16.3.10

sabtu


tengah ada mood nak bercerita.. =D
mari undur masa~~

jumaat lepas..
dapat satu pengalaman baru. ada program kat sribu, ina mintak saya dan kema tolong. lama dah tak terlibat dengan benda-benda begini sebenarnya. tu yang rasa macam tak layak je. mula-mula ina kata peserta tu budak-budak sekolah rendah je. nasib baik la jugak. huhu. ok lah sikit kot handle budak sekolah rendah berbanding sekolah menengah..

malam tu ada taklimat, esoknya program. kem smart solat nama dia. kami diminta tolong uji cara budak-budak tu berwudhu' dan periksa bacaan dalam solat mereka. letak markah sekali, untuk dimasukkan dalam sijil mereka. pesertanya terdiri daripada budak-budak darjah satu sampai tiga, buat kat masjid samagagah. seronok lah! bermain dengan budak-budak kan.. dan melayan kerenah mereka. teringat pula pada sepupu-sepupu saya kat rumah sana.

banyak cakap. banyak tanya. ada jugak yang malu malu. tapi pada mulanya je lah. aktif. habis program, lepas zohor. saya balik awal sikit, sebab ada hal lain. sebelum balik, sempat jumpa dengan budak-budak ni..

setiap kali nak solat, mesti saya teringat kat depa ni..
[balqis, dayah, aliya, basyirah, nuha, dinie]

sabtu malam..
IPSA buat dinner untuk budak-budak farmasi ICT. buat kat northam hotel. kali pertama kami buat. ye la, sebelum ni mana pernah buat lagi. hehe :D dinner kali ni, ajknya ialah junior-junior saya. bagi saya, ia berjaya. dan meriah! bagi kami yang tak pernah anjurkan event yang besar begini, memang saya rasa ia sangat berjaya lah!. i'm proud of you la my dear juniors.. malam tu, semua melaram habis. nampak lain semua. bergaya dan erm erm nampak lain lah! yang lelakinya dengan gaya mereka, dan perempuan pulak dengan gaya mereka tersendiri. plan A saya terpaksa ditukar ke rancangan B setelah kena tapis kaw kaw dengan roomate saya. hadeh. T___T plan A nya macam mane? biarlah rahsia.. jadi, malam tu saya guna rancangan B je lah. hoho~ saya rasa semua orang gembira malam tu, kan? ada persembahan dari semua batch. tak terkecuali daripada batch kami. tapi adeii, tak tahu kenapa malam tu semua pakat malu-malu je nak perform.. sebelum tu, punyala praktis sampai smooth. (kutuk batch sendiri.. hehe, bila lagi.. =p). lecturer pun ada jugak yang turut serta. disebabkan oleh kebanyakan lecturer kami dari negara asia barat, jadi mereka buat persembahan ikut budaya mereka..

dapat ini (mug + keychain) satu sorang sebagai kenangan..
kecuali pin tu, ada orang bagi. =)

oh lupe! ada voucher focus point rm30 saya tak guna lagi.. ada sesiapa nak?

-------------------------------------
esok mula klerk O&G kat hospital.

No comments: