calon FEL374, masa menjawab sudah tamat. sila lengkapkan ayat terakhir anda, dan ikat skrip jawapan anda sekarang, " kata encik wan zabidi.

---- proses memungut skrip jawapan ----

"calon-calon farmasi, anda dibenarkan keluar daripada dewan secara perlahan.. terima kasih," beliau berkata lagi..

"aku nak melompat! aku nak menjerit!," kata seorang pelajar lelaki.. yeaah!
    
 

cerita dua:
"korang nak pi makan kat mana?"
"sebenarnya, ada orang nak belanja makan hari ni"
"waah, sape yang nak belanja tu"
"ade la orangg tu, sempena birthday dia"
lepas tu, kami semua pergi makan.
 

dan, balik rumah letrik takdak sampai pukul 7.. adeih.


cerita tiga:
esok (maksudnya hari ni, rabu), kami ada lawatan ke usm secara rasmi. dengarnya dr.norhayati, puan norarisma dan miss hafsah akan mengiringi. bertolak dari asrama menaiki van kolej (2 trip rasanya, sebab ramai) jam 8.15pagi. mata diarahkan ke bucu kanan laptop. jam sekarang : 2.23am. oh, tidak. saya mesti tidur. tapi mata tak boleh nak pejam lagi. penangan neslo ais tadi, ataupun kebiasaan berjaga malam? adeih~ 


cerita empat:
semester depan kami klinikal. hari tu, shikin ada tanya dr.norhayati, kami klinikal kat hospital mana? dr. cakap : Penang GH (general hospital). tanya my kakak, nak tahu apa respon dia. and, she give me a positive respon!
  

-----------------------
p/s : tengah memilih cat yang sesuai untuk cat rumah ni. tapi, masih tak jumpa yang berkenan. aish~

24.4.09

beli lagi :D

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

cuti 4 hari, sebelum kertas terakhir. tadi, pi beli tiket balik dengan cik dina. Mutiara, ada lagi seat. :) lepas beli tiket, melencong ke Queensbay, cari Popular. mata mengintai-intai ada apa-apa yang best tak. terjumpa The Kite Runner (rebate 20%).. tapi budget tak cukup la pulak nak beli, sebab dua dah dalam tangan, faedah masuk Popular:

1- Rooftop Rant (Hlovate)
2- Mikhail (Ramlee Awang Murshid)

                        

Orang cakap karya Ramlee Awang Murshid best. kawan saya pun ada cadangkan jugak. so, tadi saya pun grab la satu. cadangnya nak baca nanti cuti ni. tapi, tengoklah dulu. entah-entah sebelum cuti dah khatam.. hihi :P

-----------------------
p/s: tuesday.. i'm waiting..
 missing them, oh..  :'(

22.4.09

tag bintu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ada orang bagi tag. bintu nama panggilannya. oleh kerana tag ni senang je (chewah..:P), saya pun nak buat la.. juga nak dijadikan sebagai hadiah (ikut kata shiah dan ain) sempena hari lahir dia, hari ni.. 22 april.. yang ke berapa ek? :D

1) Anda perlu printscreen wallpaper yang tengah anda guna sekarang, jangan tipu2 ek tak suka..
mari kita printscreen wallpaper ini.. 


2) Bagitau kenape anda suka wallpaper itu ?
sebab dia lawa. biru itu mendamaikan~  kan, lawa kan? ;)

3) Tag people to follow this question.
siapa yang rajin, ada masa dan mahu buat.. sila2.. nanti dah buat, habaq mai na..

------------------------
p/s : dua kertas lagi!! yeah.. jangan jemu, rajinkan diri, ok?

@-+-- <-- nah, a rose for you!

20.4.09

'subsaan wanked'

Bismillaahirrahmaanirahiim..

