29.11.09

bila cuti


bila cuti, apa sinonimnya? kenduri.
bila raya, apa sinonimnya? ya, kenduri jugak. eh tak tak. raya korban mestilah pasal korban dan daging korban. :D juga tentang jemaah haji.

tadi pergi kenduri rumah puan normah di kg. kadok. saya dengan tak ada kerjanya telah mengira ada berapa kenduri sepanjang perjalanan kami ke sana. dan hasilnya = lapan! phew!

esok pula, kenduri kawan satu sekolah saya dulu. wah! best lah, boleh jumpa kawan-kawan lama. kenduri kawan satu sekolah = reunion? boleh la tu.. hehe.

teringat lagu maher zain (lagi! :D), doa untuk pengantin:

بارك اللّه لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير
barokallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir.

ok, sekian cerita pasal kenduri.


-----------------------------------
sekarang, semua rumah di pak keral ada penghuni. habisla.... mesti lepas ni aman akan selalu ajak pergi pak keral.. (to muna dan adik : cepatla balik. nak suruh jadi drebar aman! ngehngeh)

26.11.09

ke melaka (ii)


hari kedua di melaka
bertolak awal sikit hari ni, sebab kena pulang paling lambat pun pukul 6.30petang. selepas sesi kendiri dan makan soto (sedaaap..), kami memulakan perjalanan. tempat hari ni : banda hilir.

destinasi pertama : melaka river cruise. dengan bayaran rm10 seorang, kami akan dibawa menyelusuri sungai melaka (eh?) menaiki bot. perjalanan dia agak panjang. di sepanjang sungai itu, kita boleh menikmati panorama (chewah!) di tepi sungai melaka. ada satu tempat tu, lawa lah, ada rumah-rumah kayu yang kecik dan comel. tapi saya rasa, pemandangan di waktu malam lagi best kot, sebab ada lampu sepanjang sungai dan di jambatan-jambatan yang dilalui. jadi target lain kali : pergi malam. (bila ntah tuu)..

destinasi kedua : menara taming sari. macam mana ya nak cerita pasal menara nih? erm.. bayaran masuk : rm 10 setelah mendapat 50% diskaun sebab warganegara Malaysia. nanti kena tunjuk Mycard la kat kaunter tuh. pelancong asing kena bayar RM20. ok la tuh, dapat separuh harga kan? hehe :) naik menara ni, kami dapat lihat seluruh pemandangan banda hilir dari atas. ia berpusing-pusing. nampak selat melaka jugak! nampak kapal-kapal yang ada di selat melaka. tapi hujan rintik-rintik bila duk atas sana. jadi, tak boleh nak ambil gambar sangat lah.

destinasi ketiga : replika kapal Flor De Lamar dan muzium samudera serta muzium TLDM. bayaran masuk : RM3 combo untuk 3 tempat ni. Yang paling menarik antara ketiga-tiga ini semestinya replika kapal tu. di dalamnya ada muzium yang dinamakan Muzium Samudera I. dalam muzium ni ada replika matawang yang digunakan pada zaman dahulu (ada matawang tembaga bentuk buaya!), tayangan sejarah, replika pelbagai jenis kapal (besar oo!). lepas tu ke muzium Samudera II, letaknya bersebelahan replika kapal ni. kat dalam tu, lebih kurang dengan muzium samudera I jugak. cuma yang ni design dalam dia macam lawa sikit. ada satu tempat tu, ala-ala underwater world gitu. kemudian ke muzium TLDM dan berkenalan dengan pakaian seragam TLDM dan pangkat-pangkatnya, jenis-jenis ikatan tali, juga masuk ke dalam replika kapal laut. sempitnya ruang kat dalam kapal tu nak pergi ke tempat kapten. kesimpulan : ketiga-tiga muzium ini menarik dengan caranya tersendiri. :D

destinasi keempat : ke kereta, makan nasi goreng yang dibawa dari rumah. ha-ha-ha. bajet sungguh!

destinasi kelima : muzium kesultanan melayu melaka. ekin yang nak masuk, kami pun ikut sekali. macam menarik bila tengok bangunan dia (uish, menilai buku daripada muka depannya?). kali ni kami ambil tiket konsesi (maksudnya kami kena bayar RM 3 untuk melawat 9 buah muzium di sekitar ni dan 3 buah galeri). masa ni kami baru sedar akan kewujudan tiket konsesi sebenarnya. kalau tahu dari awal lagi, boleh beli terus untuk masuk muzium samudera dan muzium TLDM tu sebab dua-dua muzium ni masuk sekali dalam tiket tu. dalam muzium kesultanan melayu melaka ni banyak dia letak replika pedagang-pedagang dari pelbagai negara yang datang berdagang di melaka suatu masa dahulu (sila balik baca buku sejarah. hehe), pakian tradisional masyarakat setiap negeri, set persalinan putera dan puteri raja. eh saya jumpa sesuatu di sini. Tun Teja. (jadi teringat pada kak srisufi)

destinasi keenam : A. Famosa dan bukit St. Paul. Ramai sungguh orang bergambar di kota A Famosa ni. Nak naik ke bukit St. Paul kami kena mendaki bukit, tapi ada tangga la. jadi, mendaki tangga lah. huyyo, banyaknya anak tangga dia! Tapi ada jugak orang lepak-lepak di tepi tangga tu. ish, mengganggu laluan sungguh! Sampai atas sana.. waah! ramainya orang. bersesak-sesak. ada jugak pengantin yang datang untuk bergambar di sini. bertambahlah jumlah orangnya. Dari atas sana, boleh tengok pemandangan banda hilir, selat melaka, eye on malaysia, menara taming sari, stadium pahlawan, muzium-muzium di sekitarnya. Naik sat je, sebab ramai orang. malas nak menambah bilangan orangnya. cheh, alasan! sebenarnya masa dah suntuk.

destinasi ketujuh : bangunan Stadhyus dan galeri Cheng Ho. Turun bawah, berjumpa dengan bangunan Stadhuys yang dibina bersama galeri Cheng Ho. Bangunan Stadhyus, salah satu daripada landmark Melaka. bangunannya berwarna merah (tapi saya nampak banyak je bangunan sekitar sini warna merah). Dalam tu ada penemuan-penemuan tembikar, seramik (teringat CBC. hoho), peralatan yang digunapakai ketika bersawah, suasana di kedai majalah, warung, perkahwinan orang melayu, cina, dan chitty, replika kota melaka di zaman penjajahan British dan Jepun. untuk siapa-siapa yang minat sejarah, tempat ni saya syorkan untuk dilawati. *promosi nih*

ada banyak lagi muzium yang kami tak masuk. ada muzium setem, muzium kecantikan (mengikut tafsiran puak-puak tertentu macam ada sesetengah kata cantik bila leher jinjang, kaki kecil, telinga panjang dan macam-macam lagi lah), muzium penderaan (woh, takut lah! tengok pamplet dia pun saya tak berani nak masuk. sat lagi jadi mimpi ngeri. haha, penakut!), muzium seni, galeri rakyat, muzium kesenian islam.

destinasi kelapan : Eye on Malaysia Malacca. Tempatnya jauh sikit daripada kompleks muzium-muzium tu. kena naik kereta dan menyeberangi sungai melaka. sampai di sana, tak ramai orang sangat. pelik jugak, mungkin sebab tempat ni agak jauh daripada tempat-tempat tadi kot. nanti nak ke sana kena masuk lorong-lorong kecik lagi. bayaran nak naik : RM8. ni setelah mendapat diskaun 50% untuk warganegara. bayaran sebelumnya : RM 16 untuk pelajar. untuk pelancong asing : RM20. wahwah. :D naik ni dia bagi enam pusingan. kalau kira secara kasarnya, dalam seringgit lebih la satu pusingan, kan? ade pulak kira gini. hiho~

destinasi akhir : balik rumah ekin! hahaha. masa tu dah pukul 5petang. perjalanan dari banda hilir ke rumah ekin memakan masa dalam satu jam, kalau ikut lebuhraya. tambah tolak dengan tak berapa kenal jalan, jadi cukuplah tu untuk sampai jam 6.30petang. tu pun, tersilap masuk jalan sat. main ikut gerak hati je nak ambik jalan mana. ngeh ngeh~

