19.2.10

lemas

Bismillahirrahmaanirrahiim..

pergi rumah cikma tadi. ingat nak ajak pi pantai geting malam ni. bila sampai, adib dan alif kata cikma dah pi pantai. check hp, ada 2 misscall. dari : cikma. oh oh. call balik, cikma ajak makan bihun goreng di pantai. yeah! :D

jalan kaki beberapa langkah, sampai ke rumah kholati. ajak aliya pergi pantai. aliya kata : on. telefon rumah tanya ummi, aman nak pergi ke tak. ummi kata : balik jah la ambik aman, yo mesti nok gi. ok.

dalam 6.40pm, sampai pantai geting. whoah!! ramainya orang! alamaks, parking mesti susah. round kereta cari parking, macam-macam kereta ada tapi tempat parking dah penuh. bila jumpa, terlepas pulak. adeih. jenuh mencari, akhirnya jumpa parking. agak jauh daripada tempat perkelahan. kekaguman dengan ramainya orang tak habis lagi. memang lah ramai. sebelum ni kalau saya datang sini pun, tak ada la seramai ni. dengan layang-layang nya yang banyak menari di udara, masih bertuan. ataupun, sebab saya dah lama tak datang sini? ye ke? dalam 2 bulan dah kot. lama ke? takdela.. :D haa!! ataupun sebab malam ni ada konsert hijjaz sempena sambutan maulidurrasul? mungkin. tapi, awalnya datang! konsert mula jam 9.

tengah melayan bihun goreng, dan melihat kerenah manusia.. tiba-tiba bunyi siren polis. uish? lepas tu, orang mula berkerumun di gigi air (tepi pantai). mulanya, tak ramai sangat. lama-lama semakin ramai. apakah? tiga orang 'wartawan' cilik dikerahkan meninjau keadaan; aman + anisa + afina. eh bukan kerahan, mereka menawarkan diri. dan, cikma bagi. hehe.

tak lama lepas tu, berita dilaporkan. (good job! *thumbs up*) ada dua orang disyaki lemas. tapi, seorang selamat. dua beradik. si abang, selamat. si adik, masih tak dapat dijejaki. hingga saya balik tadi pun, masih belum ada berita terkini. huu~

bahaya betul la mandi laut sekarang ni. pantai tu agak dalam (kalau nak dibandingkan dengan pantai melawi yang agak landai). kalau baru nak pandai berenang tu, baik la jangan mandi laut awal-awal lagi. kalau nak mandi sangat, cari tempat yang 'agak selamat' sikit ke. baru-baru ni pun ada orang lemas. tak cukup bagi pengajaran, berani pulak mereka ni mandi ke tengah laut, kat sini. tapi tu la, kalau belum kena belum rasa nak menyesal ke apa. [-_-"]

dan, sepatutnya kena letak papan tanda : awas! dilarang mandi laut. kan? -D

2 comments:

Anonymous said...

ish takot nya bunyi lmas2 ni...da la rmai anak buah kecik2 suka pi pantai tu kat sna...hopefully sorg lg slamat

nurunnuha said...

huhu. semalam, masa saya p dengar hijjaz tu nampak mereka tengah duk cari lagi, tak jumpa lagi. hari ni saya tak sure la pulak dah jumpa ke belum...