20 april. saya mahu mengucapkan : selamat hari lahir (thai : subsaan wanked) kepada dia. Dia yang istimewa. Dia yang jauh di mata, di hati tidak. Dia yang peramah dengan orang. Dia yang kini menjadi tempat rujukan mereka yang lain bila ada masalah di sana. Dia yang selalu menjadi mangsa saya terjemahkan perkataan ke dalam bahasa siam. Dia yang menjadi mangsa saya terjemahkan plot cerita-cerita siam yang tak ada subtitle tu. (dah tahu tak ada subtitle, rajin jugak nak tengok.. hoho). Dia yang rapat dengan wea. (sebab dulu masa kecik-kecik dia belajar kat sana. di sekolah ni : watchun tara sing he.. adoi, nak sebut pun saya rasa tergeliat lidah.. hehe). Lepas tamat sekolah rendah, abi masukan dia belajar di Malaysia (smuamg) dekat rumah. Bab pelajaran, dia memang pandai bahasa arab. saya memang boleh kalah kalau bertanding bahasa arab dengan dia. ikut abi kot. dia seorang yang tak berapa serius sangat nak belajar, tapi bila keluar result : fuuh, mumtaz 10A - STAM. ummi kata seminggu sebelum exam, dia berpakat dengan kawan-kawan dia tidur kat sekolah. mereka berlima rasanya. memang tak tidur sangat lah waktu tu. waah, saya tak boleh buat. huhu.

Saya pernah jawab tag tentang dia. di sini
... happy birthday to my brother, nabli a.k.a. uyi.. :D ...


9 - 6 = 3,
mesti terus berusaha,
janganlah rasa jemu pula,
kelak bahagia di hari muka..

3 more papers to go. the next paper is tomorrow (pharmacognosy II). i hope these 3 papers will bring a smile to my face after exiting the exam hall. ameen.. all da best!!

(_)3 <-- nah, neslo for you! ;)

19.4.09

t itu tag

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

veterinary sudah lepas. kertas berikutnya pada hari isnin minggu depan. saya mahu curi masa untuk melangsaikan esaimen alam maya yang kak mahabbah bagi sat. banyak sungguh esaimen dia bagi. nasib baik la saya bukan jadi anak murid dia. kalau tidak nanti, ish ish ish.. :P lima tag sekali harung. saya bukak balik kotak memori kat sebelah kanan ni, cari kotak 'tag'.. nasib baik, banyak yang sudah jawab. hoho~ ok, mari kita tengok saya berhutang apa dengan cik mahabbah ni.. :)

mula-mula dia suruh ambil award ni. waah, terima kasih!


TAG KETAMA : (sat2.. k. mahabbah, ketama tu ape?) 
yang ni kami dah buat.. boleh tengok sini..

TAG KEDUA :
dah buat jugak.. boleh jeling-jeling sini 

TAG KE KETIGA : 
haa.. yang ni tak buat lagi.. jom kita tengok apa soalan tutorial yang dia bagi..

1.Three names that friends call you 
- nuha
- cik nuha
- kak nuha
- sakura.. hehe

2.Three most important dates in your life
- yang ni baaanyaaak sangat. tak larat nak taip la.. kalau taip jugak, karang tak cukup muka surat pulak.. hihi

3.Three things you've done in last 30minutes
- merancang untuk memberi kejutan kepada mereka..
- beli pizza
- naik kereta

4.Three person you miss from your past
waa, ramai ni. tak cukup korum la. xboleh buat. next, next..

5.Thee gifts you would like to receive
- surprise gift! Waah.. suka, suka
- senyuman! :) 
- buat masa ni, terasa mahu memiliki novel-novel karya Hlovate dan Andrea Hirata. haha, saya ni, tak habis-habis.

6.Three of your favourite hobbies
- jeling2 tengok plurk. juga taip ni untuk shiah : "81.27.. nak bagi shiah jeles. " ahaha.. nampaknya ia berkesan! *sila jangan tiru perangai ini ye, wahai plurkers sekalian.. terutamanya cik taushiah tu..* ampun,  shiah.. :P
- gatalkan tangan buka laman ni
- berborak dengan kawan

7.Three places you want to go for vacation
- makkah, for sure!
- mesir, mungkin..
- australia
- jepun
- semua negara.
(ahaa, terlebih sudah..)