naik bas balik kelantan di alor gajah. kat tiket dia tulis bas bertolak jam 8.30malam. tiba di stesen alor gajah awal sikit. masa ru bas tak sampai lagi. ni sebab bas tu sebenarnya dari melaka central, berhenti sekejap di alor gajah mengambil penumpang. ada cerita pasal bas ni. lepas ambil kami dan seorang lagi penumpang di alor gajah, dia turun ke segamat. a-pakah? hmmm, saya fikir : mesti lambat sampai ni.. berhenti di segamat dalam setengah jam jugak la, baru bertolak balik naik lebuhraya menuju KL. lepas tu, saya tak tahu dia naik ke mana dah, sebab saya tidur. penat laa. ngee. saya terjaga bila bas tu berhenti untuk beri laluan lepada penumpang untuk makan. tapi saya tak pasti lah di mana tempatnya. sejam jugak la berhenti baru teruskan perjalanan balik. kemudian, saya sedar balik bila sampai di satu bandar ni. dalam hati cakap : dah sampai kelantan kot. masa tu jam 5 pagi. cepat jugak ya. lepas tu bila tengok skrin telefon, celcom tulis : batu burok2. aaa! dan ternampak : hospital sultanah zahirah, juga replika batu bersurat. a-pakah? pukul 5 pagi baru sampai di kuala terengganu?? aish, pukul berapa nak sampai KB nih...

jam 7pagi, bas pulak ada masalah. saya dan dina kena tukar bas lain. nasib baik masa naik bas lain tu ada tempat duduk. tapi kesian jugak, sebab ada ramai jugak yang tak ada tempat duduk. huhu. bas tu ambil jalan permaisuri-besut-pasir puteh. berhenti makan di depan kompleks sekolah kamil di pasir putih. masa tu jam 8.30pagi.. alamak, bila nak sampai ni? huhu.

selepas penat menunggu (chewah), akhirnya saya pun nampaklah pasaraya segar, balai islam, Billion, KB mall dan stesen bas KB. waktu tu jam 10 pagi. dina dah turun masa sampai di pasir tumboh. lama tak perjalanan saya kali ni? naik jam 8.30 malam, sampai jam 10 pagi? 13jam setengah duduk atas bas. perghh!! sampai di stesen bas, saya naik teksi. tak mahu susahkan abi untuk datang ambil, lagipun abi cakap kereta tak boleh nak lalu dekat Bunohan. tambang teksi kali ni memeranjatkan saya. RM25 nak ke pengkalan kubor? aish! biasanya RM5 sahaja. disebabkan oleh keadaan terdesak, saya pun ambil jugakla teksi tu.. teringat pulak harga teksi di pulau pinang. aish aish~ dan teksi tu ambil jalan Berangan nak elak air banjir.

sampai di rumah jam 12 tengah hari. wahah! lama sungguh perjalanan kali ni. mungkin sebab banjir jugak kot, bas ambil jalan lain. huhu~ sampai rumah, sangat sedih sebab dah tak sempat nak bertemu muka dengan Amani. ingatkan balik ni bolehla jumpa sat dengan dia, tapi.......hmmm.. kita merancang, Dia yang menentukan, kan? Amani dah pindah ke Melaka, mengikut emaknya yang kena mengajar di Melaka. mereka sekeluarga bertolak dari kelantan ke melaka jam 9 pagi. bila pulak la boleh jumpa dia lepas ni.. seorang lagi.. huu~ (Amani ni satu-satunya kawan saya yang satu sekolah rendah, satu sekolah menengah di kedua-dua buah sekolah, juga pernah satu universiti, sekejap dengan saya.. dan paling dekat, satu kampung)

--------------------------
psst:
  1. macam promosi pelancongan aja gayanya saya bercerita. siap ada harga masuk ke setiap tempat lagi.. huihui
  2. gambar-gambarnya lain kali je lah.. ;)
  3. salam eidulladha untuk semua! :)

25.11.09

ke melaka (i)


hari pertama di melaka
bertolak dari rumah cik ekin jam 10.30 pagi, tapi ni pun bukan terus berjalan-jalan. sebab ayah ekin suruh ekin pergi kenduri kahwin di kampung sebelah. dan, kami pun kena ikut sekali. aaapakah? keseganan dah la, sebab nak kena pergi rumah orang yang tak kenal, kenduri kahwin pulak tu. erk! dalam keseganan tu pun, terpaksa lah pergi.. huu, takpe, takpe.. ekin ada.. sampai sana, kena daftar dulu (oh, kat melaka memang macam ni ekin kata. kalau pergi kenduri kahwin, kena daftar dengan tunjuk kad jemputan dan mereka akan tulis nama orang yang datang. sambil tu, bagilah sedikit duit 'ngele'-bak kata orang kelantan- sekali dengan sampul tu). lepas tu, barulah akan dijemput makan. suasana di kenduri itu : ada DJ mainkan lagu dan berceloteh, ada khemah warna oren, ada pintu gerbang bunga-bunga!. ekin cakap biasanya akan ada kompang, karaoke, dan pertunjukan silat bila pengantin masuk berarak. aish, kenapa saya rasa macam susah aja ye? :D

