Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

28.4.17

Puding Roti

3 cawan susu segar
2 biji telur
4 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
Panaskan hingga sebati

6-8 keping roti, carik-carikkan dan letak dalam loyang panjang
Tuang yang dipanaskan tadi
Tabur kismis
Bakar dalam oven 45 minit, 200'C, letak air di sekeliling

Kuah
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
Masak hingga pekat

25.1.12

pancake

dua hari duk try buat pancake je kerja. sebab mengidam nak makan hotcake McD, tapi jauh sangat la McD tu dari rumah saya ni. jadi, 'terpaksalah' membuatnya. saya guna resepi kak izz. jadi, hoyeah! ini resepinya:


Bahan-bahan
1 cawan tepung (lebih kurang 150g)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1½ sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu (130ml)


Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
  2. Asingkan putih telur, masukkan dalam bekas, pukul sehingga kembang & putih.
  3. Masukkan kuning telur, susu dan gula di dalam bekas lain, kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan kuning telur, sus dan gula yang telah sebati ke dalam adunan tepung. Kemudian masukkan minyak. Gaul adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan putih telur di dalam adunan, gaul secara kaup balik ( 1 arah) sehingga sebati.
  6. Panaskan non-stick fry pan, sendukkan adunan (saya guna senduk kecil) dan tuang ke atas fry pan. Bila lubang² kecil terbentuk di permukaan pancake, balikkan ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.. (kalau bukan non-stick fry pan, maybe akan melekat sket kot.. tak sure)..
  7. Sedia untuk dihidangkan!

selamat mencuba! :)

sumber : easy pancake

7.2.09

kek batik

Bismillaahirrahmaanirahiim..

muna hantar offline mesej tadi, mintak resepi kek batik..sebenarnye banyak cara nak buat kek batik ni, tapi saya selalu guna resepi ni.. :) muna kata, barang2 sudah dibeli cuma tinggal usha cara2 nak buat je..hehe..ok, di sini kak letak resepi kek batik tu.. selamat mencuba! kalau lebih tu, hantarla sini sikit..nak merasa air tangan orang jauh jugak nih.hehe :p

dan, sekali lagi:
perhatian: resepi ini ditaip menggunakan bahasa lisan..
Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1 buku mentega ( 250g )
1 ½ cawan nestum
1 tin kecil susu pekat
2 tin kecil air suam
1 kati (dalam 700g ) biskut marie susu

Cara-cara :
1. Masukkan milo, serbuk koko, nestum, susu pekat dan air suam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam campuran tadi.
3. Masukkan mentega dan panaskan di atas api.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Apabila pekat, bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam loyang. 
6. Patahkan semua biskut marie kepada 2 atau 3 bahagian. Kemudian, masukkan ke dalam loyang tadi dan kacau ketika masih panas.
7. Tekan acuan sehingga padat.
8. Masukkan ke dalam peti dan kek sedia dipotong setelah keras.

terima kasih kepada encik google images kerana menyediakan gambar yang menyelerakan ini.. :p

31.1.09

D untuk donut

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari tu saya ada buat donut. resepinya saya ambik daripada shidah. hehe. thanks, shidah. saya sudah boleh buat donut sendiri. \(^_^)/ 

perhatian: bahasa yang digunakan untuk menaip resepi ini adalah bahasa lisan..

Bahan2:
1 biji telur
3 sudu makan gula
1/2 kg tepung gandum
sedikit garam
1/2 plastik kecik ibu roti
1 cawan mentega
susu cair
gula kastor

Cara-cara:
1-kacau telur bersama gula sehingga gula hancur.
2-masukkan gandum, garam, ibu roti, sedikit air, mentega, dan sedikit susu cair.
3-uli sampai membentuk doh. pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak pula terlalu keras. *jangan bagi tepung tu melekat kat tangan la*
4-biarkan selama 45 minit..
5-bentukkan menjadi bentuk donut atau bentuk yang anda suka..*budak2 suka buat bentuk yang beraneka macam..hehe*
6-biarkan selama 10 minit.
7-goreng sehingga kekuningan.
8-angkat dan salut dengan gula pasir/kastor.
9-donut sudah sedia untuk dihidang.

