Bismillaahirrahmaanirrahiim..
hari tu saya pernah kena tag oleh mak uda, cik fathiyyah :) dan, sekarang baru berkesempatan untuk menjawab.. hehe.. buat thia.. maaf ye, menyebabkan kamu menunggu agak lama.. :) ok, mari kita ushar ape soalan cepu mas kali ni.. jeng jeng jeng..
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
sebelum ni blog ini bernama .:: BiCaRa HaTiKu ::. Ketika itu blog ini saya 'peribadi'kan dan hanya menerima lawatan daripada mereka mereka sahaja.. setelah itu, empunya blog ini terasa mahu membukanya untuk bacaan umum, (ahaa..macam la ramai sangat yang datang.. kui3) lalu bertukarlah nama rumah ini kepada ~!! CoLouRs oF mY LiFe !!~ yang kekal sehingga kini.. terasa mahu menukar nama lagi, tetapi biarlah. tak jadi dah kot. Hehe..
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Di peringkat permulaan blog ini ditubuhkan, sangatlah susah untuk merisik URL yang sesuai. Banyak yang sudah dipetik orang. Entah macam mana la, tiba-tiba je terfikir untuk letak URL ni.. suka the frasa itu, nak letak ada space, tak boleh.. so, menjadilah ia tidak ber ruang.. pernah ada orang komen, URL blog ini terlalu panjang. It’s ok, panjang itu unik, bukan? Hanya orang tertentu sahaja boleh mengingati URL blog saya ni.. (chewah).. dan, sehingga sekarang masih ramai kawan-kawan yang tidak tahu akan kewujudan blog ini, kecuali kalau ada yang mintak tolong encik google tolong carikan perkataan 'nurunnuha', berkemungkinan akan ketemu itu tinggi.. ngehehe~ sebab mula-mula ditubuhkan blog ini hanyalah untuk mencatat peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku juga menyatakan pendapat-pendapat..
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Saya suka menulis mengikut keadaan. Kalau saya rasa seperti mahu bercerita, saya akan bercerita.. biasanya berkisar tentang cerita di sekolah, rumah, kawan-kawan dan hati.. terkadang, (baca : bukan selalu) 'rumah' ini bisa juga menjadi tempat mengekspresi perasaan.. hehe~
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
menghapuskan, tidak lah pernah.. sebab saya sayang cerita cerita di sini. pernah terfikir untuk berpindah.. tapi selepas difikir-fikirkan, di sini pun sudah memadai.. ;)
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
blog fathiyyah? Best.. saya suka ke sana, sebab di sana ada banyak cerita.. juga gambar-gambar yang menarik. habisla.. thia, jangan marah naa..
6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
waah, mahu tag siapa ya? tak tahu nak tag siapa, sebab semua macam bizi je.. tak pe la, lain kali la saya tag mereka selain :
++ Nadiah -- sudah beres
++ Taushiah – sila siapkan.. hehe :)
******************************
p/s : eh, ada satu hutang tag lagi.. daripada fathien, my junior.. fathien, mintak izin tangguh sat naa.. boleh, kan? ^_~
1 comment:
(^__^)
Post a Comment