okeh, dalam pukul 12 kami bertolak ke ayer keroh selepas menghantar kak misah ke rumah. destinasi pertama : rumah tradisional di malaysia (eh, betul ke nama tempat ni?). ahaha, jadi budak-budak jap. kat sini jumpa rombongan budak sekolah yang buat lawatan sambil belajar. sekolah rendah. wah, bestlah depa! sekolah rendah dah buat lawatan ke tempat-tempat macam ni. saya dulu... (okeh okeh, jangan compare).

antara banyak-banyak rumah tradisional ni, rumah sabah dan sarawak paling menarik perhatian. sebabnya? ia lain sikit daripada rumah kat semenanjung nih. tangga rumah sabah kena langkau besar-besar. lantainya diperbuat daripada buluh. tangga rumah sarawak dia buat dengan batang kayu balak (kot? sebab kayu tu besar amat) yang dibuat lubang (macam orang buat masa nak panjat pokok kelapa tuh). tapi, menarik! ahaa, memangla sebab tak sama dengan yang di tempat kita. rasa macam unik la sikit. walhalnya kalau mereka datang sini pun mesti kata rumah di semenanjung yang menarik. betul tak? (pandai-pandai je saya buat inferens sendiri).

destinasi kedua : ke zoo melaka. waah! di sini memang mencabar kaki. lenguh aih berjalan jauh. besar zoo dia. binatang-binatang kat zoo ni pulak besar-besar. gajah dan kuda boleh naik. nak naik, tapi ramai orang tengah beratur la pulak hari tu. besar gajah dia! lepas tu, bermulalah sesi berkenalan dengan haiwan. ada burung, ular, singa, beruang, harimau bintang, burung kakak tua( besar oh!) dll. jenuh mengira dan berjalan. rugi rasa tak naik tram dia. konon-kononnya mahu berjalan la. last last, sakit seluruh badan. haha, inilah faedahnya kalau dah lama tak berjalan jauh. (rindu hiking dan jungle trekking lah!). ada jugak pertunjukan gajah. ahaa, orang yang tak pernah tengok pertunjukan haiwan secara langsung macam saya ni memang akan mudah teruja sikit. :D

lepas tu ke dataran (erk, ape dah nama dia?). snap gambar sikit dan kembali meneruskan perjalanan ke masjid al-azim. ekin beria-ia nak tunjuk masjid al-azim kepada kami. dia kata masjid al-azim ni besar. ok lah, mari ikut dia. takpe, sebab dia yang drive :D sampai di sana, ya! besar sungguh masjid dia. rekaan dia, agak unik sikit. tengok kubah dia.

meminjam gambar dari sini sebab semua gambar masih dengan dina.

usai solat zohor dan asar secara jama' dan qasar, perut minta diisi. lapar oh! bila cakap kat ekin, dia cakap : aku pun tak tahu jalan kat sini. alamak! okeh, kita cari pasaraya jom! lepas tu, bertemu dengan signboard ke tesco. tesco pun tesco lah. kat tesco ada food court dak? ada. jadi, destinasi seterusnya : ke tesco! sampai di tesco, mencari food court. hasilnya, satu ABC, satu bihun tomyam, satu nasi goreng, dan satu bihun sup telah ditempah. lepas tu, alhamdulillah.. kenyang! :D

hari sudah malam. tak boleh nak pergi mana-mana dah la. maka, kami pun bergerak pulang. sebelum tu, ekin tunjuk bandar alor gajah yang indah disinari lampu pada waktu malam. dan, ada hot spot free! perjalanan hari tu menyampaikan kami ke rumah ekin jam 9malam.

bersambung... (tiba-tiba rasa macam buat movie pulak, siap ada bersambung bagai)

lepas exam

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

baru balik dari taba. uffh, penat oh. banyak cerita untuk dikongsi sebenarnya. nanti saya cerita satu-satu.