8.Three favourite drinks
- air bateri
- soya, susu
- neslo ais

9.Three things found in your bag
erm, beg yang mana ni? Beg balik kampung hari tu ek? oh.. 
- nota
- kotak pensel
- kotak keronsang.. hee 

10.Three favourite colours
- hijau muda
- biru muda
- merah jambu
- putih
- ungu
(terlebih lagi.. :P)

11.Top three u love so much 
- ehem2..
- ade la..
- erm..erm..erm..

12.Top three 'things' special to you
- kenangan dan memori bersama.. acece, jiwang pulak dah..
- laptop ni.. penting untuk siapkan tag ni..
- kamera? :D

13.Top three persons you hate most
- ada ke? sat nak fikir..
- tak tahu.
- wo bu zi dao

14.Top three reasons you answer this tag
- ada orang suruh buat. saya dah menyorok dalam laci, tapi dia jumpa cari. lalu, disuruh keluar dan  buat jugak.. aaa..
- memaksa hippocampus saya menyimpan kenangan..
- terasa seperti mahu buat..

TAG YG KEEMPAT :
pun dah buat.. di sini . kira aci la ye.. hihi.

TAG KELIMA : 
saya yang bagi.. dah buat.. boleh belek sini :D


Ups. Satu lagi lupe nak buat.. baru teringat.. daripada bintu.. aish, juga tak ade plihan jawapan. saya pun, ape lagi.. sediakan bahan cukup-cukup, bersedia untuk menggoreng. hoho~ mari tengok apa yang saya goreng. tak hangus, ok.. :D

1. What were you doing five years ago?
Bangun pagi, kejutkan orang solat subuh (tugas ajk bajik), mandi, makan, p sekolah, belajar, pi thobur kalau ada thobur (perhimpunan = assembly), belajar lagi, rehat, pi koop ke.. maktabah ke.. badati ke., balik sekolah, solat zuhur, pi kelas tambahan, solat asar, makan petang kat dewan makan (mat’am), pi belakang koop mencari apa-apa yang boleh dibeli, maghrib kena kosongkan asrama, solat berjemaah di masjid tengku amalin, dengar kuliyah maghrib/zikir-zikir/handle masjid kalau minggu tu bilik kami bertugas, solat isya’, pi prep, (kalau x pi, kena denda.. haa, jangan main-main..), balik prep pukul 11mlm, jeling-jeling buku sikit, baca al-mulk ramai-ramai, tanda siapa yang tak pi solat berjemaah (lagi, tugas ajk bajik).. akhirnya, tidur berjemaah.. fuuh.. 
~ alamak, apa saya taip nih? adeih~ *rindu sekolah lagi*

2. What were 5 things you have to do on your list today?
- baca veterinary
- baca pharmacognosy
- baca titas
- baca dosage form design 2
- siapkan tag ni. hoho~

3. What are 5 snacks that you enjoy?
haa? Ada jugak ek soalan macam ni? Hmm..
- pisang kapit
- nekbak (waa, yang ni tak tahu dalam BM nye ape)
- aiskrim
- sira pisang
- bubur jagung

4. What are 5 jobs you've had?
- baca nota
- beli pizza (eh, yang ni termasuk jugak eh? mestii.. weee)
- isi minyak motor (minyak sudah nak habis)
- kemas rumah.. acece~
- berusaha untuk menyiapkan hutang tag ni.. 

5. Tag 5 person and who are they?
aduh.. soalan ni lagi.. aaa, saya tak tahu mahu tag siapa. huhu. macam mana ni? begini lah, sape2 yang rasa tag ni best, silakan buat ye.. :D

Yeay! Dah siap. Lega. :)