Bismillaahirrahmaanirrahiim..
2 tahun yang lalu, dia datang ke sini. kedatangannya membawa kenangan untuk dipahatkan dalam memori setiap daripada kami..sepanjang dia berada di sini, banyak memori terindah dikongsi bersama. dan, pemergiannya dirasakan satu kehilangan..
dulu, sebelum dia mengajar, dia akan sentiasa beri makanan kepada kami..ada kuih kapit, 'lepuk' durian, biskut, coklat, coklat malt (dalam peket, untuk diminum di umah atau hostel)..wah, banyak yang dia telah berikan kepada kami. dia anjurkan parti besday andai ada di antara kami yang menyambut hari lahir pada hari itu. dia yang memulakan tradisi itu, tapi sekarang tradisi itu sudah jarang berlaku. terasa hubungan kami (pelajar dengan pensyarah) begitu erat.
dia seorang yang baik. dia seorang yang pemurah. dia seorang yang mengambil berat. dia seorang yang ceria. dia seorang yang sentiasa bersemangat. dia seorang yang rendah diri. dia amat menjaga perasaan orang. dia seorang dia! he is he.. :)
dia selalu makan youghurt for lunch. dia jarang makan makanan yang berat. dia suka makan buah2an. bila cuti panjang, dia akan ke australia kerana isterinya berada di sana. hari ni, dia juga berada di aussie..sekarang, dia jadi lecturer kat HICT (HELP international college of technology)..all da best, sir! :)
dia ialah Dr.Chua Swee Ong. dan, hari ini bersamaan 23 januari ialah hari lahirnya. hepi besday, dr.chua!
miss lim and dr.chua
2 comments:
wuuu rindu kat dr chua!
yaya.. kami juga!
jom kite fly ke sana, nak? hehe ;)
Post a Comment