mari panggil memori balik. lepas habis exam hari tu, kami (aisya, dina, ekin, puey fong, jega, chia gen, poay yen, sze yan dan saya) pergi makan di kedai peladang. kedai peladang ni boleh dikatakan tersohor jugakla di balik pulau ni, sebab setiap kali saya pergi mesti penuh je pelanggan dan meja pun kadang-kadang memaksa kami untuk tapau dan makan di rumah sahaja. selepas bersembang sambil makan, ke kedai balqis mencari muffin (muffin coklat kat kedai ni best!). dan, terjumpa dengan junior third year kami di sana. masa tu, depa baru habis exam dan juga mahu makan di kedai peladang (haa, kan dah kata, kedai ni famous!). mereka tanya : nak ikut ke Bukit Merah tak? waah! tawarn yang menarik, tapi kami dah ada rancangan lain. nanti pergi lain kali je lah.. huu~

petang tu, berjalan-jalan lagi ke BJ. cik ekin dan cik dina mahu cari baju. disebabkan oleh kebosanan, jadi saya pun ikut sekali. aisya sertai kami di BJ. jadilah kami keluar berempat. selepas melenguhkan kaki pusing-pusing sekitar kedai di BJ tu, kami makan petang di dominos. ahaa, dominos lagi! ni sebab terpengaruh dengan miss hafsa la ni, dia cakap pizza kat dominos lagi sedap daripada pizza kat pizza hut (teringat ada ustaz saya baca pizza hut dengan bacaan piza hut, bukan piza hat. aish). dan, saya rasa memang pun.. pizza kat dominos lagi best. tapi, tu bergantung kepada taste seseorang jugak la. nasib baik la kat kelantan tak ada dominos!

dan di sini, ketika memesan pizza kat dominos ni saya dapat satu kejutan! oh, i love surprise! saya pernah cakap, kan? terima kasih kepada mereka sekali lagi, kerana saya dapat 'leny' (diberi nama oleh mereka). hohoh~

keesokan harinya (21hb)
kami bertolak ke melaka. naik kereta cik ekin. dalam kereta ada lima orang (saya, dina, ekin, nalina dan jega).. bertolak jam 9.15 pagi. dari penang ke KL, jega yang pandu. perjalanan memakan masa selama 5 jam, terlebih satu jam dari yang biasa sebab cuaca tak mengizinkan untuk memandu dengan kelajuan yang agak laju. jadi, kami sampai di rumah jega dalam jam 2petang. sampai sana, berjumpa dengan kein lee! 'anak angkat' keluarga jega, berusia 2 tahun setengah. comel sungguh budak itu bila dia senyum. mula-mula dia tak bercakap sangat sebab mungkin pelik kot tiba-tiba tengok ada orang lain kat rumah, bertudung pulak tu. tapi lama-lama, dia dah boleh bercakap dan ketawa. ouh, co-mel lah! budak-budak memang comel, kan? :D

bergerak dari KL (puchong) ke melaka jam 3petang. lalulintas di highway nak masuk seremban agak sesak. dan, ada sesuatu yang tak dapat dilupakan berlaku di situ (yang akan kami ingat bila teringat cerita ke melaka ni. ya!). sampai rumah cik ekin dalam jam 8.30malam. huh, penat oh! walaupun duduk je dalam kereta (sebab ekin yang pandu dari KL-melaka) tapi masih.. masih rasa penatnya itu. yang peliknya bila sampai rumah ekin, bukannya nak terus berehat pun. lepas makan, sempat lagi duk layan TV dengan kak misah dan skim buku lentera mustika yang ada kat umah ekin. haha, buku lagi!

alamaks! dah panjang la.. erm, ni tak masuk cerita pergi jalan-jalan lagi ni.. saya sambung dalam entri lain lah ye :D

p/s:
  1. saya buka google reader, dan ia bercatat : 88 new items! alamak, macam mana nak habiskan semuanya ni?.. nanti saya baca satu-satu ya.
  2. Zahrah de Tigris sudah habis separuh. *peace2*
  3. check plurk. aaaa!! karma jatuh! macam mana nak freezekan ia, eh?
-----------------------------------
air di neting tempat roadblock UPP tak melimpah sampai atas jalan lagi. jadi, kereta masih boleh lalu ikut jalan tu.. sekian, berita melaporkan.

21.11.09

buku

lepas exam semalam, ke BJ bersama dina, ekin dan aisya. dan, tergrab ini..

jadi bertambahlah satu lagi stok untuk cuti ni.. aish, sempat habis ke tak ni.. satu lagi yang dah ada kat dalam komputer ni.. :P