jabatan : obstetric and gynaecology (O&G)
+++++++++++++++++++++++++++++++++
jabatan O&G HPP letaknya di luar kawasan hospital. bersebelahan dengan kolej kejururawatan. kami kena klerksyip kat sini selama 2 hari. kedua-dua hari saya guna khidmat van kolej.
duduk di wad obstetrik ni kena belajar banyak singkatan baru. antaranya:
FM : fetal movement
FHR : fetal heart rate (fetal punya HR lagi tinggi daripada kita biasanya)
EMLSCS : emergency lower segment caeserean section
G3P2 : 3gravida (3 kali mengandung termasuk yang terbaru) 2parity (2 anak yang hidup)
masalah biasa untuk ibu-ibu mengandung ialah hypertension dan diabetes. tapi, istilahnya dah jadi lain. untuk hypertension, jadi pre-eclampsia ataupun eclampsia (hypertension + seizure/convulsion). untuk diabetes pula, ubah sikit je jadi gestational diabetes (ibu dapat diabetes bila mengandung). untuk ibu yang ada diabetes, dikhuatiri akan melahirkan anak besar dan berlaku komplikasi semasa melahirkan.
di pagi hari pertama, ada sedikit penerangan daripada dr. zuraidah dalam wad. selebihnya diserahkan kepada kami, macam mana nak isi masa sebelum balik pkul 5 petang. tengah hari tu, kami cari pesakit, seorang satu. pesakit saya ada gestational diabetes mellitus (GDM) tapi dapat dikawal dengan pengambilan diet yang sesuai. dia dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. tapi diusahakan dengan induce labour, sebabnya masa kelahiran dah lepas. 3 dos doktor bagi dinoprostone (prostin®) 3mg tapi masih lagi tak jalan. tak ada kontraksi, tak ada PV loss. akhirnya, diputuskan untuk EMLSCS. dan, selamat melahirkan setelah hampir sejam berada dalam operation theater (OT).
hari kedua, kami masih kena ikuti perkembangan pesakit. ambil apa-apa bacaan yang perlu. kami juga diberi peluang untuk melihat proses kelahiran secara normal dan kelahiran secara caeserean. tapi saya pilih untuk tengok yang ceaseran sahaja. huhu, takut~~
seperti sebelum ni, saya nak bagi nota ni sekali lagi (untuk sesiapa yang sudi baca la):
for those who is still single, please do appreciate our mother.. and for those who is married, please do appreciate your mother and wife.petang hari kedua, ada sedikit penerangan daripada salah seorang doktor kat situ. dia bercerita tentang prosedur-prosedur yang biasa mereka buat jika pesakit yang datang tu ada pre-eclampsia/eclampsia/GDM. juga bercerita serba sedikit ubat yang digunakan di hospital bersalin tu. saya juga sempat meronda hospital tu. ada 2 tingkat. OT room dan wad kelas ketiga di tingkat bawah. wad kelas pertama dan kedua di tingkat satu, wad NICU di tingkat atas. hari ketiga klerksyip, kami kena bentang kes masing-masing di clinical lab, school.
--------------------------
bermula entri ni saya edit tarikh publishnya. hehe =D
No comments:
Post a Comment