24.3.10

surgery + radiopharmacy


week : fifth
department : surgery + radiopharmacy also known as nuclear medicine (jabatan ubat nuklear). tuudia nama jabatan, siap ada nuklear lagi.. huhu

++++++++++++++++++++++++++

wad pembedahan di blok C, tingkat 2 ( ke 3 eh? alamaks, lupa) hospital pulau pinang. kami ada dua hari di hospital untuk kelerksyip ni. ufh, klerksyip ni lah klerksyip yang paling banyak assignment kena buat. ada dua jabatan (pembedahan + radiofarmasi), tiap satu jabatan kena buat satu laporan individu dan satu laporan kumpulan. jadinya kena siapkan 4 laporan, dan perlu cari empat, diulangi, empat kes. phew! dan untuk kumpulan kami kena cari kes berkaitan ejen DTPA untuk jabatan radiofarmasi. kami dibahagikan kepada dua kumpulan kecil pula. nak jimatkan masa. satu kumpulan cari kes bagi surgery, satu kumpulan lagi cari kes untuk radiofarmasi. lepas dah dapat kes kumpulan, kami tukar. kumpulan yang cari kes untuk surgery tadi, pergi cari kes untuk radiofarmasi pula, dan sebaliknya.

cari kes untuk surgery agak membosankan. ehe. =p. dapat kes yang complicated, bersusun-susun ubat yang pesakit kena ambil. nanti kami kena senaraikan semua ubat yang dia ambil, dan tengok kalau ada DRP (drug-related problem) ke, ber komen pasal ubat tu la. ada empat wad khas untuk pembedahan sahaja. general surgery, accident, orthopedic, (ape dah ye satu lagi? hurmm). haa! untuk kes melibatkan pembedahan, biasanya pesakit kena ambil antibiotik sebelum dan selepas pembedahan. tapi tu bergantung kepada jenis pembedahan juga la.

untuk jabatan radiofarmasi,
kami ada sedikit penerangan daripada doktor pagi tu. berbincang tentang tugas-tugas ahli farmasi di jabatan ubat nuklear tu, bincang tentang jenis-jenis scan yang ada kat situ (CT, PET, PET-CT, MRI), prosedur yang perlu pesakit ikut sebelum menjalankan scan, ejen yang terlibat (FDG, DTPA, iodin, etc). lepas tu, kami dibawa melihat sekitar jabatan tu. err, aci tak kalau cerita pasal radiofarmasi ni saya serahkan kepada entri cik ekin? (ngeh, ekin. aku rasa macam malas pula nak bercerita panjang-panjang. alang-alang ko dah cerita dengan bersemangatnya kat dalam blog tu, aku pautkan aje lah ke blog ko ye. hehe)

pembentangan kes kumpulan (kumpulan sahaja. kalau nak bentang semua, tak cukup masa pula) pada hari jumaat. masa ni lah saya terjumpa dengan benda ni:


ia dipanggil Wong-Baker faces scale, untuk uji tahan kesakitan. biasa digunakan untuk kanak-kanak. kan kanak-kanak tak boleh bercakap apa tahap sakit dia. tapi saya rasa macam boleh guna je untuk kita. eheh.

No comments: