8.3.10

psychiatry (i)


minggu ni minggu klerkship psikiatrik (betul eh eja macam ni?).. wad psikiatrik untuk HPP terletak di jalan perak. jauh jugak la daripada HPP (hospital pulau pinang). kalau jalan kaki, memang tak larat la.. hari ni ada briefing sikit daripada puan fatimatuzzahra' (wow, nama dia lawa! secantik tuan nya.. hehe) aka puan fatimah. esok baru mula attachment kat jalan perak. macam biasa, kami kena cari satu kes seorang. tapi kalau tak cukup macam kumpulan minggu lepas, kena kongsi kes la jugak..

masa briefing tadi, ada tayangan cerita 'the uninvited' (ade sesiapa pernah tengok?). puan fatimah cakap kami kumpulan pertama yang dapat tengok, sebab dia nak buat perubahan sikit daripada sebelum ni. amaran awal : ambik yang baik-baik sahaja. yang buruk-buruk tu buang jauh-jauh. mula-mula tengok cover cd dia macam menakutkan je. "uish, takkan nak tayangkan cerita hantu kot?" agaga. tapi bila dah tengok, ok.. bukan cerita hantu pun. cerita pasal seorang budak ni yang ada schizofrenia (kot?).. dia ada simptom-simptom macam halusinasi, delusi, agresif, insomnia, selalu mimpi ngeri.. dia selalu je terbayang-bayang mak dan kakak dia yang dah meninggal lama dulu, sampai akhirnya dia menjadi seorang murderer secara tidak sengaja. hurmm.. dalam cerita tu ade la part yang datang secara mengejut, sampai ada orang terjerit kecil. dan, saya pun sempat jugak la terpegang kerusi mei ling kat depan saya tu.. terkejut oo, tiba-tiba je keluar muka orang.. haru sungguh la~

oh, tadi saya terdatang lewat. ok, bukan terdatang lewat.. memang disengajakan lewat. sebab ape? saje.. hehe kumpulan sebelum ni cakap, kalau ada buat apa-apa kesalahan (macam tak pakai labcoat ke, datang lewat ke, tulis brand name ubat ke) akan dikenakan denda. jadi, saje je saya nak try.. ahaha. tup-tup bila sampai, puan fatimah cakap : haa! ni orang ke-empat kena denda. aik? ada lagi orang lain yang kena eh? waah, bagus bagus.. tak de la saya sorang je nanti.. (tau pun segan).. lepas decide antara kami -4orang yang kena denda tu- kami pun buat tepuk semangat. memang semangat habis la masa buat tu.. :D nasib baik semua orang terima je denda kami ni.. kalau tak.. adeii~~

saya rasa sedikit enjoy kali ni.. betul la, lagi best kalau ada kelas. mungkin saya ni jenis yang tak boleh duduk lama-lama terperap kot. ok, sambung esok pulak. kalau sempat.. :D

3 comments:

sarahfazalul said...

puan fatimah tu yang pakai tudung besar, cantik2 tu kan? (senior i je)..

clerkship psychiatry antara yang paling best antara semua. yeay! (^^,)

I'm Seri said...

Selamat berjaya untuuk Nuha.

Subjek yang best.

nurunnuha said...

kak sarah:
aah, yang tu la..
laa, senior u ka? baru i tahu..

we'll see.. =D

kak iris:
Terima kasih, kak!

hehe.. agak menarik la~ =)