*******************************

p/s: kalau nak buat topping coklat pun boleh..just masakkan coklat masakan + sedikit mentega samapi cair. then, letak atas donut2 itu. haa, sudah jadi macam donut yang dijual kat kedai2 yang harganya rm1.80 satu tu. yang ni lagi jimat.. hehe :)

wah, bestnye donut2 ni! yummy2!

9.12.08

yummy3 ^^

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Malam raya aritu sy buat kek ape tah name dia. xtaw la. tp kek tu best! lama dh xbuat. kali terakhir buat 3tahun lepas kot. bajet xcukup. hoho~ tetiba raya ni, rasa nk buat kek tu. lama dah xmakan. ingat ckit2 cara nk buat. tapi tang nk buat custard tu, lupe daa. so, malam tu time orang lain tengah iron baju, sy call mizah. :) tanya resipi nk buat custard dia. nasib baik dia ingat. saya plak lupe nk beli susu cair. xteringat langsung kena masukkan susu cair jugak. :) nasib baik kt umah memang dh ada satu tin, yang n untuk masak dadih sebenarnye tp xpela, dadih xbuat lagi, pinjam sat. nanti lain kali ganti. hehe. dan saya pun buatla, ditemani oleh anas. berminat dia nak tahu. buatla dalam 45 minit kot, siap. yeay! jadi. esoknya dh boleh makan. tambah satu lag hidangan raya. tp kek tu skrg ni tinggal 1/4 je lagih. haih~ cepat betul! anas maka, ummi bawak p TABA, sy makan. :) ni resepinya. kalau nk cuba, bolehla...

bahan2:
1 biji kek gulung perisa vanilla 
1 tin cocktail
1 tin susu cair
3 sudu besar custard
2 sudu gula
1 kotak serbuk jeli (perisa mengikut citarasa, tp bg sy best yg strawberi :))

cara membuat:
1- potong kek gulung nipis2 dan susun di dalam bekas
2- masukkan buah/isi cocktail ke dalam bekas tadi (letak atas susunan kek gulung la ni). jangan masukkan air dia.
3- cairkan custard dengan sedikit air.
4- masak air cocktail tadi bersama dengan custard, susu cair, dan gula atas dapur sampai pekat.
5- biarkan sejuk sedikit, barulah boleh dituang ke atas cocktail.
6- sejukkan. 
7- masak serbuk jeli.
8- tuangkan jeli ke dalam bekas menjadi lapisan paling atas.
9- masukkan ke dalam peti.
10-esoknya, sudah boleh dihidang. best makan sejuk2. ;)

selamat mencuba!

4.12.08

cubalah!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ni hari ketiga bagi bulan disember..tarikhnya 3/12 la kan? Wink Pagi tadi ummi buat 'tepung boko'..aa, xtau ape nama dia dalam bahasa malaysia yang betul.. erm, meh nak crita sikit buat macam mana..hehe :)

bahan2:
ubi kayu
daun pandan
gula
santan kelapa
tepung beras 'jemoh' (xtau, bahasa bakunya apa..sori)
air

cara membuat:
mula2 buang kulit ubi kayu tuh, then parut. pastu ambik daun pandan, potong kecik2 masukkan dalam blender + sedikit air dan kisar. lepas tu tapis air kisaran daun pandan tadi dan campurkan ke dalam ubi kayu yang diparut. tambah gula sampai manis. :) kemudian, kukus atas dapur hingga masak (dia akan berubah warna) dan pastikan bahagian bawah juga telah masak.

untuk toppingnya, ambik sedikit tepung beras 'jemoh' campurkan dengan air..gaulkan dengan santan kelapa sehingga sebati dan masak di atas dapur hingga agak pekat..lepas tu, bolehla diangkat.

enak dimakan! selamat mencuba! ThumbsUp

**************************

~~ mereka pergi kota bharu, beli barang2 keperluan rumah. tinggallah saya seorang di rumah. nak kena fetch aman kt qiraati pukul 5..alamak, dah pukul 5..kalau rajin sy edit balik..ok, pergi dulu.. daa~ Smile