14.3.10

psychiatry (ii)


hari pertama
saya datang agak awal, sebab van sampai awal. ahli kumpulan saya yang lain tak sampai lagi. berkebetulan hari ni pelajar-pelajar PMC ada klinik. sempatla berbual sikit-sikit dengan mereka. 9 pagi, kami dibenarkan masuk, lepas semua orang dah datang. minggu ni ada 10 pesakit ditempatkan di wad. jadi, seorang satu kes la. saya dapat kes 'chronic schizophrenia'. dia dimasukkan ke sini 11 september tahun lepas. (dalam 6 bulan dah la kiranya). mula-mula masuk dia agak agresif. tiba-tiba je meraung-raung, baling selipar kepada pesakit lain, berhalusinasi, delusi. mak dan ayah dia dah meninggal. dia tinggal seorang diri. kebanyakan kes kat sini, skizofrenia. tak kira kes relapse ataupun dah kronik.

puan fatimah sampai dalam jam 11. kami kena bentangkan kes secara ringkas kepada dia. dan dapat tugasan kedua, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. satu dapat kes relapse schizo, satu dapat kes bipolar mood disorder, satu lagi dapat kes skizofrenia jugak.

petangnya, kami kena interview pesakit. pesakit yang saya dapat tu sekarang ni dah agak stabil. bercakap pun ok, ada eye contact, faham soalan - boleh jawab dengan baik, makan berselera, cuma saya tengok dia agak murung sikit. tanya 10 patah, jawab sepatah. huhu~ mungkin masih tak boleh nak adapt dengan saya kot.

hari kedua
pun datang awal. ahaa, memang datang awal la klerkship kali ni. sebab saya tak kenal jalan kalau nak bawak motor. jauh jugak la daripada HPP. nak tak nak, memang kena naik van yang kolej sediakan. bagus ape, boleh jimatkan minyak dan tenaga. :p

kali ni, pesakit saya agak banyak cakap sikit. nampak la perubahan dia. suka la berbual dengan dia. kali ni, ada pesakit lain duk tepi dia. (mat punye patient) dengar-dengar kami berbual. kadang-kadang saya tegur tegur jugak dia. boleh la. jawab jugak la soalan saya. teringat pesan puan fatimah, nak bercakap dengan pesakit kat sini kena 'pandai' sikit. bukan boleh main terjah macam pesakit lain. tapi kalau mereka dah boleh adapt, takpe la. selalu je terrmasuk topik peribadi bila bercakap dengan mereka. mereka pulak tu yang tanya. haru sungguh la hai..

A : lawa cincin..
N : (senyum)
A : ada tunang dah?
N : (senyum lagi) takde..
A : siapa yang bagi?
N : mak..
A : dulu, saya pun ada cincin jugak.. gelang pun. banyak.. lepas tu mak ambik semua.

mula-mula bercakap dengan dia, saya ingatkan dia tak pernah berkahwin. rupa-rupanya lepas tengok rekod, dia pernah berkahwin suatu masa dulu. tu kot yang dia kata dulu dia pernah ada cincin dan gelang..

A : esok datang lagi, kan?
N : insyaAllah.. datang lagi.. (sambil senyum.. )

hari ketiga
tak sempat nak interview dia. sebab pagi-pagi lagi, nurse yang bertugas bawak dia pergi buat OT (occupational therapy). jadi, saya ambik masa pagi tu untuk baca rekod dia yang lama-lama. masa tu lah, baru saya tahu mula-mula dia didiagnos skizo tahun 1993. lama jugak tuh.. tengok rekod ubat dia, dia ambik haloperidol 10mg BD, artane (benzhexol/trihexyphenidyl) 2mg OM, flupenthixol stat 1/52..

hari ni klerkship separuh hari. lepas baca rekod, puan fatimah nak jumpa kami, untuk diskusi kes sara. hari pertama sara tak boleh nak datang sebab dia ada interview kat usm. sempat datang petang je. jadi, dia kena bentangkan kes secara ringkas hari ni. lepas tu kami dapat pulak tugasan ketiga. pasal lebih dos benzodiazepin. jadi memang tak sempatla nak temubual pesakit saya. huu. ingatkan boleh la berborak sekejap, dan nak bagi sendiri sesuatu kat dia sebagai hadiah. akhirnya, saya mintak tolong jururawat kat situ je bagi kat dia. huhu~


-------------------------------------
nota untuk diri : bersyukurlah! kerana kamu masih dikurniakan akal untuk berfikir secara waras. dan bersyukurlah! nikmat akal itu masih Tuhan pinjamkan. satu kelebihan mereka, tak perlu dihisab di akhirat nanti kalau ada buat apa-apa dosa.

No comments: